CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2194|Reply: 17

[Tempatan] anak kena denda tulis 50 kali : makcik report polis lagi

[Copy link]
Post time 16-7-2019 09:47 PM | Show all posts |Read mode


netizen kutuk makcik tu sebagaimana netizen kutuk org berutang tak bayar utang nak buat hutang lagi dan lagi

selayaknya la bodoh2 camni kena kutuk sama netizen


Ibu buat laporan polis lagi terhadap guru hukum anaknya tulis perkataan sama 50 kali



Sebelum ini, si ibu buat laporan polis terhadap seorang guru kerana merotan tapak tangan anak perempuannya (Tahun 5) kerana tidak membawa kerja sekolah ke sekolah. Kali ini, dia tampil membuat laporan polis kedua ke atas guru yang sama.

BACA: Ibu buat laporan polis anak perempuannya dirotan kerana tak buat kerja sekolah.
Menurut Huang, guru itu telah menukar hukuman rotan kepada hukuman menulis perkataan sama sebanyak 50 kali. Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya sebaik saja pulang dari sekolah, Selasa lalu.

Murid itu memaklumkan, gurunya menukar hukuman itu setelah ibunya membuat aduan dan laporan polis. Huang yang tidak berpuas hati dengan perkara itu tampil membuat laporan polis buat kali kedua.

REAKSI NETIZEN

Netizen terkejut dengan perkara itu dan mula memberi sokongan kepada guru berkenaan. Malah ramai yang tidak faham, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh si ibu itu.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2019 09:50 PM | Show all posts


report kali pertama

dasar makcik ni kaki ngadu, sikit2 ngad kat polis macam forumer hati tisu gak, sikit2 report kat mod


bahahaha


Ibu buat laporan polis anak perempuannya dirotan kerana tak buat kerja sekolah



Satu Facebook Group (SJK(C) Fees Monitoring Forum membangkitkan isu murid di Tahun 5 dirotan oleh Guru Sains/Pendidikan Jasmani.

Namun salah seorang ibu kepada murid terbabit menyangka hukuman itu dikenakan kerana anak perempuannya tidak membawa kerja sekolah subjek Sains ke sekolah meskipun pada hari itu tiada kelas untuk subjek tersebut.

Melihat isu yang dibangkitkan itu semakin melarat, beberapa ibu bapa murid yang lain mula tampil mempertahankan guru itu dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Difahamkan, guru terbabit memberi kerja sekolah pada kelas terakhirnya 28 Jun lalu dan meminta murid-murid menyiapkan tugasan itu pada hujung minggu.

Mereka juga diarahkan untuk membawa semula kerja sekolah itu pada 1 Julai (Isnin) walaupun pada hari itu tiada kelas subjek sains. Lebih dari separuh kelas gagal menyiapkan atau membawa kerja sekolah itu menyebabkan guru berkenaan menghukum mereka dengan merotan tapak tangan secara tidak keterlaluan.
Selepas memeriksa kerja sekolah muridnya, guru berkenaan yang juga guru pendidikan jasmani mereka meneruskan kelas itu seperti biasa dan membenarkan murid-murid bermain bola keranjang.

Malangnya, salah seorang murid perempuan mengadu kepada ibunya mengenai perkara itu. Berang dengan perkara itu, si ibu terus menghubungi Guru Besar sekolah tersebut untuk menuntut penjelasan.

Kebetulan pada hari itu, Guru Besar tiada di pejabat kerana ada urusan di luar. Si ibu yang tidak berpuas hati kemudian memanjangkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan dan mendakwa Guru Besar berkenaan enggan bertemu dengannya.

Guru Besar yang mengetahui aduan wanita itu memohon maaf dua kali, tetapi ditolak kerana didakwa tidak ikhlas dan menuntut Guru Besar itu membuat permohonan maaf secara ikhlas, sebelum membuat laporan polis pada 3 Julai (Rabu) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berhubung kejadian rotan tersebut.

Tidak diketahui apa yang dimahukan oleh ibu murid itu, namun tindakannya membuat laporan polis tersebut membuatkan guru terbabit terpaksa berdepan dengan pihak polis untuk membantu siasatan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 09:57 PM | Show all posts
jangan jangan si @tagas bahlol tu pun report polis sebab tak puas hati sebab bank lain tak lulus loan sebab nama sudah blacklist dkt arrahnu sebab tak bayar utang sebab memang fikir taknak bayar hutang sebab hidup suka berutang

bahahahha








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:04 PM | Show all posts
anak hati tisu, mak pun hati tisu....buat sklah sendiri la makcik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk lagi kerja polis dari nak handle kes merapu camni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:25 PM | Show all posts
mn macai2 liberal n kapir? nginzal la thread ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
OVER MANJA
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Homeschool je la nyonya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lps ni cikgu2 bolayan ank ko, jgn report polis plak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 11:28 PM | Show all posts
polis : kau nak report apa?

tagas : bank disturb tak mau kasi saya loan lepas nama saya kena blacklist

polis : ahhhhhhhh sudah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 11:32 PM | Show all posts
polis : kau nak report apa kali ni

tagas : bank paw saya rm3k sebab tak bayar upah simpan 8 bulan

polis : arrrrrrr, kau pi balik pi bayar la duit bank tu



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu, ibu buatlah sekolah sendiri je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
X bekerja ke nyonya ni, byk masa dia asek mereport aje.. Apa kata ko mengajar anak ko sdiri kt rumah. Ntah2 terajang ko bg kt anak ko yg pemalas tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 08:20 AM | Show all posts
homeschool je la acik...ko jadi cikgu sendiri kat anak ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd permukaannya mcm mengada je report polis sbb kena tulis perkataan 50 kali sbb latih tubi menulis atau mengeja perkataan ni nampak biasa. Tp mana tau ada cerita lain di sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 11:07 AM | Show all posts
sikit2 nk suruh buat permohonan maaf terbuka la ape la.. eh hati tisu btl org skg! even terang2 salah.

ak rse nk lumatkan aje manusia pesen ni. menyusahkan org. esok2 anak jd setan jgn buat cerita anak tgal ko tepi jln la amoi. kecik2 ko bagi muka. dh besar jd bangang nk salahkan siapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah hantar sekolah la makcik. Mu jaga sendirik, mu kan betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:45 PM | Show all posts
cari cikgu peribadi...sambil ko tengok anak ko belajar....ahaks!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080505 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list