View: 1676|Reply: 0
|
[Tempatan]
Quartararo Petronas Yamaha SRT Menang #2 MotoGP
[Copy link]
|
|
Edited by Lagubestbest at 16-6-2019 10:02 PM
Pelumba rookie MotoGP #20 Quartararo berusia 21 tahun dari team yang baru setahun ditubuhkan Petronas Yamaha SRT dari Malaysia menang tempat ke-2 di litar Catalunya, Barcelona. Quartararo mula di pole P1 tapi bila lampu hijau pecutan Yamaha tak berapa laju, jatuh P4 seterusnya bila #93 Marquez masuk line tak tengok kiri kanan Quartararo terkiss belakang, brek sikit jadi slow hingga terperosok ke P8. Namun berlaku kemalangan di depan pabila Lorenzo tergelincir tayar depan seterusnya menumbangkan pelumba di depan, pelumba di kanan terlanggar depan jatuh jugak, dan #63 Rossi di belakang cuba mengelak kekalutan, goyang kiri kanan keluar lane dan terjatuh jugak. Quartararo seterusnya secara tak langsung berada di P4 sambil memerhatikan perebutan P2 oleh dua pelumba didepan pada jarak dekat. Perebutan P2 menyebabkan race jadi slow dan melonjak Marquez di P1 jauh ke depan. Apabila pelumba P3 hampir tergelincir goyang dan terkeluar lane seterusnya membuatkan pelumba P2 jadi slow, Quartararo masuk pecut balik tanpa halangan cuba mengejar P1 namun dengan laps tinggal 2 saja, Quartararo hanya mampu merapatkan 2 saat dari 4 saat jarak perlumbaan. Quartararo nampak bersyukur, dan happy sangat. Dengan kemenangan Quartararo, team Petronas SRT mendunia ramai geng team Malaysia ini diwawancara live borak-borak beri ulasan santai banyak kali selepas perlumbaan di sekitar kawasan motorhome.
Pelumba MotoGP pertama negara #55 Hafizh syahrin Red Bull KTM Tech3 pula sama nasib dengan Rossi terpaksa mengelak rider depan yang jatuh hingga, sendiri tak jatuh tapi engin stop, jadi sendiri terkeluar dari race. Walaupun Hafizh Syahrin flop sekarang dengan motosikal KTM dan kontrak tahun depan 2020 masih tiada, Hafizh Syahrin adalah satu-satunya pelumba MotoGP untuk kawasan Asia Tenggara, memegang kuasa pemasaran MotoGP yang amat besar di Asean yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Litar laju dan licin, ramai jatuh, semua yang menamatkan perlumbaan pada race ke-7 MotoGP musim 2019 hari ini masing-masing dapat points.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|