Bazar Ramadan Jalan Raja dilanda banjir kilat.
Kredit foto: Sinar Harian
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sekali lagi dijadikan bahan kecaman netizen selepas banjir kilat melanda Bazar Ramadan Jalan Raja di Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu.
Sebelum ini, beliau dikecam hebat apabila bazar tersebut kurang mendapat sambutan setelah dipindahkan dari lokasi asal di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Melalui ruangan komen dalam laman Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, netizen mempersoalkan mengapa pihak bertanggungjawab tidak membuat persiapan menghadapi kemungkinan banjir seperti memasang platform di kawasan khemah jualan.
Kredit foto: Facebook
Netizen turut mempersoalkan kewajaran Khalid membuat keputusan untuk memindahkan operasi bazar Ramadan ke Jalan Raja walaupun dibantah keras oleh para peniaga dan orang ramai.
Kredit foto: Facebook
Ramai juga dalam kalangan netizen yang menyarankan agar Najib turun padang melawat Bazar Ramadan Jalan Raja untuk menarik kunjungan orang ramai ke sana.
Kredit foto: Facebook
Memetik laporan Sinar Harian pada 14 Mei, banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kira-kira pukul 8.30 malam dan menyebabkan air naik ke paras buku lali serta surut 20 minit kemudian.
Sebanyak 10 gerai jualan terjejas semasa kejadian, manakala peniaga mendakwa longkang tersumbat dan kawasan yang agak rendah menjadi punca banjir kilat berlaku.
Pihak bertanggungjawab sewajarnya melakukan penambahbaikan di kawasan Bazar Ramadan Jalan Raja bagi memastikan masalah banjir kilat tidak berulang. - CARI
|