Umum tahu keburukan najis dadah, akibatnya, penagih menjadi sampah masyarakat. Tapi, kerajaan dengar katanya ingin membenarkan penggunaan dadah secara peribadi.
Maksudnya, orang yang menagih dadah dalam kualiti kecil tidak lagi akan dianggap sebagai penjenayah, tetapi akan dilayan sebagai orang yang sakit.
Menurut laporan The Star, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan ingin memansuhkan undang-undang berkaitan pemilikan dadah untuk kegunaan peribadi.
Ini bermakna, selepas ini penagih tidak lagi akan dihukum, tetapi akan dirawat sebab percaya ketagihan dadah adalah satu penyakit.
PENAGIHAN DADAH AKAN DIANGGAP PENYAKIT BUKAN JENAYAH KETAGIHAN LAGI
FOTO: SERENITY ACRES
Selama ini, kalau seseorang ditangkap kerana memiliki dadah, dia boleh masuk penjara. Mungkin selepas ini, golongan berkenaan akan dihantar ke hospital sahaja.
"enagih akan dilayan sebagai pesakit (bukan lagi penjenayah), dan ketagihan itu adalah penyakit yang kita hendak rawat," kata Dr Dzulkefly.
Bagaimanapun, pengedaran dan pengeluaran dadah masih akan dianggap sebagai satu jenayah, ya.
Pendek kata, tidak mengapa kalau ingin menagih, asalkan jangan menjual dadah.
Apa pendapat anda? - CARI |