CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9466|Reply: 72

"Orang Kita Tau Nak Murah Ja, Nak Jaga Durian Sampai Jatuh Tu Bukan Senang&

[Copy link]
Post time 9-7-2019 02:25 PM | Show all posts |Read mode




Sekarang memang musim durian. Di mana-mana pun kita akan nampak durian dijual dengan meriahnya. Apatah lagi peminat Raja Buah ini boleh tahan juga kuasa membelinya. Setakat durian yang isinya kuning, jingga dan sedap itu memang menjadi keutamaan berbanding yang biasa-biasa.


Bagaimanapun, tular gambar yang menunjukkan situasi timbangan buah durian iaitu, gambar pertama menunjukkan timbangan durian dan isinya manakala gambar kedua pula ialah kulit durian sahaja. Ia menjelaskan yang kulit durian sendiri itu hampir sama berat dengan isinya. Ini jua menunjukkan harga durian mahal kerana kulitnya sedangkan kita hanya memakan isinya sahaja.



Seterusnya, ia membuatkan ramai warganet marah kerana sikap segelintir pembeli yang mempersendakan penjual durian inilah membuatkan buah durian di Malaysia dipandang rendah. Sedangkan jika di luar negara, harganya juga berganda-ganda mahal kerana mengambil kira pelbagai faktor seperti kos menunggu buah durian, mengutip, menjual kepada pemborong dan sebagainya. Ia belum dikira lagi buah yang busuk akibat ditepuk tupai atau serangan binatang liar seperti babi di dalam kebun. Jadi, mengapa mempersoalkannya jika durian itu sendiri ada pelbagai jenis, murah dan mahal?



"Foto : Twitter




Hal ini kerana kos masa, wang dan tenaga digunakan untuk memastikan buah durian ini sampai ke tangan pembeli. Dengan serangan nyamuk ketika proses mengutipnya, membawa keluar dusun dan sebelum itu pula perlu memberikan baja, menanamnya hingga tempoh 8 tahun yang tiada hasil diperolehi dari kebun tersebut juga perlu diambil kira. Bukannya sekadar mengira kulit durian sahaja.





Kredit foto: Twitter

Stigma pembeli ialah mereka mahukan yang kualiti cantik tetapi dengan harga murah. Mereka tidak tahu bahawa serangan babi hutan sering melingkari pekebun-pekebun. Oleh itu golongan ini memerlukan membeli peluru bagi menembak binatang ini yang sememangnya mahal. Malahan ia diakui sendiri oleh anak keluarga pemilik kebun duria ini. Hal ini membuka mata ramai pihak lain mengenai kesukaran menjaga pokok durian ini.




Menurut warganet lagi, jika mahukan durian yang murah, boleh sahaja membeli durian kampung dengan harga RM6 sekilo. Jika mahukan isi durian sahaja, boleh membeli di pusat beli belah yang sudah siap dikopek isinya, tapi perlu bersiap sedia kerana kualitinya tentu tidak sama dengan isi dari buah itu sendiri. Jika mahukan harga lebih murah boleh membelinya di kebun pemilik durian.







Jadi, terpulang pada diri sendiri. Jika mahukan yang premium seperti Musang King perlu bersedia dengan poket tebal. Tetapi jika tidak mampu beli sekadar ikut kemampuan. Usahlah memperkecilkan pekebun dan mereka yang meniaga durian ini. Apa kata anda? - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 03:00 PM | Show all posts
kepada yang viralkan RM25 sekilo durian tanpa kulit tu adalah murah, percaya la bahawa harga tu tak sepadan dengan isi yang korang dapat.  belum ditambah dengan jenis / klon durian tu lagi.

Bayar RM25 sekilo, tapi dapat durian kampung je nak buat apa? durian kampung biasa pun jual RM8 je sekilo.. yihhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:05 PM | Show all posts
Themilo replied at 9-7-2019 07:00 AM
kepada yang viralkan RM25 sekilo durian tanpa kulit tu adalah murah, percaya la bahawa harga tu tak  ...

Kat kuantan durian kampung dapat rm6/kg youuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb hari tu musang king sampai rm140 sekilo.. skrg dah rm40 sekilo... org marah sbb peraih tu ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:10 PM | Show all posts
Kalau dusun berbukit memang lelah la nak pikul durian bawak keluar. Nak pi kutip tu pun dah satu hal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:11 PM | Show all posts
my personal view..
durian kampung is the best compared to yg kawin2... IOI... mousang king n so on...
the taste is so real
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali timbang bijik pulak....bijik tak makan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:16 PM | Show all posts
amboi susah benar nak tunggu durian gugur yer...harus bertarung nyawa sebegitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 03:19 PM | Show all posts
ladybugs_12 replied at 9-7-2019 07:11 AM
my personal view..
durian kampung is the best compared to yg kawin2... IOI... mousang king n so on. ...

Agreed, durian kampung pun banyak jenis. Yang paling best pada i is yang saiz kecik, isinya kucing duduk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:21 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 9-7-2019 03:19 PM
Agreed, durian kampung pun banyak jenis. Yang paling best pada i is yang saiz kecik, isinya kucing ...

yups... terserlah keaslian rasa durian....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:26 PM | Show all posts
orang yang xde dusun boleh la cakap senang ...
letih wei nak jaga dusun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:30 PM | Show all posts
Modngengade replied at 9-7-2019 03:16 PM
amboi susah benar nak tunggu durian gugur yer...harus bertarung nyawa sebegitu

bertarung la ngn nyamuk, beruk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:31 PM | Show all posts
yg salah bkn si pemetik & pembeli..peraih & perniaga yg melampau sgt makap harga yahudi giler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:42 PM | Show all posts
pembeli atau penjual masing2 takleh complain...it is all about supply and demand...kalau peniaga letak harga mahal, pembeli boleh boikot...kalau ada lambakan durian di pasaran, tak kan nak jual mahal lagi? mestilah harganya akan kompetitif...

consumers pay what they feel is the value of the product...nothing personal, it is just business.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:47 PM | Show all posts
nononcrux replied at 9-7-2019 07:30 AM
bertarung la ngn nyamuk, beruk..

lintah dan pacat dilupa jangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:49 PM | Show all posts
aku ada kebun durian...

tak susah pun nak jaga pokok... antara pokok yang tak tinggi maintenance mcm sawit...

tapi, time berbuah nie kena rajin pegi jaga lah..bukan sebab apa pun...sebab byk pencurik...

yang pencurik2 nie pulak jual dgn harga yang mahal konon susah nak ambik kluar dari kebun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
family kak ipar aku jugak untung...pokok durian depan umah je..bunyi durian jatuh boleh terus g amik dan ngap
klau mcm dusun tok aku jauh skit..teringat abh kena g pagi2 naik moto bawa guni utk amik durian...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:53 PM | Show all posts
last week beli 101 RM25 sekilo..
kalo kampung paling besar RM12sekilo
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Durian gred sama kalau beli dengan kulit rm8/kg kalau beli isi saja rm25/kg. Orng bukan bangsa johor be like penjual jujur baik xtamak jual murah ialah yng rm25/kg semata kerana xtimbang dngan kulit. Bende ni smpai pak jamil dh mampos orng bukan bangsa johor xleh grasp. Kita orng johor dr zaman moyang pak jamil belom hidop pon dh jual beli deghian ikot kilo. Manggis xnk lak komplen?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 03:55 PM | Show all posts
betul jugak tu
arwah ayah n abg aku ada dusun durian
mmg byk keje jugak la menjaga dusun durian ni
kena ambil kira kawasan sekitar dia...kena bersihkan dr tumbuhan liar lain
guna duit jugak tu nak menebas semak samun..kalau biar jd hutan belantara la
nak bg hidup sehingga berbuah tu..byk modal jugak
bila da berbuah berebut lg dgn pencuri durian
ari ni tengok ada kat ats pokok, esok kemungkinan besar da xde
keselamatan diri pun kena diutamakan dr pencuri
mana tau bukan boleh percaya pencuri zmn sekrang ni
tp aku bukan penggemar durian maybe sbb da biasa tengok dr kecik
kalau da byk tu...bau dia pun boleh buat pening kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.222917 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list