CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15137|Reply: 72

Charles Lightoller - Terselamat Dari Tragedi Titanic, Perang Dunia Pertama &

  [Copy link]
Post time 3-5-2019 03:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 2-5-2019 08:08 PM


Tiga peristiwa besar dalam sejarah dunia. Titanic, Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Semua orang tau kisah 3 peristiwa ni. Kalau tak banyak pun, sikit sikit mesti tau kan ? Pasal Titanic berlebih lebih lagi lah korang tau. Leonardo De Caprio punya tag line "You Jump I Jump" sampai kehari ni jadi buah mulut korang. So, pakcik Otto kali ni nak sembang dengan korang pasal sorang mamat ni. Di zaman dia, kira dia ni memang lucky habis lah. Ketiga-tiga incident besar ni dia ada dan ketiga-tiga incident besar ni semua dia survive !

Charles Herbert Lightoller, dia ni seorang yang memang dilahirkan sebagai "orang laut" kata orang. Sepanjang karier dia, keje berkaitan dengan laaaauutt je dia ni. Dilahirkan pada 30 haribulan 3 tahun 1874, beliau mula menampakkan minat dengan laut pada usia 13 tahun. Masa muda dia banyak dihabiskan dengan mendalami ilmu laut dan banyak menyertai misi misi pengembaraan laut dalam yang bahaya. Dalam banyak pengembaraan yang dia joint, banyak jugalah benda benda serta fenomena yang dia turut survive seperti puting beliung kat tengah laut, ombak besar, kebakaran kapal, dan juga penyakit penyakit yang seriang melanda kelasi dan pelaut masa tu. Itu jam belum ada lagi imunisasi laut macam hari ni. Kalau hari ni, kelasi kelasi kapal memang dah disuntik dengan macam macam ubat untuk elak penyakit.

  

Pada tahun 1900, dia mula bekerja dengan White Star Line ( WSL ), sebagai fourth officer atas kapal SS Medic. WSL ni salah sebuah British Shipping Company, memang terkenal WSL masa ni. Kalau kita hari ni kat Malaysia kita ada MSC kan, sebagai salah sebuah shipping kampeni dari Malaysia. SS Medic pulak sebuah kapal pengangkutan steam yang mana masa ni dia antara yang paling besar belayar dari UK ke Ostrolia. memang dibina khas untuk WSL ni. Dengan nama dia pun kita dah tau peranan dia kan ?

Kemudian, dia bekerja pulak atas kapal RMS Titanic, sebagai second officer. Naik pangkat ko. Selama 12 tahun kerier Charles atas kapal, pada satu malam 14 april 1912...... Pranggggkkkkk !!! RMS Titanic terlanggar iceberg. Part ni semua orang tau dan dapat bayangkan dengan jelas lepas tengok movie Titanic. Pada malam Titanic ni langgar aisberg ni, Charles dah already in bed dah pun. dah siap tukar baju tido. Baruuuu nak lena tetiba kapal bergegar kuat. Terkejut semua orang. Dengan pakai baju tido dia masa tu, dia bergegas lari naik ke dek untuk siasat apa yang terjadi. Bila dah dapat tau apa yang jadi, dan mula realize betapa bahaya dan teruknya keadaan Titanic masa tu, Charles mula arahkan krew kapal untuk turunkan lifeboat.

  

Pada masa yang sama, bahagian kapal yang dia duduk tu dah masuk air, dia ambil keputusan untuk terjun kedalam air yang sejuk masa tu. Bila mana dia dalam air, dia perasan ada banyak lifeboat yang diturunkan tak betul. terbalik tunggang langgang. Ada beberapa penumpang yang berpaut macam tu je pada lifeboat yang terbalik. Dengan kadar segera, Charles berenang kearah lifeboat tu, manage bagi dia terapung elok elok semula dan start naikkan mangsa mangsa yang ada dikeliling lifeboat naik keatas lifeboat. Sempat dia ajarkan kepada survivor lifeboat tu macam mana nak bagi boat tu tak terbalik semula. And guest what ? not just one boat yg dia manage untuk terbalikkan semula, tapi banyak ! Sampai la dia sendiri diselamatkan oleh orang lain yang dah naik atas lifeboat tu, bila orang perasan yang dia dah berenang kesana kesini selama berjam jam untuk selamatkan orang lain. Dan for the record, Charles adalah orang terakhir yang naik keatas kapal RMS Carpathia, kapal terdekat yang lalu disitu waktu Titanic tenggelam.

Lepas tragedi RMS Titanic, dia stay bekerja dengan WSL sampai la Perang Dunia Pertama bermula. Dalam perang dunia pertama, Charles jadi kapten untuk sebuah bot yang membawa torpedo. Naik pangkat lagiiii. Sepanjang penglibatan Charles dalam WW1 ni, dia dapat dua medal untuk aksi dia dalam siri siri peperangan yang dia ikuti, sekaligus dia sekali lagi dinaikkan pangkat menjadi full naval Commander.

Selepas WW1 tamat, Charles retired dari beraksi dimedan perang dan retired juga dari commander untuk kapal kapal navy. Tapi, memang dah mengalir dalam darah dia sebagai orang laut, dia tak boleh nak retired dari laut sepenuhnya. Bila keadaan kembali aman seketika selepas WW1, Charles dan isteri beliau, Sylvia, telah membeli sebuah bot untuk diri mereka sendiri pergi belayar diberi nama "Sundowner". Kapel ni spend dekat sepuluh tahun berlayar pusing pusing keliling Eropah dengan kapal diorang ni. Masa Perang Dunia Kedua ( WW2 ) bermula, Charles Lightoller dah cecah 66 tahun dah pun. Dia dah retired terus dari jadi sojar kat laut dan tak joint lagi mana mana misi peperangan dalam WW2.

Pada satu hari.... 27 May 1940. Dia terima satu panggilan telefon dari gomen British. Gomen british masa ni perlukan kapal kapal layar milik persendirian untuk selamatkan askar askar British dan bawak balik semua askar ni ke British. Peristiwa ni dinamakan sebagai Dunkirk Evacuation atau codename Operation Dynamo oleh pihak british. ( Pasal ni akan aku ceritakan panjang lebar kat post no 2 nanti ). So Charles bersetuju untuk joint operasi menyelamat ni dengan syarat dia sendiri yang akan kendalikan kapal Sundowner dia tu. Kalau korang nak tau, Dunkirk Evacuation yang bermula dari 26 May sehingga 4 Jun 1940 ni telah berjaya menyelamatkan 198,000 tentera British, serta 140,000 tentera France dan Belgium. Charles sendiri dengan bot beliau berjaya menyelamatkan 130 orang sojar British. On the way balik ke Britain dalam misi menyelamat ni, dia sempat evade tembakan dari kapal terbang pihak Nazi German.


Kisah heroic Charles Herbert Lightoller ni later inspired Christoper Nolan untuk buat filem "Dunkirk". Haaaa jadi korang kena la tengok pulak pilem Dunkirk ni untuk dapat kan feel lepas membaca kisah Charles Lightoller ni. Konkulasinya disini, Charles Lightoller ni adalah "Active Player" dalam 3 peristiwa besar sejarah maritim diabad ini.

Begitulah kisah seorang anak laut Charles Herbert Lightoller dalam memainkan peranan beliau dilembaran sejarah maritim. Kisah kegigihan serta beliau dalam menyelamatkan mangsa mangsa tragedi Titanic harus kita contohi dan teladani. Begitu juga penglibatan beliau dalam siri siri peperangan dalam perang dunia pertama dan kedua juga patut kita ambil iktibar sebagai mana kita sanggup bekorban untuk negara kita yang tercinta ini. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.



      - Otto Von Bismark -





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2019 04:09 AM | Show all posts
- Reserve Untuk Cerita Pasal Dunkirk -
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Otto..charles ni meninggal tahun bila...nak gugel gakla pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes yes otto van ace dh balik. Lap u. Tq for the story. Muah skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:27 AM | Show all posts
origenal tadak rembat dari mana mana artikel la ni ye ? gud gud
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:47 AM | Show all posts
dunkirk tu dua kali dah tengok..main emosi je cerita tu..dialog tak banyak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah alang alang aku dah tengok dunkirk. Apo lagi,  sambung sambung
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Best tt punya olahan...senang paham...n rasa teruja nak tau pasal mamat nih...congrats tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni umah pakcik otto ada buat kenduri siket lepas megrib. Malam malam karang lah baru setat balek.
Nak puasa ni kan. Panggil la orang orang surau dua tiga ketul buat tehlil ngan doa selamat. Sebok nolong mak cik ko didapor pun ye jugak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 04:25 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-5-2019 04:04 PM
Hari ni umah pakcik otto ada buat kenduri siket lepas megrib. Malam malam karang lah baru setat bale ...

selamat kenalan acik otto mentaro
ohya saya dah baca tadi,ingat kan history yang susah di fahami
rupanya acik  otto dah faham cerita beliau dan guna
penyampaian sendiri yang mudah di fahami juga hehe

ok berbalik pada charles..saya dapat 1 point yang tak
seberapa..

. Dengan kadar segera, Charles berenang kearah lifeboat tu, manage bagi dia terapung elok elok semula dan start naikkan mangsa mangsa yang ada dikeliling lifeboat naik keatas lifeboat. Sempat dia ajarkan kepada survivor lifeboat tu macam mana nak bagi boat tu tak terbalik semula. And guest what ? not just one boat yg dia manage untuk terbalikkan semula, tapi banyak ! Sampai la dia sendiri diselamatkan oleh orang lain yang dah naik atas lifeboat tu, bila orang perasan yang dia dah berenang kesana kesini selama berjam jam untuk selamatkan orang lain. Dan for the record, Charles adalah orang terakhir yang naik keatas kapal RMS Carpathia, kapal terdekat yang lalu disitu waktu Titanic tenggelam.
beliau seorang yang tak pentingkan diri sendiri,sanggup terima risiko
hilang nyawa sebab nak selamatkan orang yg tak di kenali pun..beliau
di kurniakan hati yang sangat baik ,itu lah umur beliau panjang(terlepas
dari 3 bencana besar.)


encem juga dia ni
kalau masih hidup,saya ingin berkenalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2019 04:30 AM | Show all posts
trunks replied at 5-5-2019 08:25 PM
selamat kenalan acik otto mentaro  
ohya saya dah baca tadi,ingat kan history yang susah di f ...

ahaaa... trimassss trimasss....

tu pak cik pernah kata, nak bagi minat sejarah kena cerita bagi orang mudah nak paham. ada satu cerita lagi yg ko kena baca, lagi hensem dia. hahaha. ni haaa. Vassili Arkhipov.

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2019 04:32 AM | Show all posts
trunks replied at 5-5-2019 08:25 PM
selamat kenalan acik otto mentaro  
ohya saya dah baca tadi,ingat kan history yang susah di f ...

kaannn.... aku baru perasan pasal ni. betul jugak tu. dia gigih nak selamatkan orang berenang dalam air laut yang sejuk gila tu. Tuhan panjangkan umur dia dan terselamat dari bala bencana. Tepat sekali point ko tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 02:50 AM | Show all posts
Remyda replied at 3-5-2019 02:52 AM
Hah alang alang aku dah tengok dunkirk. Apo lagi,  sambung sambung

tak sempat aku nak sambung pasak dunkirk... nanti bebila aku ada semangat nak tulih dunkrik aku sambong balek.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 02:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:11 PM | Show all posts
pakcik Otto..bole bagi some '2 cents' pasal ustad Auni Mohamad punya ceramah, yg klaim sinking Titanic bukan eksiden, tapi disengajakan kerana ada tangan2 besar yg mahukan "orang2 besar berpengaruh' dalam kapal tu dihapuskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 10:23 PM | Show all posts
puteribaya replied at 8-5-2019 05:11 AM
pakcik Otto..bole bagi some '2 cents' pasal ustad Auni Mohamad punya ceramah, yg klaim sinking Titan ...

pernah je baca pasal tu. biasa la teori konspirasi. maybe yes, maybe not. even researcher pun tak ada enough evidence untuk claim that theory, kenapa si auni nak gi jaja dalam ceramah dia seolah olah benda tu sahih dan komfom ?

kalau pikir pikir balik, ada belambak benda yang ada cerita disebalik cerita. Alien kat Rosswell, JFK, WTC 911, The Death Of Diana dan memacam lagi. tetiba ada sorang penceramah baca dua tiga helai blog, kendian kelim benda tu sahih dalam ceramah derang hanya untuk dapatkan populariti dari netizen.

Kalau kita banyak membaca... sampai satu tahap kita akan berdiam diri bila mana kita dengar orang bercerita tentang benda yang kita pernah baca satu masa dulu dan tau benda tu tak sahih pun. sambil tersenyum dalam hati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Done baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 10:34 PM | Show all posts

trimasss dummy kerana gigeh membaca. kalau la aku mod, aku kasik kredit sejuta kat ko tau
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 12:12 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 8-5-2019 10:34 PM
trimasss dummy kerana gigeh membaca. kalau la aku mod, aku kasik kredit sejuta kat ko tau  ...

ceh sejuta?
saya pun dapat 17 saja.
aritu bukan kata nak bagi 1k credit ke   haha

ohya berbalik pada  Vassili Arkhipov.
mmg kacak dia ni..malah bijak

dan beritahu kepada dunia, kalau Vasili tak halang keputusan kapten kapal masa tu,
kebarangkalian terjadinya perang dunia ketiga melibatkan nuklear sangat besar dan
Vasili lah yang menyelamatkan dunia.

masa tu kalau meletus perang dunia ke 3
acik otto ada di mana? dan umur berapa
soalan sengal,acik dah lahir ke waktu itu


dia mmg kacak,tapi rambut dia ada
macam siput atas kepala

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 8-5-2019 10:34 PM
trimasss dummy kerana gigeh membaca. kalau la aku mod, aku kasik kredit sejuta kat ko tau  ...

Ok.. Aku doakan moga kocepat jadi mod..tp nmpk jauh perjalanan ko tuh lagi sebab aku pun xgerak2 lagi level nie ha.... Hakhakhak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.146661 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list