CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7353|Reply: 57

Mak Jah pernah gadai emas demi rawat kanser, kini sudah pulih sepenuhnya

[Copy link]
Post time 19-6-2019 10:15 AM | Show all posts |Read mode


PELAKON veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 71, mengakui pernah berdepan dugaan getir dalam hidup apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu pada 2016 sehingga tidak dapat aktif bekerja.

Paling menyedihkan dia tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak bagi menampung kos rawatan dan terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan penyakitnya.

“Hanya itu pilihan yang ada. Harta dan barang kemas boleh dicari tetapi nyawa tiada galang ganti.

“Tak dinafikan duit pun banyak dihabiskan untuk tujuan perubatan.

“Namun, selagi boleh berusaha, saya tak mengalah untuk sembuh daripada kanser,” katanya.

Mak Jah belum mampu untuk menebus kembali barang kemas itu sampai sekarang malah dia tidak ralat asalkan kesihatannya kembali pulih.

“Saya terpaksa berehat selama dua tahun ketika dalam fasa rawatan. Hujung 2017, barulah saya dapat beberapa tawaran berlakon.

“Syukurlah, awal tahun ini barulah saya disahkan pulih sepenuhnya. Doktor ada bagi sebiji ubat untuk halang sel kanser daripada aktif semula.

“Ubat berharga RM1,200 sebiji ini perlu diambil sebulan sekali. Manakala ubat kencing manis dan darah tinggi saya dapatkan di hospital kerajaan,” katanya.

Selain ubat yang disebutkan, dia juga mengambil suplemen berharga RM300 sebulan bagi menjaga kesihatan.

“Keseluruhannya, saya kena cari pendapatan RM1,500 ke RM2,000 sebulan.

“Saya juga jaga pemakanan dengan lebihkan makan sayur dan ikan serta buah-buahan.

“Daging tak dibenarkan makan sampai sekarang, manakala ayam dibolehkan hanya sebulan sekali. Saya juga banyak makan bawang putih,” katanya.

Ketika disahkan menghidap penyakit itu, Mak Jah mengalami kemurungan selama enam bulan.

Dia patah semangat dalam hidup dan berkurung serta menjauhkan diri daripada rakan-rakan kerana membayangkan maut yang menanti.

Mak Jah yang membintangi lebih 100 drama dan menjayakan berpuluh filem memberitahu

penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.

Ketika itu, dia terbabit dengan penggambaran drama Kisah Dari Makkah.

“Semangat saya tak kuat ketika itu tetapi saya tak putus asa berdoa di depan Kaabah setiap hari.

“Apabila pulih, doktor minta saya gembirakan diri bagi melawan penyakit. Dia tidak mahu saya murung.

“Jad, saya terbabit aktif dalam Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan persatuan penduduk. Namun, saya bukanlah buat kerja berat, sebaliknya bergaul mesra dengan mereka.

“Sebenarnya dalam tubuh badan kita semua ada kanser. Silap-silap kanser dalam tubuh saya akan aktif semula dan itu terserah pada ketentuan Allah,” katanya.

Menurut Mak Jah, semangatnya untuk bangkit turut didorong oleh motivasi daripada seorang ustaz.

“Ketika itu, saya bersolat setiap waktu di masjid hingga ustaz pelik melihat saya menangis seorang diri setiap hari.

“Apabila tahu kisah sebenar, dia menasihati saya agar bersabar dengan ujian Allah.

“Ustaz memaklumkan, saya beruntung kerana terpilih diuji dengan penyakit. Saya tahu akan mati, sudah tentu membuat persediaan untuk kembali ke pangkuan-Nya.

“Mendengar nasihatnya, saya bersemangat untuk bangkit semula. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, tak lagi menjauhkan diri daripada rakan, tanpa mensia-siakan ibadat saya,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini mempunyai 11 cucu dan tiga cicit.

Dia tinggal sendirian dengan ditemani seorang cucunya.

Mak Jah kembali aktif berlakon tetapi menolak untuk menjayakan drama episod atau projek yang ambil masa terlalu lama.

“Saya pernah dua kali masuk hospital dan disahkan ada jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru.

“Ia buat penggambaran dua kali tertangguh dan saya enggan ganggu jadual orang lain

“Saya juga tak kisah ditawarkan apa sahaja watak samada komedi, orang gaji atau hantu kerana ia bermakna pengarah percaya saya mampu bawakan watak-watak begini,” katanya.

Ditanya sampai bila dia mahu berlakon, Mak Jah mengakui pernah berasa sedih memikirkan perkara itu.

“Terfikir juga, kenapa aku dah tua pun masih berlakon. Kadang-kadang ada terasa malu.

“Namun, apabila difikirkan semula, orang masih nak saya dan kenapa nak tolak rezeki.

“Selain itu, faktor kewangan juga penting. Takkan saya nak mengharapkan anak-anak. Selagi orang nak dan selagi ada kudrat, saya akan terus berlakon,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang mak jah, semoga terus sihat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya hidup pelakon2 veteran.
apa pun semoga mak jah sihat sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:21 AM | Show all posts
alhamdulillah pulih.. kuat ya makjah!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:29 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan mak jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:30 AM | Show all posts
Ubat ape yg 1.2K tu, siapa tau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang umur mak jah.. Dulu aku confuse ingt mak jah ni yg meninggal rupanya arwah maimon mutalib yg pergi sbb kanser jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... Kadang kesian bila banyak buat body shaming kat makjah ni pasal gigi dia la...tua dia la.. nak2 masa dijemput dlm MLM ke, dlm Bntang mencari bintang ke atau prgram komdi yg lain. Dia patut dihormati lebih lagi ...dhla senior, tak brapa sihat plk tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga mak jah dikurniakan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:55 AM | Show all posts
melekat nama mak jah dlm drama sembilu - watak org gaji
sekarang da tukar nama drama semburit
semoga sihat selalu mak jah, life mesti happy jgn murung2

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:03 AM | Show all posts
positif and kuat semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:07 AM | Show all posts
syukur alhamdulillah dah sembuh dari kanser.. diberi kesihatan tu yg paling utama and penting..kalau tak semua pun jadi meaningless..nak beribadat pun susah..

semoga terus sihat makjah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah...semoga mak jah sentiasa kawal pemakanan & amik ubat regularly la da lama tk npk mak jah berlakon....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 19-6-2019 10:30 AM
Ubat ape yg 1.2K tu, siapa tau?

Aah iols pun curious ubat apa smpi 1.2k tu
I ada fmly member yg ada kanser Dia g ikn kat putrajaya je Ubat2 pun dr sana tp xde la smpi beribu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:03 PM | Show all posts
mahalnya ubattt. iols baru tau ada ubat semahal ituuu. moga mak jah sentiasa sihat . selalu terhibur dgn watak komedi lakonan mak jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:09 PM | Show all posts
ooo patut lama tak nampak, biasa ada je cerita baru kat astro

btw pernah nampak makjah dulu-dulu kat kelfood, jenuh nunggu dia nak masuk parking, kedepan-kebelakang tak habis-habis kekdahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 12:23 PM | Show all posts
syadq replied at 19-6-2019 10:30 AM
Ubat ape yg 1.2K tu, siapa tau?

oral chemo kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:34 PM | Show all posts
mak jah berlakon best..ingat lgi citer sembilu kasih leh lak mak jah skandal ngan azlee jaafar..berdekah shiak part mak jah..tapi bab jek jedi kembong n hetty pokok oak tu meollss rasa meleweh2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:35 PM | Show all posts
alhamdulillah semoga sihat selalu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:37 PM | Show all posts
alhamdulillah.

tapi apa supplemen yang RM300 sebulan tu. harap yang selamat lah. sekarang macam-macam supplemen yang tak elok sebenarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.072321 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list