CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3552|Reply: 34

Tular #faceappchallenge - Selamatkah Privasi Anda?

  [Copy link]
Post time 19-7-2019 12:29 PM | Show all posts |Read mode



Bangun pagi hari ini, newsfeed Facebook/Twitter penuh dengan gambar ramalan kawan-kawan sudah menjadi tua. Ingatkan sudah merentasi masa usai bangun dari tidur.  Rupanya ramai kembali menggunakan aplikasi FaceApp yang pernah tular sebelum ini. Aplikasi ini telah dibangunkan pada tahun 2017 oleh Wireles Lab, sebuah syarikat di Rusia.


Aplikasi ini menggunakan teknologi rangkaian neural yang menghasilkan perubahan wajah yang sangat realistik dalam gambar. Aplikasi ini juga sudah memiliki lebih daripada 150 juta data muka dan nama pengguna. Menggunakan FaceApp untuk mengubahsuai foto anda mungkin menyeronokkan, tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya telah mendedahkan privasi anda tanpa anda sedari?
  
   

  Sumber - Faceapp.com




Gambar yang diberikan kepada FaceApp membolehkan mereka untuk menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka suka, selama mana yang mereka inginkan. Malah anda tidak akan menerima royalti pada gambar yang diberikan itu jika ianya digunakan untuk tujuan promosi mereka. Ianya terkandung di dalam terma dan syarat- syarat penggunaan aplikasi tersebut.


"You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public."




Teknologi pengenalan wajah adalah cara baru untuk membuat pengesahan biometrik selain daripada pengesahan cap jari. Footprint Muka  ( setiap inci, tekstur, tona, jenis kulit, warna kulit, rambut, bentuk muka, rangka muka dan bentuk mata pengguna telah disimpan oleh FaceApp. Dan walaupun aplikasi tersebut telah dihapuskan, Faceapp dikatakan mereka masih menyimpan footprint muka pengguna. Teknologi ini juga digunakan bukan hanya untuk membeli makanan di restoran makanan segera tetapi juga untuk melakukan transaksi perbankan di ATM dan melalui perbankan dalam talian menggunakan aplikasi atau portal web. Bank-bank di China, Brazil, Australia dan Sepanyol telah menggunakan teknologi ini kepada pelanggan mereka.
Wajah pengguna kini merupakan satu bentuk hak cipta di mana pengguna perlu berhati-hati dengan siapa kebenaran telah diberikan untuk mengakses data biometrik mereka. Pakar teknologi Steve Sammartino percaya, bukan hanya wajah pengguna  akan digunakan untuk mengakses maklumat peribadi, lebih kritikal kemungkinan maklumat perbankan pengguna turut terdedah. Benar, segala maklumat kita sudah bertaburan di media maya, tetapi face footprint adalah yang paling dan agak "privacy" sekali untuk di kongsi selain cap jari, dan yang paling 'best' pengguna sendiri yang memberi kebenaran. Oleh itu, pengguna hendaklah berhati-hati dengan data yang dikongsi menggunakan aplikasi ini  kerana kita sebagai pengguna tidak tau tahap keselamatan data kita.


Namun begitu FaceApp menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka tidak menjual data pengguna kepada pihak ketiga. Faceapp turut memaklumkan bahawa setiap gambar yang dimuatnaik akan dihapuskan secara automatik dalam tempoh 48 jam.


Sebaik sahaja sesuatu dimuat naik ke cloud, pengguna  telah kehilangan kawalan dan terdedah pada bahaya maklumat peribadi diceroboh. Aplikasi ini sememangnya percuma untuk sesiapa sahaja untuk menyiarkan apa-apa atau menyatakan apa-apa yang mereka mahu, dan itu adalah termasuk maklumat yang berniat jahat tentang pengguna. Jangan terkejut wajah kita kemungkinan besar berada di pasport orang lain, di jumpai mati di Syria atau di Iraq atau di dalam  video dan gambar beresolusi tinggi dengan keadaan yang tak sepatutnya. Semoga bermanfaat. - CARI
  
Sumber: Forbes

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Fb aku penuh org buat challenge ni.. Alahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: Fb aku penuh org buat challenge ni.. Alahaiii

sama la, tapi semua set2 kampungan. yang kawan study takdela. dulu iols penah jua buat sebab kelako bila muka jantan jadi bangla. sekarang da tawu pasal privacy ni.nyesal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 01:20 PM | Show all posts
ala.. lau xnk kne access fb ig sume takyh ade.. xyh guna cimbclicks, maybnk2u
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak minat iolss app gini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:00 PM | Show all posts
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ni. Kononnya dah ada privacy rakyat dia kena ceroboh. kalo negara lain buat cepat je nak diharamkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-7-2019 02:03 PM | Show all posts
wadiunong replied at 19-7-2019 02:00 PM
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ...

Kan... USA memang tak geng dengan Rusia.. masa tahun 2017 dah launch apps ni tak kecoh pon..kali kedua viral menggelabah dah US
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I setakat org nak upload superimpose muka tua sebegini, ok jah...dari yg nak buat challenge bodo yg boleh membahayakan nyawa mcm berselfie kat tempat2 tinggi,lempar makanan kat muka baby tu...setakat nk upload gmbo guna apps, I terhibur jah tgk...bab2 privacy tu, takyah paranoid sgt lah...lgpun, normal la syarat2 nk download mana2 apps...even korang sign loan umah,kete pun gitu jgk..tinggal lagi rajin n x rajin nak baca 1-1 je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 02:24 PM | Show all posts
da gne teknologi orng..byr arrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 19-7-2019 02:00 PM
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ...

Khennnnn siap kata puak kampungan je buat. Kah kah kah.. Yg berporum cari bgosipp tu so urban gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:31 PM | Show all posts
aritu 10 years challenge ni faceapp plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:33 PM | Show all posts
Tak minat nak cuba benda2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 02:33 PM | Show all posts
tak pernah pn kita selamat semenjak wujudnya tenet
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 03:25 PM | Show all posts
dok hirau ke Faceapp ni tapi kat facebook/IG penuh gambar muka selfie bagai, siap kekadang throwback gambar time kecik lagi

porahh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 03:37 PM | Show all posts
main forum..main fb..insta..x takut pulak...lawakkk...

sudah2 laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 03:42 PM | Show all posts
bese apps cmni mmg bbnu je yg layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 07:16 PM | Show all posts
entah nya. ni hah duk sign up membership memacam duk subscribe telco astro netflix bagai kena bagi jugak personal details kat diorang. kalau diorang salah guna memang tak selamat lah kita punya privasi pon
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x mustahil pon kalau deols jual data2 tu pd pihak ketiga.. semakin canggih teknologi semakin x selamat privacy manusia.. unless ko tinggal dlm gua..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 19-7-2019 02:06 PM
I setakat org nak upload superimpose muka tua sebegini, ok jah...dari yg nak buat challenge bodo yg  ...

Stuju sngt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2019 08:39 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 19-7-2019 10:23 PM
Mmg x mustahil pon kalau deols jual data2 tu pd pihak ketiga.. semakin canggih teknologi semakin x s ...

kan awak..saya teringin juga nak try apps ni .tapi bila baca pasal pencerobohan privacy ni rasa risau juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.080551 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list