CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4499|Reply: 20

[ LAGENDA ] SM Mohamed Idris - Presiden CAP

[Copy link]
Post time 17-5-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Figura Unik.
Imej sederhana.
Tegas dan berani.
Tak mudah mengalah.

Pejuang sejati.

Moga Allah merahmati beliau atas semua jasa baiknya pada rakyat Msia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden CAP SM Mohd Idris meninggal dunia
Susan Loone

5:53 petang (Dikemaskini 5:53 petang)

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia, SM Mohamed Idris, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 93 tahun.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

SM Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 petang di sebuah hospital swasta di Gleaneagles, Pulau Pinang. Allahyarham meninggalkan empat orang anak perempuan.

Semasa hayatnya, beliau lantang terhadap kedua-dua pemerintahan sama ada BN mahupun Pakatan Harapan.

Antara kritikannya, termasuk membidas projek-projek mega negeri seperti Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan Penambakan Selatan Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SM MOHAMED IDRIS...SELAMAT JALAN TUAN KE DUNIA ABADI

BELIAU hanya selesa berbaju putih, berkain sarung, bersongkok hitam dan membawa bakul rotan.

Sama ada perlu bermesyuarat di pejabat atau ke berjumpa pemimpin negara, hanya itulah imej yang dibawa lelaki berjanggut putih ini.

Dan setelah berpuluh tahun berjuang dalam isu kepenggunaan, alam sekitar etc, hari ini Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Bagi abam, tiada siapa di negara kita yang mempunyai iltizam dan keazaman yang cukup tinggi dalam membela nasib pengguna seperti mana yang diperjuangkan oleh Mohamed Idris.

Sampai satu ketika hanya kerana isu pokok hendak ditebang, beliau 'bergaduh besar' dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Menteri Kewangan sekarang, Lim Guan Eng.

Lebih 30 tahun beliau berjuang dalam pelbagai isu tanpa mengenal erti lelah, walaupun tanpa pingat dan darjah kebesaran segala, Mohamed Idris tidak pernah menyerah kalah.

Baru-baru ini Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali memperkenalkan Anugerah Merit Ibnu Khaldun 2018 dan beliau adalah penerima pertamanya!

Sesungguhnya pemergian Allahyarham pada hari ini adalah satu kehilangan yang cukup-cukup besar kepada negara.

Beliau mungkin hanya seorang lelaki yang membawa bakul, namun sumbangan dan jasanya tak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila!

Innalillahiwainnailaihirojiun.

“We surely belong to Allah and to Him we shall return”

By Syahril A. Kadir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 1986, masa tu aku menumpang Land Rover milik Japanese Overseas Aid untuk pergi ke Khalia dari Dhaka, Bangladesh.

Sebelah aku ialah seorang Mat Salleh dari Jerman. Sembang punya sembang, bila dia tau aku dari Malaysia, dia terus tanya, "You know Idris...from Pinang?"

Masa tu aku belum pernah jumpa SM Idris, cuma tau dia Presiden CAP. Tapi nak tunjuk terrer punya pasal, aku pun mengaku la kenal sangat dengan Idris sebab aku pun dari Penang (masa tu).

Rupa-rupanya, Mat Salleh tersebut ialah Presiden World Christian Aid. Disebabkan aku kenal Idris, aku pun dilayan dengan cukup bagus. Bila sampai di Khalia, kami makan semeja dan Presiden WCA bersetuju untuk menyalurkan bantuan kepada NGO yang aku sertai di Bangladesh itu yang dikenali sebagai Gono Unayan Prochesta.

Tinggi pengaruh SM Idris.

Bila balik ke Malaysia, aku pun terus cari SM Idris. Dan dari situ, aku dapat ramai kawan. Cikgu Azmi, Suet Keat, Subbarow...

Dan bila balik ke Perak, aku jadi member dengan Meor Razak...dan akhirnya, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), lahir dari bimbingan SAM.

SM Idris merupakan sumber inspirasi.

Takziah.

By Mat Saman Kati, Aktivis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan, Pak Deris (SM Mohamed Idris) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Beliau merupakan Pengerusi Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Beliau umpama Datuk bagi kami di Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA. Kerana tanpa beliau dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), kami mungkin tidak wujud sehingga ke hari ini.

Termasuk juga badan-badan bertindak komuniti yang lain seperti orang asli, nelayan dan para petani.

Jasa beliau semasa hayatnya tidak terkira banyaknya. Beratus aktivis alam sekitar, aktivis petani dan aktivis kepenggunaan berjaya dilahirkan daripada usaha dan kempen beliau.

Bermacam jenis kempen kesedaran dan isu alam sekitar yang telah berjaya dibawa di dalam negara ini hasil daripada usaha beliau merintis perjuangan ini semenjak tahun 1970 an.

Negara telah kehilangan individu yang sangat berjasa untuk rakyat marhaen.

Semoga perjuangan beliau disambung oleh anak cucu.

Pengebumian beliau akan diadakan pada esok 10 pagi (18 Mei 2019). Jenazah akan berada di rumah beliau, iaitu No 2, Rose Avenue, Pulau Pinang.

Allahummaghfirlahu warhamu waafihi wafuanhum.

By Hafizudin Nasarudin - KUASA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan. Aku pernah bertanya pada SM Idris mengapa beliau menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang. Katanya, bila jambatan dibina, maka kereta akan mudah masuk ke pulau. Pulau itu akan menjadi sesak dan akhirnya semua orang tidak boleh bergerak. Aku kata kalau tak ada jambatan, tak akan ada kemajuan. Kemajuan macam mana, katanya. Pulau ini tidak boleh menampung pembangunan yang banyak. Kekalkan apa yang ada, hidup simple.
    SM Idris tidak menggalakkan menggunakan kereta peribadi. Beliau menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Masa jumpa aku di Kuala Lumpur  beliau dibawa dengan kereta proton putih lama.
    Aku pergi pejabat CAP di Georgetown, mereka menggunakan kerusi rotan. tidak ada satu pun bahan yang menggunakan plastik. SM Idris menolak penggunaan plastik.
    Beliau juga enggan menggunakan handphone. Aku tanya kalau ada emergency. Beliau tanya padaku, setakat ini berapa kali aku guna handphone untuk emergency. Memang tidak pernah. Emergency jarang berlaku dan tidak wajar dijadikan alasan untuk memiliki handphone.
     SM Idris sentiasa memakai baju putih, kain putih kapas dan songkok hitam buatan India. Ketika di Iraq, aku pakai baju tebal sebab waktu itu sejuk, tetapi beliau tahan sejuk walaupun pakai baju tipis sehelai.
     Beliau menolak makanan fast food dan minuman tin. Apabila seorang ahli politik minum air tin kurang gula untuk kesihatan di depannya, beliau hanya katakan bahawa semua air tin adalah serupa je.

By Zin Mahmud - Wartawan Bersara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan. 1974. Batu Pahat. Dari pembacaanku dalam akhbar-akhbar, adalah diumumkan bahawa lambang Barisan Nasional yang baru ditubuhkan adalah dacing bagi menggantikan lambang kapal layar Perikatan. Keesokan sebuah persatuan membantah lambang itu kerana ia menyerupai lambangnya yang juga dacing. Persatuan itu ialah Consumer Association of Penang (CAP). Itulah pertama kali aku dengar mengenai CAP. Akhbar-akhbar kemudian menyiarkan kedua-dua lambang itu, untuk dibuat perbandingan dan menunjukkannya adalah berbeza.
     Pada tahun 1975, di Kuala Lumpur, aku tingkatan empat, pertama kalinya aku melihat akhbar Utusan Konsumer, lidah rasmi CAP. Aku melanggannya kerana aku mendokong perjuangan hidup sederhana persatuan itu. Bertahun-tahun juga aku melanggan Utusan Konsumer. Itulah pertama kali aku ketahui presidennya SM Idris.
      Pada tahun 1990, menjelang perang Teluk pertama, aku menyertai rombongan Malaysia pergi ke Baghdad menghadiri satu persidangan menyokong Iraq berdepan dengan Amerika. Kami menjadi tetamu presidennya, Saddam Hussein. Dalam rombongan itu ialah Fadzil Nor, Hassan Shukri, Kassim Ahmad, Mohideen Kadir, SH Alatas dan SM Idris. Pada masa itulah aku sering makan bersama dengan SM Idris.
      Selepas itu ada dua kali aku pergi ke pejabat CAP di Pulau Pinang untuk berjumpa beliau. Kemudian ada juga berjumpa beliau bersama Martin Khor dalam rangka menentang TPPA pada tahun 2006. Paling akhir berjumpa beliau ialah makan tengah hari di Petaling Jaya.
     Pada tahun 2015, beliau meminta aku berjumpa di Pulau Pinang kerana beliau tidak lagi mampu hendak pergi ke Kuala Lumpur. Tetapi masa itu aku tidak sihat dan tidak mempunyai daya untuk ke Georgetown.
     Sesungguhnya SM Idris adalah seorang tokoh besar pengguna negara yang memperjuangkan kehidupan menentang gaya konsumerisme. Nilai-nilai beliau adalah mendokong ketulenan dalam kehidupan, ia terpapar dalam Utusan Konsumer bulan demi bulan. Beberapa generasi memanfaat dari perjuangannya walaupun majoriti rakyat ini tidak dapat menerima nilai ketulenan hidup beliau.

By Zin Mahmud - Wartawan Bersara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan. 2007 atau 2006. Aku, Pengarang Rencana Utusan Malaysia. Aku dapat panggilan dari Uma, pembantu pada SM Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
     Boleh tak aku jumpa SM Idris? Ada perkara amat penting. Kami akan ke Kuala Lumpur, katanya. Bersama kami ialah Martin Khor, Third World Network. NGO sekutu CAP. Martin Kor tinggal di New York. Dia ada kolum mingguan dalam Star.
     Pagi yang ditetapkan aku jenguk ke perpustakaan.
     "Ada sapa sapa pakai bilik mesyuarat pagi ini?"
     "Tak ada sapa."
      "Saya book."
    Pada dinding bilik itu ada rak buku berpintu kaca. Di dalamnya terdapat jilid jilid Utusan Melayu dan Utusan Malaysia lama-lama.
    Aku juga tanya setiausaha Ketua Pengarang.
    "KP ada tak pagi ini?"
    " Ada."
    "Sediakan slot untuk I."
    SM Idris dan rombongan datang dengan Proton Saga putih lama. Bersamanya Martin Khor, Mohideen Kadir dan Azmi Hamid. SM idris berkain putih, Cikgu Azmi berkainpelikat kotak kotak ungu pekat. Martin Khor naik kereta lain.
     Selepas bersalaman kami ke bilik mesyuarat. Ada satu dokumen tebal pada Martin Khor.
     "The Americans want many countries to accept it. It is dangerous to Malaysia."
     Gedebak gedebuk Martin Khor dan SM Idris cuba meyakinkan aku. Pasal tenderlah. Pasal kontraktor tempatanlah. Bumiputeralah. Paling membimbangkan ialah mengenai ubat.
     "You can convince me. I have no problem. Uncle Idris knows me. My idealogy is clear about this. But whether our paper will publish it or not is not for me to decide. That is the prerogative of the Chief Editor."
     "Can we see the Chief Editor?"
     "Let me see, minum dululah," aku pun keluar dari bilik mesyuarat. SM Idris mesti tak minum air teh o yang ada gula itu.
     Aku naik atas. Nampak KP ada dalam bilik dia.
      Aku jenguk kat setiausaha dia.
    Setiausaha dia pun masuk sejap.
     "Ok masuklah."
     "Ada apa?" tanpa memandang aku tapi terus membelek belek kertas di depannya.
     "SM Idris nak jumpa."
    "Pasai apa?" tanya KP yang juga orang Penang.
    Aku pun cerita gedebak gedebuk.
    "Okay, panggil depa mai."
   Aku pun bawa rombongan SM Idris jumpa KP. Bukan main mesra depa.
    Hari Ahad itu, Mingguan Malaysia menyiarkan wawancara penuh aku dengan Martin Khor mengenai TPPA..

By Zin Mahmud - Wartawan Bersara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Allahyarham S.M.I. [ berusia 92 tahun 5 bulan ]  tu "harimau' Malaysia. Dilahirkan dalam bulan Disember 1926--tahun harimau (menurut kalendar haiwan China). 2) Beliaulah yang mendedahkan  pati ayam yang terkenal " Bxxxxx"  yang mula2 dijual dgn harga RM3 sebotol itu mengandungi (hanya) 10% pati ayam; 90% adalah ayer! 3) Beliaulah juga yang  menasihati kaki kopi yang suka minum kopi 'o'  di kedai2 kopi Cina supaya membancuh kopi sendiri di rumah. Di kedai kita kena bayar RM1, atau RM1.20 ( sekarang dah naik RM1.70) secawan ---sedangkan kos secawan kopi itu hanyalah 25 sen!

- antaran keberanian dan ketegasan arwah (dikongsi oleh netizen)
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Kenapa xltk di CI
I'm sure ramai yg mengenali allahyarham


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr kecik..belum sekolah lg...dok dgr arwah tok cerita psl bhn terlarang..apa tak elok apa yg ok.. arwah nenek siap tampal lg keratan akhbar kat pintu dapoq...agar semua ank cucu baca...

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-5-2019 12:47 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Kenapa xltk di CI

santai, lebih dekat kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Prominent consumer advocate SM Idris dies

Predeep Nambiar - May 17, 2019 5:26 PM

GEORGE TOWN: SM Mohamed Idris, one of Malaysia’s most prominent consumer advocates, died today at the age of 93.

Idris, who headed the Consumers Association of Penang (CAP), breathed his last at 4.45 pm at the Gleneagles Medical Centre.

He leaves behind four children.

Idris, a former Penang municipal councillor, was born in southern India on Dec 6, 1926.

He was educated in the Islamic madrasah and Tamil schools in India, before attending a Christian missionary school in Penang.

He joined his father SM Mohamed Yusoff Rawther’s shipping company, which was started in 1915 with about 10 tongkangs.

After his father’s death during the Japanese occupation, Idris took over the company, which provided shipping services throughout the coast of Malaya up to Burma.

He then started a union called the Penang Lighters’ Association, a union for shipping workers’ rights.

Known to many as the father of the consumerist movement, he had steadfastly steered CAP into Malaysia’s most active and vocal consumer association since assuming the post in 1969.

Besides CAP, Idris also founded environmental pressure group Sahabat Alam Malaysia, as well as Institut Masyarakat, Third World Network and Citizens International.

He will be buried tomorrow morning at the Masjid Hashim Yahya cemetery in Jalan Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah merahmati beliau..kenal gitu2 je dia ni sebab aktif jugak dulu2 masa lepas grad utk NGO kat utara nun..ada skali misi pi acheh lepas tsunami..jumpa dia dlm satu majlis.
Tp sbb aku  tahu aku ni nobody so aku xdela mingle ngan dia because of he surrounded by his circle of friend..
Tp mmg dia sangat disayangi oleh NGO2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah... mengetahui mengenai beliau sejak kecil lagi melalui media massa akbar dan televisyen.. kesungguhan beliau mengenai hak konsumer paling memberi kesan.. tiada siapa yg selantang dia dalam membangkitkan pelbagai isu consumer dan alam sekitar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemergian seorang Legen Aktivis pengguna. SM Idris. Nama yang saya kenal sejak saya kecil lagi dan pada masa itu hanya ada dua terbitan yang berani- Aliran dan CAP. Beliau harus dirayakan sebagai Bapa Aktivis Pengguna Malaysia.

By Arul - PSM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya aku x kenal pun dia...teruknya rasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenazah S. M. Mohamed Idris selamat disemadi pagi ini
  
AHLI Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin yang hadir memberi penghormatan kepada Allahyarham S. M. Mohamed Idris yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Mohd. Khuzairi Ismail
18 Mei 2019 12:26 PM


PULAU PINANG 18 Mei - Jenazah tokoh dan aktivis pengguna, S. M. Mohamed Idris yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, lebih 500 orang terdiri daripada pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu termasuk menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya di No. 2, Rose Avenue, Georgetown di sini sejak malam tadi.

Antara pemimpin yang hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beberapa pemimpin kerajaan negeri seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman turut hadir bersama-sama pemimpin pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yussof Latiff.

Dalam pada itu, Anwar mengakui terkesan dan sedih dengan kehilangan S. M. Mohamed Idris yang disifatkan seperti ‘bapa’ kepadanya memandangkan keluarganya turut mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Allahyarham.

Mengenang Allahyarham sebagai seorang tokoh aktivis masyarakat yang tegas dan tidak berganjak dengan pendiriannya, tambah Anwar, S. M. Mohamed bukan hanya dihormati dalam kalangan umat Islam, malah turut disanjungi bukan Islam.

“Meskipun perwatakannya lebih Islamik, namun beliau boleh bekerjasama dengan baik dan sentiasa menghormati semua pihak termasuk bukan Islam sekali gus menjadikan beliau seorang pemimpin untuk semua kaum.

“Beliau juga telah melalui sejarah perjuangan yang panjang dan berliku khususnya dalam mempertahankan hak masyarakat di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri pengkebumian Allahyarham di sini pagi ini.

Tambah Anwar, beliau juga masih ingat terpaksa mengalah dengan Allahyarham melibatkan beberapa isu sewaktu beliau dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

Malah, katanya, Allahyarham juga akan menghubunginya secara terus sekiranya terdapat isu-isu yang tidak memihak kepada pengguna dan secara tegas serta tanpa rasa takut menyatakan pendiriannya atau CAP mengenai isu terbabit.

Sementara itu, Yussof pula berkata, beliau kehilangan seorang sahabat akrab yang sudah dikenalinya lebih 50 tahun yang sama-sama aktif berjuang menerusi platform NGO.

S. M. Mohamed meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam akibat sakit tua ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles, Georgetown di sini.

Allahyarham meninggalkan empat anak, tujuh cucu dan tiga cicit. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.
takde ke cerita pasal family dan anak2 dia..nak kenal gak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-5-2019 03:25 AM
santai, lebih dekat kat sini.

Viewers kurang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.183310 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list