CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 0

[Tempatan] Tandatangan Ku Nan pada resit RM2 juta, kata saksi.

[Copy link]
Post time 18-7-2019 04:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-7-2019 12:47 PM

Tandatangan Ku Nan pada resit RM2 juta, kata saksiBernama -

July 17, 2019 10:04 PM







KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini tandatangan pada resit rasmi pembayaran RM2 juta sumbangan politik beliau kepada Umno milik Tengku Adnan Tengku Mansor.


Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata demikian ketika disoal peguam, Tan Hock Chuan yang mewakili Adnan sama ada beliau kenal atau biasa dengan tandatangan di resit tersebut.

“Kamu sahkan resit ini ialah salinan asal?,” soal Tan dan Chai menjawab: “Saya rasa ini yang original sebab saya hanya terima ini sahaja.”


“Mengikut resit ini, tandatangan di bawahnya ialah selaku ‘Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan’,” soal Tan.

“Saya buta huruf jadi tidak faham tulisan,” jawab Chai dalam Bahasa Kantonis yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.


Chai berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Tan pada hari ke-8 perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Adnan, bekas menteri Wilayah Persekutuan.


Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi, Chai yang mengenali Adnan lebih 30 tahun berkata beliau menerima resit rasmi pembayaran RM2 juta itu daripada Adnan sendiri pada 14 Jun 2016.

Semalam, Chai dalam pernyataan saksinya mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Adnan yang meminta sumbangan daripada beliau untuk dana politik.


Mengikut pertuduhan, Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Chai melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas.


Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.


Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/17/tandatangan-ku-nan-pada-resit-rm2-juta-kata-saksi/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.224088 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list