View: 4335|Reply: 34
|
[Tempatan]
Area Cyberjaya: Sarapan pagi termasuk nasi lemak hantar order guna dron
[Copy link]
|
|
Guna dron hantar nasi lemak?
18 Jun 2019 10:35 AM
CYBERJAYA - Berita baik buat warga Cyberjaya. Mulai penghujung bulan ini, mereka bakal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron.
Average Drone Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan khidmat tersebut dalam masa terdekat dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone Sdn. Bhd., Hamdee Hamdan berkata, pada masa ini perancangan tersebut yang merupakan projek percubaan selama tiga bulan akan melibatkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan 2km dari bangunan Futurise, di sini.
Beliau berkata, hanya tujuh jenis makanan akan ditawarkan dalam tempoh percubaan itu melibatkan makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.
“Ini versi percubaan, selepas tiga bulan kita tengok macam mana, selepas itu kita akan tambah jenis makanan,” katanya ketika ditemui Bernama pada ekspo MyDroneX di sini, semalam.
Hamdee berkata, pihaknya juga telah membangunkan aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir, bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan mereka menerusi aplikasi itu.
Beliau menjangkakan tempoh daripada proses tempahan sehingga makanan itu sampai ke destinasi pesanan, mengambil masa selama 12 minit dan kos penghantaran adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.
“Ia bukan banyak berkisar pada harga, tetapi mengenai jangka masa, ramai yang inginkan penghantaran cepat. Kita juga sudah membangunkan dron itu boleh diterbangkan pada waktu hujan tetapi bukan dalam situasi hujan lebat,” katanya.
Hamdee berkata, pada masa ini, dron yang mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ dihasilkan syarikatnya itu mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.
“Tetapi sekiranya projek percubaan itu berjaya, kita mempunyai perancangan untuk mengubah suai dron tersebut sehingga mampu menampung muatan seberat tiga kilogram,” katanya. - BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww. Untungglaaa warga2 Cyber sekalian. |
|
|
|
|
|
|
|
waww..makin gendut la warga putrajaya. nx time servis terus suap ke mulut caj sama. |
|
|
|
|
|
|
|
eh cyberjaya..igtkan putrjaya
dkt2 la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Wau cnggih makanan depan pintu depan tingkap {:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat kat tangan manusia sejenis sakai atau suka buat kerosakan harta benda...
bukan makanan dia oder jer dia amik...
tak balik semula ke tuan kot drone tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.. menarik |
|
|
|
|
|
|
|
kena sambar dengan helang kelaparan mcm mana ? |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....satu benda yang positif...terbaik ahh... |
|
|
|
|
|
|
|
Alat jammed drone tu..kang makin ramai beli |
|
|
|
|
|
|
|
idea yg baik...antara produk2 yg boleh di hantar pakai dron adalah kondom, dildo, vibrator, minyak lintah, etc...ada melayu2 nak cuba? |
|
|
|
|
|
|
|
Kreatif dan inovatif. Acik2 cyberjaya yang dah cuba bolehla kongsi review di mforum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena curi mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm kalau hujan still takboleh order jugek |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 18-6-2019 08:43 PM
Hmm kalau hujan still takboleh order jugek
Hujan lebat tk boleh katanya. Hujan sipi2 ok lagi. Anyway, bagus juga ni. Nak2 kalau delivery ke rumah tinggi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan mengedar dadah pakai drone lak pasni. |
|
|
|
|
|
|
|
Menariknye.xyah dh susah2 kalau hntr naik flat .dah la xde lif.
Tp jarak xjauh la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 18-6-2019 12:36 PM
waww..makin gendut la warga putrajaya. nx time servis terus suap ke mulut caj sama.
Siap dgn pakej kunyahkan sekali. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 18-6-2019 11:30 PM
Menariknye.xyah dh susah2 kalau hntr naik flat .dah la xde lif.
Tp jarak xjauh la pulak
Rasanya penghantaran bukan sampai depan pintu rumah kalau flat/apartmen. Kalau di luar negara, diorang akan wujudkan satu kawasan khas dan runner akan ambil dari situ utk dihantar kpd pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|