Biasanya kita menangis sebagai respon kepada kesakitan, tekanan, kesedihan ataupun kegembiraan. Bagaimanapun, menurut sebuah kajian terbaru, menangis dengan penuh emosi boleh membantu menurunkan berat badan.
Kredit foto: Carian Google
Dr. Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group mengkaji kesan tiga jenis air mata; Basal, Reflex dan Psychic dan mendapati tangisan penuh emosi dikaitkan dengan hormon yang akan meningkatkan kadar kortisol yang membantu menurunkan berat badan.
Kajian susulan William Frey, seorang ahli biokimia pula menunjukkan air mata yang terhasil daripada tekanan dapat mengeluarkan pelbagai jenis toksik dari badan dan menyimpulkan bahawa menangis adalah satu proses semulajadi untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul sepanjang mengalami tekanan emosi tersebut.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, jangan berpura-pura menangis kerana menurut kajian itu lagi, hanya airmata yang terhasil daripada emosi sebenar bolah menghasilkan kesan penurunan berat badan.
Saintis juga mendapati tangisan paling berkesan ialah sekitar pukul 7 hingga 10 malam, ketika menonton tayangan sedih atau menangis kerana kesedihan.
Kredit foto: Carian Google
Tiada siapa yang mahu menangis kesedihan tetapi sekurang-kurangnya kini kita tahu tak sia-sia mengeluarkan air mata yang rupanya ada juga kesan positif.- CARI |