View: 4074|Reply: 11
|
Sebelum Kena Game, Ini Cara Semak Scammer Secara Online
[Copy link]
|
|
Kes penipuan dalam talian semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Penipu atau 'scammer' ini makin bertindak berani malah menggunakan platform terkenal seperti Shopee atau Lazada untuk menjalankan modus operandinya. Ramai pelanggan tertipu samada menerima barang yang salah ataupun selepas mengirim wang secara atas talian dengan jumlah tertentu kepada penjual, penjual terus 'berdiam' diri dan barang pelanggan terus tidak diterima.
Sebelum ini, netizen telah berkongsi cara-cara menangani masalah ini sekiranya ditipu secara dalam talian. Ada yang berkongsi cara untuk membuat laporan polis sekiranya ditipu secara online dan ada juga netizen yang berkongsi di mana kita boleh semak senarai nama/akaun scammer ini tapi kebanyakan perkongsian tersebut dibuat melalui laman sosial facebook menerusi penulisan/ perkongsian orang perseorangan.
Kini, untuk memudahkan orang ramai, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membangunkan satu laman web untuk menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank sebelum berurusan sama ada nombor tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak.
E-dagang adalah satu trend perniagaan yang baik dan tidak boleh disekat tetapi ia tetap mempunyai implikasi tertentu kerana peniaga dalam talian tidak terikat dengan etika perniagaan yang sihat.
Semoga aplikasi ini dapat melumpuhkan dan seterusnya menamatkan 'pekerjaan' penipu secara atas talian ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan berharap sangat dengan portal polis tu.
Sebelum puasa aku buat report polis kena scam di carousell.
Sampai sekarang tiada maklum balas dan dalam database polis tu pon xde akaun bank scammer.
KPDNKK pon tak boleh harap.
sebab tu makin berleluasa scammer2 online ni.
Google lagi baik. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya...
bimono ke haper ntah nama yg selalu kuar iklan kat fb..
labur RM20 jadi beratus...RM50 jd beribu..
tu scammer juga kan?
ke MLM? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la pihak polis perkenalkan website, sebab dah bnyak sangat kes penipuan internet ini.Harap dapat la membantu mangsa yang teraniaya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kalau dah dijanjikan sekian-sekian jumlah wang pada tempoh tertentu ni scammer. Semak dulu sebelum join. Takut gigit jari nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin akaun tu baru buat 'kerja'. Lepas awak dah report ni mesti dah listed. Awak tak check balik dengan polis status report awak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Informasi yang berguna juga untuk buat rujukan di kemudian hati. Cuma kadang-kadang bila dah excited tu, lupa nak beringat-ingat dan checking up segala mala ni |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman kena scam ni iolls ada sekali je
sebelum ni nak beli barang walau sepoloh hengget pon gigih iolss google no akaun, nama segala bagai tengok history seller
tapi time kena tu laju je iolls transfer 300 tanpa usul periksa, terdetik nak google lepas transaction complete
nahhhh list orang kene scam ngan dia bersusun uolls |
|
|
|
|
|
|
|
moga Allah gantikan apa yang awak kena tipu tu dengan perkara lain yang lebih baik... amin
|
|
|
|
|
|
|
|
Insyallah sis, kene pon lame 4-5 tahun dulu dah
|
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 17-6-2019 03:46 PM
selalunya kalau dah dijanjikan sekian-sekian jumlah wang pada tempoh tertentu ni scammer. Semak du ...
Thanks babe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sandal: Jangan berharap sangat dengan portal polis tu.Sebelum puasa aku buat report polis kena scam di carousell.Sampai sekarang tiada maklum balas dan dalam ...
carousell nie bahaya gak la.. hrtu terkena,brg dekat 3 bulan tak dpt..dia dh bg refund amount hrga barang..tp dia tak nk bg full utk hrga postage.. dia bg punya banyak alasn tak nk bg duit postage(RM30)brg xdpt utk apa amik duit postage aku,bengong betul..seller kurang ajar gilos..aku geram,buat report kat hq carousell.. hq carousell tu contact sndri dgn seller tu.. hrtu jugak dia pulangkan balance RM30 tu..dengan orang biadap camtu,mmg ak hadap RM30. |
|
|
|
|
|
|
| |
|