View: 5160|Reply: 23
|
'Ghaib' Selepas Diserbu Wartawan, Ilmu Apa Maszlee Malik Pakai?
[Copy link]
|
|
Maszlee pernah hampir tersungkur akibat tersandung wayar kamera semasa cuba mengelak daripada serbuan wartawan di lobi Parlimen pada Oktober 2018 (gambar hiasan). Kredit foto: Utusan Online
Sejak dilantik sebagai Menteri Pendidikan tahun lalu, Dr. Maszlee Malik terkenal dengan reputasi sukar memberi kerjasama yang baik kepada pengamal media tempatan.
Sikap beliau itu menimbulkan kesulitan kerana banyak soalan berhubung banyak isu melibatkan Kementerian Pendidikan tidak dapat dikemukakan sekali gus menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Maszlee pernah diselubungi kontroversi berhubung pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada September 2018 (gambar hiasan). Kredit foto: BERNAMA
Berdasarkan keluhan para pengamal media tempatan dalam media sosial, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam bukan sahaja dikatakan mengelak daripada menjawab soalan wartawan malah didakwa pernah membatalkan sesi wawancara yang telah diatur pada saat-saat akhir.
Baru-baru ini, beliau 'buat hal' lagi apabila tiba-tiba menghilangkan diri selepas wartawan cuba mendapatkan reaksinya tentang isu anak-anak Orang Asli suku Batek di Gua Musang, Kelantan yang tercicir daripada persekolahan dalam satu majlis di Putrajaya.
Memetik laporan Malaysia Gazette pada 14 Jun, tindakan Maszlee itu dilihat tidak profesional kerana beliau meminta para wartawan "Makanlah dulu" sebelum menjawab soalan-soalan mereka.
Selain isu pendidikan suku Batek, pengamal media juga ingin mendapatkan komen beliau tentang isu lebih 45,000 pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah yang diberhentikan.
Para wartawan memberi kerjasama yang baik apabila akur dengan permintaan Maszlee namun kira-kira lima minit kemudian, mereka dimaklumkan beliau telah meninggalkan majlis tersebut.
Seperti yang dijelaskan oleh Malaysia Gazette, masalah itu bukan kali pertama berlaku kerana Maszlee pernah berbuat demikian ketika wartawan ingin mendapatkan penjelasannya berhubung isu yuran pengajian Universiti Malaya (UM).
Netizen turut menjadikan Maszlee sebagai sasaran kritikan berikutan kegagalan kerajaan PH menunaikan janji untuk memansuhkan kutipan tol (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Melihat kepada sikap Maszlee itu, tidak hairanlah apabila beliau menduduki tempat tercorot dalam kaji selidik The Edge pada Mei lalu tentang prestasi menteri-menteri Kabinet PH. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ilmu semburit...wakakakakakakkaa |
|
|
|
|
|
|
|
dia takut orang claim tol |
|
|
|
|
|
|
|
dia pakai ilmu manis mulut..semua kena kencing |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu Alam(putar@belit). |
|
|
|
|
|
|
|
dia menteri pendidikan mesti la ada belajar ilmu ghaib masa pegi Sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai je ngelak.. Ilmu kencing la ni |
|
|
|
|
|
|
|
kuat menipu je tol percuma, ya Allah moga pemimpin munafik ni kalah pru akan datang. mereka janji tapi di capati. mereka susahkan rakyat. mereka lari dari wartawan sedangkan wartawan menunggu mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha macam-macam hal lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le tu..at least dia ghaib sbb ada rasa malu..member2 dia langsung xde perasaan malu..kulit muka lg tebal dari kulit kaki negro afrika kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
arjuna9124 replied at 16-6-2019 10:07 PM
Ok le tu..at least dia ghaib sbb ada rasa malu..member2 dia langsung xde perasaan malu..kulit muka l ...
Betol juga tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa bn bukan main lagi meratib janji dicapati. Sekarang ni dekat ph, nak bagi gelaran apa pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dengan menteri ni humble, bahasakan diri dia pak cik masa beri ucapan depan budak sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Barakah ke gaji dia dpt tiap bln tu kalau buat kerja cmni? |
|
|
|
|
|
|
|
JANJI MELAYU boleh pakai ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tanda2 awal mahacai
|
|
|
|
|
|
|
|
dia pun kena kencing dgn boss dia. mcm mana dia nak tunaikan janji wakakaakawakkka... |
|
|
|
|
|
|
| |
|