CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5296|Reply: 31

KISAH PERAK SAMBUT AIDILFITRI AWAL SEHARI PADA TAHUN 1983

[Copy link]
Post time 17-6-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pada tahun 1983, buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan dimana semua umat Islam menantikan kedatangan bulan Syawal pada tahun 1983 satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah.

#JIKA ANDA ORANG LAMA, BOLEHKAH  ANDA KONGSIKAN PENGALAMAN BERHARI RAYA AWAL SEHARI ITU?

Kisahnya bermula apabila beberapa kumpulan nelayan yang pulang dari menangkap ikan di laut telah terlihat anak bulan dan berita itu telah sampai ke darat dengan cepat. Dikatakan ianya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu. Namun, tiada rekod dan bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan ini dalam menjadi permulaan kepada kisah sambutan perayaan awal sehari di negeri Perak ini.

Cerita berkenaan dengan anak bulan tersebut juga dikatakan telah sampai ke mufti dan menuurut mufti, ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya. Apabila perkhabaran tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda terus mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei.

Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan loud speaker untuk mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan pelusuk kampung. Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih. Kebiasaannya kini, apabila hari raya pertama kita akan dapat melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan sudah tidak perlu menggunakan teropong.

Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal, ia terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, penentuan bulan puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana ia sudah sudah bertahun-tahun selari dan ada dicatatkan dengan kalendar dengan kiraan yang betul. Sejak dari itu, sambutan perayaan aidilfitri tidak pernah lewat dan tidak pernah awal.

Dahulu, orang ramai akan menanti di depan televisyen atau radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor. Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992. Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.

Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

Sumber : Orang Perak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 12:27 PM | Show all posts
Bos belakang aku ni ada cerita kat aku.. dia masih ingat abg ipar dia pagi yang diumumkan raya tu dia dengan selamber tgh cat rumah.. pastu bos aku siap bagitau tak gi sembahyang raya ker siap bertekak jugak la tapi bertekak manja.. masa tu mana ada socmed whtasapp segala...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikutkan sekarang pun ada masalah ni. Sekali sekala keluar statement nakal tanya apasal Mekah dah raya, Indon dah raya, Malaysia belum

Perubahan cuti akan efek banyak perkara jg. Allahu alam sebab mufti dan jab agama dah Kuar statement. Ikut je
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik sgt la ms tu.x ingt ape2.lupa nk tnya mak.dulu2 xde penyimpan mohor bsr raja2 umum ke?ke exited sgt nk ry sampaikan nelayan yg umumkan pn blh pcaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 01:00 PM | Show all posts
sekarang ni exacltly ikot kalender kuda, raya next pun kita dah boleh tahu..


tak rasa excited sangat la nk raya, dgr pengumuman pun xrasa excited sebb dah tahu mmg raya masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 01:04 PM | Show all posts
buragazz replied at 17-6-2019 12:27 PM
Bos belakang aku ni ada cerita kat aku.. dia masih ingat abg ipar dia pagi yang diumumkan raya tu di ...

hahaha.. yg ni kelako. last minit btol ngecat rumah. seingt aku zaman kecik2 dulu nk puasa/raya mmg bergantung kt pengumuman dlm tv tu..so mmg xberani nk buat persiapan last minit sgt2. wpun dh ada ura2 puasa 30 hari, tetap lah hari ke 28 tu dh ready semua termasuk barang mentah yg nk di masak utk lauk pauk hari raya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawaknya hari Raya ditentukan oleh nelayan.

Ni Kalau jadi lagi Tahun depan best. Book hotel pegi beraya di perak kemudian balik semula Raya lagi sekali.

Wait mula mula Ke Mekah Ke indon, then balik Raya perak then balik KL. Saved tiga hari puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Terang betul bijik mata nelayan boleh nampak anak bulan gitu2 aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi masa tu..ayah cepat2 ke sungai ambik buluh untuk buat lemang. Masa tu buluh diambil lebih awal dan diletakkan di sungai untuk dicuci.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul jugak. Sebab malam sehari selepas Raya tu, anak bulan dah besar, bukan anak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 02:01 PM | Show all posts
penah dgr kisah ni. my dad yg cte.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi kes ni, masa tu I kecik lagi mcm tak brp faham, tapi my aunty duduk sebelah rumah bukan main lagi sambut raya anak beranak. Datang rumah kitorang beraya (dah tentu tanpa hidang makanan), salam2 pastu bertolak balik ke kampung di Perak. Sambung raya pertama di Perak.

Family I still puasa hari tu. Sambut raya next day. Sekarang baru I faham kepelikan apakah itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:57 PM | Show all posts
matchstick replied at 17-6-2019 01:04 PM
hahaha.. yg ni kelako. last minit btol ngecat rumah. seingt aku zaman kecik2 dulu nk puasa/raya mm ...

aku pun pernah last minit mengecat living hall rumah aku.
seminggu lagi nak raya.

tapi tak pe la, sebab masa raya balik kpg seminggu. so ada masa la cat tu kering, bau pun hilang hahhahaa

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:05 PM | Show all posts
Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

sapa yg tinggal dgn sempadan negeri angin la..geng kmpg sebelah dh raya..geng kmpg sini blom lg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku selalu cite pasal ni bila hari raya.. dia cite arwah nenek aku stress sgt smpai x nak raya katanya bila dengar pengumuman ari raya tu.. Mana taknya biasa sehari sblm raya baru nak masak lemang,rendang n pelbagai lauk pauk lagi tapi tiba2 umum dah raya apa benda pun x wat lagi mcm mana nk sambut raya katanya..hehehe lawak sungguh klau raya tetiba ni..aku klau duk sempadan negeri pun memang aku akan menyakat org negeri sebelah tu pasal x raya lagi hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hband kata mmg pn. Diorg kt kuala kangsar yg dkat istana dpt brita cpat. Raya le. Yg mana jauh ckit pose juga. Kata dema, dema pn nmpk ank bulan tu. Jelas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 nelayan tu nampak UFO ke penanggal ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ai x lahir lagi
X boleh nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 17-6-2019 01:15 PM
Ingat lagi masa tu..ayah cepat2 ke sungai ambik buluh untuk buat lemang. Masa tu buluh diambil lebih ...

Tq mod

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 17-6-2019 10:16 PM

Tahun 1990 puasa lebih sehari. Program tv kena ikut apa yg dah plan. Iols tak ingat tahun tu puasa 29 atau 30 hari. Jadi kita semua ada lebih sehari untuk persiapan raya. Tahun berikutnya suratkhabar print rancangan tv untuk hari raya pertama dan kedua tanpa letak tarikh siap letak dalam kurungan jika raya jatuh hari sekian sekian. Iols ingat yg patutnya siaran malam raya tayang cite malek noor atau pernikahan berdarah.
Ada sorang budak kampung selamba makan kat tengah jalan. Bila orang tegur dia kata ikut kalendar patutnya dah raya. Budak tu lagi tua dari iols. Dia sekolah menengah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.276160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list