Kredit foto: IG Ummi Nazeera
Jika sebelum ini ramai golongan selebriti seolah-olah menyebelahi rakan artis yang semakin ramai bertindak mencabut tudung, lain pula dengan Ummi Nazeera.
Menurut Astro GEMPAK yang memetik stesen radio Zayan, aktres itu tidak berkongsi pendapat sama dengan mereka.
"Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal.
"Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa," katanya.
Kredit foto: IG Ummi Nazeera
Bercerita kisah mula-mula bertudung, Ummi mengakui dia bertudung kerana memerlukan jalan untuk membawanya keluar daripada depresi.
Ekoran itu, Ummi meminta jasa baik peminat dan rakan-rakan untuk mendoakan agar dia terus istiqamah berhijab.
"Saya risau saya pula yang buka tudung.
"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya," ujarnya.
Ummi juga menegaskan bahawa iman seseorang ada pasang surutnya.
"Tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik," katanya.
Semoga Ummi terus istiqamah hendaknya. - CARI
|