CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 0

Minum Kopi: Baik atau Tidak?

[Copy link]
Post time 14-5-2019 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Kopi bukan sahaja menjadi minuman kegemaran ramai akan tetapi banyak manfaat yang boleh diperolehi. Namun anda harus tahu berapa jumlah kafein yang disarankan supaya tidak melebihi jumlah had pengambilan iaitu sebanyak 400mg bersamaan 4 cawan kopi.

Menguatkan Daya Ingatan

Kafein yang terkandung dalam kopi boleh membuatkan anda lebih bertenaga. Kajian menunjukkan bahawa kopi mampu meningkatkan fungsi otak yang bo leh menguatkan daya ingatan. Hal ini kerana kopi mempunyai barang perangsang yang dikenali sebagai kafein yang mampu menjadikan anda lebih fokus.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Namun disebalik kebaikan kopi pasti ada juga keburukannya dan antaranya anda akan kerap membuang air kecil kerana anda akan mengalami diuretik iaitu kekerapan membuang air kecil akibat minum kopi. Jadi seeloknya minum air putih secukupnya kerana kesan daripada pengambilan kopi juga boleh mengakibatkan dehidrasi.

Kopi Meningkatkan Kadar Metabolisme

Minum kopi 20 minit sebelum anda bersenam mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 11 peratus. Malah minum kopi selepas bersukan juga bantu menguatkan stamina serta mengurangkan sakit badan selepas bersenam.

Kawal Kemurungan

Kopi juga baik dalam mengawal atau mengubah emosi seseorang yang murung menjadi tenang. Malah dengan menikmati kopi mampu bantu mengawal kadar tekanan dan membawa kesan positif terhadap perasaan seseorang.

Bantu Membakar Lemak

Kopi yang diambil tanpa gula dan susu hampir kosong kandungan kalori. Pengambilan kopi secara konsisten satu atau dua cawan sehari membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.457016 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list