CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2882|Reply: 8

Usahawan INOVASI

[Copy link]
Post time 28-6-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by zamkumis at 28-6-2019 05:36 PM

Selamat datang, Inovasi adalah satu produk yang datang dari idea.
Produk inovasi masih tidak maju dimalaysia, dinegara luar produk inovasi telah menjadi perkara biasa dalam budaya. Dinegara China hampir setiap hari keluar produk-produk baru berasaskan inovasi.

Soalan lazim!..

Apakah itu produk inovasi?
Apakah kelebihan produk inovasi?
Apakah skop produk yang boleh?
Saya tak ada idea tapi dimana saya boleh dapat idea?
Bagaimana untuk jayakan satu produk sehingga masuk pasaran?
Adakah anda layak atau boleh?
Bagaimana untuk mendapatkan dana kewangan?
Siapa yang akan bantu saya?
Siapa yang akan buat produk saya?
Siapa yang akan bimbing saya?
Dimanakah maklumat yang boleh saya dapat?
Apakah kerajaan akan membantu?

Post ini bukanlah artikel tetapi ini adalah perbincangan, dijemput mereka yang ada pengalaman dan pengetahuan untuk sama bagi pendapat dan pencerahan.

Apakah itu inovasi?
Inovasi ialah produk yang datang dari idea dan idea itu adalah unik, sebagai contoh idea untuk buat kipas angin. Kipas angin satu idea yang telah sedia ada, tetapi uniknya idea anda apabila kipas angin itu menggunakan kuasa solar. Jadi inovasi anda ialah kipas yang guna solar. Produk ini belum ada atau telah ada dalam pasaran tetapi anda buat yang jenis lain tetapi lebih dalam bentuk yang lebih baik dan ada ciri tambah.

Contoh lain seperti teknologi komputer, ia telah ada sejak puluhan tahun dahulu, tetapi generasi baru mempelajari teknologi yang ada kemudian dimajukan lagi sehingga menjadi produk lain seperti operating system seperti Android, Linux, Apple yang berasaskan OS Free BSD. Harap anda faham ye definasi inovasi ni.

Apakah kelebihan produk inovasi? 1. Anda mungkin jadi jutawan atau billionwan dengan sebab 1 produk.
2. Anda boleh mula bergerak dengan modal permulaan 1-2 ribu sahaja. Iaitu modal sementara sebelum mendapat dana kewangan(Grant project)
3. Cara supaya anda boleh berniaga secara besar-besaran tanpa perlu modal duit sendiri.
4. Anda memiliki produk sendiri 100% milik anda.
5. Anda akan dibimbing sehingga berjaya, iaitu dengan bantuan dana kewangan, step-step yang perlu diikuti dan sebagainya.
6. Bayangkan jika Apple atau Microsoft atau BMW, facebook adalah milik anda, semua jenama asalnya adalah produk inovasi.
7. Membuka perniagaan dengan Zero modal.
7. Pihak kerajaan akan bantu anda sehingga ke tahap membuat kilang. Dana(grant) bukanlah hutang, tidak perlu dibayar semula. ia adalah bantuan untuk membantu idea anda.

Apakah skop produk yang boleh?
Skop untuk produk inovasi tidak ada had. Boleh dengan idea sendiri atau tiru produk sedia dan ujudkan kelainan. Yang tidak boleh ialah cetak rompak atau clone 100%.

Kategori inovasi
Ada 2 kategori inovasi,
Kategori 1: Produk yang unik belum ada sesiapa yang membuatnya. Idea baru. Bermula dari kosong.
Kategori 2: Produk yang telah sedia ada dalam pasaran, tetapi anda menggunakan idea yang sama tetapi dibuat dalam bentuk yang lain identitinya. Sebagai contoh teknologi kereta, ada macam-macam jenis kereta, Proton mengeluarkan kereta dengan jenama proton dalam bentuk yang tersendiri, perodua juga mengeluarkan kereta sendiri dalam rekabentuk lain..dan sebagainya. Kategori ini bolehlah dikatakan sama idea tetapi unik. Contoh lain seperti SkrewDriver, anda boleh buat satu jenis screwdriver berbentuk tersendiri, produk itu adalah milik anda.

Jenis produk:
Jenis produk yang dipilih sebaiknya jenis yang ada permintaan tinggi seperti produk perlu(must have) untuk kegunaan harian, barang dapur, tools, atau sesuatu yang memang diperlukan dan ada permintaan.  

Harta intelek
Jika idea itu datang dari anda, kemudian anda jadikan satu produk, anda tidak mahu ada orang lain membuat cetak rompak. Anda boleh patenkan keunikan rekabentuk tersebut supaya orang lain tidak boleh menirunya 100% dalam bentuk clone atau cetak rompak. Anda boleh daftarkan di http://www.myipo.gov.my/ms/myipo/ dengan bayaran ratusan RM sahaja. Jika ada individu yang membuat cetak rompak keatas produk anda, anda boleh dakwa mereka dimahkamah.

Saya tak ada idea tapi dimana saya boleh dapat idea?
Sebenarnya ada 1001 idea yang boleh dijana, sebagai contoh Ball PEN, anda boleh kilangkan juga ball pen tetapi mestilah dengan rekabentuk yang tersendiri dan unik. Macam-macam produk boleh dibuat, lawat sahaja laman web shoopy atau lazada. Tiru produk tersebut dengan mengeluarkan dalam rekabentuk yang lain.
Saya cuma ada idea, tapi tak tau nak buat produk, macamana?
Jangan risau, buat rundingan dahulu dengan company consultion, bagi idea tersebut dan mereka akan proses adakah boleh atau tidak. Jika boleh minta dia buat satu prototype(produk contoh 1 unit), kemudian bawa prototype tersebut untuk permohonan dana(Grant). Setelah dapat grant, mulakan proses seterusnya.

Bagaimana untuk jayakan satu produk sehingga masuk pasaran?
Untuk menjayakan projek ini anda perlukan satu pasukan untuk membuat kajian termasuk prototype asas, rekabentuk yang ada commersial value, R&D tambahan, testing, streategy marketing, brand, IP dan sebagainya. Untuk pasukan ini anda boleh menggunakan perkhidmatan syarikat swasta yang perlu dibayar. Anda boleh berhubung dengan mereka. Sila search google "prototype product malaysia" boleh pilihlah mana satu yang sesuai.

Adakah anda layak atau boleh?
Sesiapa pun boleh asalkan 7 tahun dan ada idea.

Bagaimana untuk mendapatkan dana kewangan?
Untuk mendapatkan bantuan kewangan atau Grant project, step pertama yang anda perlu lalui pertama mestilah ada idea, kemudian prototype produk sudah disediakan(sample produk 1 unit), marketing plan dan sebagainya anda boleh minta bantuan syarikat swasta yang anda lantik tadi untuk buatkan kertas kerja serta membantu untuk membuat presentation projek kepada badan-badan dana seperti mosti, creadle fund dan lain2, anda perlu hadir sama.  Setelah grant dana diperolehi, anda perlu bayar syarikat swasta tersebut sejumlah wang untuk menjayakan projek anda.

Siapa yang akan bantu saya?
Siapa yang akan buat produk saya?
Siapa yang akan bimbing saya?

Produk anda nanti akan diuruskan oleh syarikat swasta yang dilantik itu, termasuk pembuatan, pemasangan, label, pembungkusan dan sebagainya. Pasaran anda perlu buat sendiri, biasanya pasaran mestilah kepada golongan sasaran seperti dalam marketing plan dalam bentuk borong. Stor perlu disediakan untuk simpan stok barang yang telah siap sementara untuk dipasarkan. Dizaman sekarang pemasaran adalah mudah, anda boleh iklankan untuk jual borong secara online di Alibaba.com dan sebagainya atau offline kepada pemborong2 tempatan.

Apakah kerajaan akan membantu?
Sememangnya kerajaan sangat membantu kerana jika produk anda berjaya kerajaan akan mendapat cukai dan membuka peluang pekerjaan.
Berjuta ringgit dana diperuntukkkan setiap tahun untuk inovasi, bahkan kerajaan menyediakan kemudahan technology park untuk membantu usahawan yang baru startup. Dana mudah diperolehi asalkan road map untuk produk anda jelas dan logik potensinya, dukument presentation adalah sangat penting. Sebab plan anda itu yang diaornag mahu tengok dan pastikan.

Sekian... sila tambah... kalau ada kesilapan sila betulkan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, saya edit sikit ya bold and letak avatar. Hope boleh ke main topic nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 04:22 PM | Show all posts
adila39 replied at 28-6-2019 01:54 PM
TT, saya edit sikit ya bold and letak avatar. Hope boleh ke main topic nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik topik ni.
Ini pengalaman pejabat tempat saya kerja dulu. Bila ada hari inovasi, ketua bahagian akan ajak anak buah brainstorm idea. Mula kan dengan list masalah2 yang dihadapi semasa kerja. Dari situ mereka fikirkan cara yang mungkin boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah tu. Nanti masa hari inovasi (pertandingan) buat pembentangan. Ada juga my IPO rasanya yang hadir. Mana tau nak patenkan inovasi tu

Kenapa kena libatkan semua staf terutama staf sokongan? Sebab mereka nilah yang first hand berdepan dengan masalah tu. Kalau bos2 je yang brainstorm memang tak jadi. Masa ni lah staf nak 'mengadu' apa2 kekangan yang boleh melibatkan produktiviti berkurangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sememangnya ada beberapa idea. Tapi tak berani nak explore. Nak cuba buat prototaip pun perlukan modal. Malangnya idea ni, kalau relevan hari ni, masa ada modal, belum tentu masih relevan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 28-6-2019 04:53 PM
Menarik topik ni.
Ini pengalaman pejabat tempat saya kerja dulu. Bila ada hari inovasi, ketua bahag ...

seronok sebenarnya bila boleh inovate sesuatu yg baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 29-6-2019 11:34 AM
seronok sebenarnya bila boleh inovate sesuatu yg baru

Betul. Nak2 kalau hasil kerja kta org guna
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 29-6-2019 04:42 AM
Betul. Nak2 kalau hasil kerja kta org guna

exactly. untung awak tempat kerja ada drive yg gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 29-6-2019 12:53 AM
Menarik topik ni.
Ini pengalaman pejabat tempat saya kerja dulu. Bila ada hari inovasi, ketua bahag ...

Peringkat ini masih lagi peringkat tatih atau main main. Di eropah bab2 inovasi ni dah mula sejak tahun 1800 lagi.. Abraham lincorn ada belasan idea produk yang dipaternkan. Kita baru nak start. Kikiki.

Dan sekarang negara yang paling pesat adalah negara china. 90% barangan dalam shoopy adalah dari china. Kenapa merwka sangat produktif? Sebab kerajaan mereka memberi galakan dan menyediakan platform inovasi yang berkesan dan userfriendly.

Setiap idea yang diajukan hampir tidak ada yang ditolak, semua diterima. Setelah diluluskan barulah idea itu diperbaiki sehingga mengikut spesifikasi yang ada comersial value. Apa yang penting produk ini nanti akan menjadi pendapatan juga untuk negara mereka.

Kalau kita tengok negara china... segala apa dibuatnya. Ini semua datang dari sistem pengurusan inovasi yang sangat baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.084218 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list