Masalah dalaman wanita memang banyak berbanding lelaki. Bermula dengan sakit sengugut ketika didatangi haid, keputihan, berbau dan sebagainya. Disebabkan itu banyak pengusaha produk mengeluarkan barang khas untuk merawat masalah ini menyebabkan ramai pengguna berebut-rebut membelinya dengan harapan mampu mengubati masalah mereka. Ada yang berjaya merawat masalah ini tetapi ada juga yang menyebabkan masalah semakin parah.
Untuk itu, ada yang bertanyakan kepada Dr.Amalina Bakri mengenai penjualan produk intim ini. Amalina sendiri menegaskan sifat vagina adalah membersihkannya sendiri. Tidak perlu pun bendasing sama ada pencuci atau pun jamu yang dimasukkan ke dalam vagina. Malahan dia sempat berpesan supaya wanita merujuk kepada doktor dan bukannya penjual jamu!
Foto : IG
Foto : IG
Mendedahkan majoriti wanita tidak memahami proses biologi diri sendiri menyebabkan mereka dengan mudahnya tertipu oleh pengusaha produk ini yang menawarkan cerita bohong semata-mata. Sedangkan keputihan vagina adalah normal selagi ia tidak berubah tekstur, warna dan baunya. Ketidakpekaan wanita ini memudahkan lagi pengusaha produk memanipulasi wanita yang tidak tahu ini demi mendapatkan duit yang banyak!
"Begitu juga dengan kentut vagina. Ia adalah normal. Cuma perhatikan jika anda mengalami
sakit di bahagian abdomen ketika seks, vagina berbau luar biasa atau keputihan melampu, maka
perlu merujuk doktor kerana mungkin ada masalah pada usus, rahim dan lain-lain."
Kredit foto: IG
Selain soalan mengenai keputihan, Dr.Amalina turut berpesan kepada semua wanita untuk tidak memasukkan Vitamin C melalui kaedah 'drip' walaupun yang melakukannya adalah seorang jururawat. Ini kerana ianya adalah melanggar peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nampaknya, ramai antara dari kita yang tidak belajar mendalam mengenai biologi tubuh sendiri sehingga beranggapan memerlukan bantuan produk luaran untuk membantu badan pulih. Sedangkan ianya berlawanan dengan sifat organ itu sendiri yang membaikpulih dari dalam. Jadi, kepada wanita di luar sana, banyakkan membaca serta bertanya kepada pakar ya, bukannya pakar jamu yang hanya bertujuan melariskan produknya. - CARI |