CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12384|Reply: 98

Pamer Kekayaan Diri di Instagram: Bilakah Mufti Akan Bersuara?

[Copy link]
Post time 28-7-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Walaupun bukan bergelar artis, personaliti-personaliti media sosial mempunyai pengikut dalam jumlah ratusan ribu di Malaysia. Sesetengah personaliti pula mempunyai jutaan pengikut baik di Instagram mahupun YouTube.

Apa yang membimbangkan ialah budaya mempamer kekayaan dan barangan berjenama semakin berleluasa di kalangan personaliti. Tidak semua bersikap begini, ramai sahaja influencers yang bersikap merendah diri walaupun mewah.

Namun, segelintir kini menjadikan Instagram sebagai tempat menunjukkan kemampuan membeli barang-barang mahal walaupun perkara ini TIDAK diminta oleh peminat. Ramai tidak sedar bahawa Islam menegah sifat menunjuk-nunjuk dan lebih menganjurkan sifat rendah diri (tawadhuk). Malah, sifat malu adalah sebahagian dari iman dan dipuji Rasulullah saw.

Perkara ini makin membarah di media sosial kerana peminat yang cetek ilmu Agama mengatakan "itu hak masing2, dia gembira bila share, biarlah !" Ada yang mengatakan "siapa kita nak kata dia riak, hati orang kita tak tahu" . Tidak kurang pula yang mengatakan sesiapa yang menegur bermakna dia dengki.



Ramai yang tidak sedar bahawa ini bukan persoalan kita meneka keadaan hati individu itu (riak atau tidak), jauh sekali berdengki dengan rezeki orang lain . Isunya ialah, Islam dari awal lagi tidak menganjurkan untuk kita bermegah dengan kekayaan kerana bahayanya penyakit hati iaitu Ujub. Ujub lama kelamamaan boleh membawa kepada Takabbur.




Bilakah para mufti akan bersuara untuk menjelaskan hal ini kepada orang awam? Wajarkah golongan ini dibiarkan terus bersikap begini? Kebimbangan penulis adalah pada generasi muda yang akan membesar dalam suasana ujub & takabbur menjadi 'normal'. Tiada rasa malu kepada Allah swt dan kompas hidup bertukar kepada kekayaan Duniawi semata-mata.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

ada dua hal....satu hukum termaklum, satu hukum/ fatwa baru. dalam bab riak, ia kategori hal termaklum..hukumnya dah diketahui...secara mahsyur... maka mufti takkan keluarkan fatwa baru lg  Post time 13-8-2019 11:01 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tudunghitam at 28-7-2019 11:47 AM

Pesanan Penulis:
1) Jangan follow thread ini jika anda tidak suka mengamalkan agama dalam daily life
2) Elakkan menulis nama penuh atau nama pena mana-mana personaliti
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sengaja menunjuk tu, mungkin lalai la tu. Hakikat kehidupan dia mungkin tak seindah di medsos. Tapi kalau niat nak berkongsi kegembiraan membeli/mendapat sesuatu yang dia hajati, mungkin kita masih boleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 09:14 AM | Show all posts
betul sekali..
makin lama makin menjadi2..
komen kena memuji je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la... Ramai yg tahu menunjuk ni x bagus tapi ya la demi sebuah pujian, demi sebuah perhatian dr manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 09:59 AM | Show all posts
aku tak boleh ada sifat macam ni.. aku pernah cuba tapi rasa berat ada halangan.. akhirnya aku tengok orang punya life je la.. aku punya sendiri simpan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lbh kpd nak perhatian rasanya. Yela tak tunjuk kang taktau..tunjuk jgk laa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah bagi akal.. Islam dah ajar.. Jgn menunjuk kekayaan.. Jadi depa dah besar.. Tua bangka ada anak dah.. Org kedah kata.. Dah beruban atas bawah dah.. Dah depa tak guna akal yg Allah bagi.. Kita nak kata apa.

Mufti tegur karang ada yg kata bukan menunjuk tapi saja nak kasi panas semangat followers supaya usaha gigih. Ni semua ajaran zizan semang la.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
menarik topik ni. tp ni yg org suka tgk. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau harta tu bole buat hati kita lalai berbanding kalau tak berharta...elok kita fikir balik. Sbb perjalanan kt dunia ni matlamatnya utk akhirat kan..
Smlm meols tgok kt utube mamat ni suka pi msuk kt mansion millionaire kt obesi yg ditinggalkan sbb yg pelbagai.
Ada yg ditinggalkan dgn keadaan rumah yg seperti tuan rumah tak bersedia nak tgalkan umah tu. Pinggan mangkuk elok atas meja. Baju lemari suma elok je. Katil masih ada bedsheet dan bantal. Album gambar, ubat-ubatan serta buku2 elok tersusun.
Koleksi patung marmar dan broze juta2 elok je.
Smpai mamat ni yg non muslim ni sedar yg kalu kita mati tu mmg x bwk harta2 ni suma.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk yg menunjuk2 tu xpayah nak sokong sangat...dan itu dosa dia dengan Allah..
Utk kita ni pulak..xpayah nak jadi follower sangat..banyak lagi bnda boleh buat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya, tak perlu pun tok mufti nak masuk campur hal2 macam ni.. berlambak-lambak sangat ceramah agama, dialog2, bual bicara berkaitan dengan u’jub ni, rasa kagum dengan diri sendiri.. kemudian jadilah riak.  Once and awhile, bg peringatan ok kot.. selit2 ketika kuliah & khutbah.

Pada pandangan aku, golongan manusia macam ni sebenarnya dah tahap sakit. Sakit jiwa kronik. Narcissistic melampau.. sampaikan kalau ada yg komen lain dari yg dia harapkan, sure kena block.. lagi yg aku tak paham, jenis yg backup pula si narcissist ni. Sakit jiwa masing2. Tak boleh tegur. Kadang2 tu, pengomen pulak lebih2.. 2x5 masing2.

luckily, aku dah tone down dari guna media social.. setakat messaging apps je yg ada.. tu pun, banyak group yg post benda2 sampah aku dah left. Sampai masanya, aku dah malas nak ambil tahu sgt life orang lain..

life’s for your own, live on your way..

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 28-7-2019 11:43 AM
Kalau harta tu bole buat hati kita lalai berbanding kalau tak berharta...elok kita fikir balik. Sbb  ...

Apa nama channel tu uols?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dulu2 (dan skrg pun masih ada) dah didik anak2 dari kecik suruh belajar tinggi2 sbb blh dpt kerja bagus, jadi berpangkat, jaminan masa depan, hidup senang lenang. Ini lah yg salah nya.
Lagi2 skrg dgn adanya socmed, manusia tak tau (atau tidak dididik?) apa tujuan sebenar hidup kita di dunia ini.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-7-2019 11:17 AM
Allah bagi akal.. Islam dah ajar.. Jgn menunjuk kekayaan.. Jadi depa dah besar.. Tua bangka ada anak ...

Tulah, sama jgk dgn yang "done itu" "done ini".
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 28-7-2019 12:39 PM
Tulah, sama jgk dgn yang "done itu" "done ini".

Kannn..contoh bulan posa #doneterawih.. Adoiii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Allah bg ujian berat baru dia rasa susah senang tu macam mana.
Jangan terlalu bangga dengan apa yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lepak ig sbb byk gambar binatang.. Comel.. Tapi aku suka gak upload gambar makanan aku.. Gadget yg aku ubaisuai sendiri ka.. Atau yg aku guna.. Biasa la.. Manusia kan.. Ahhahaha..

Kalau kita sedar hidup kita ni ada pilihan sama ada nak jadi sebutan penghuni langit mcm Uwais atau menjadi sebutan manusia saja..

Jadi kita semua akan sedar la.. Hidup kena simple.. Buat sesuatu amalan yg baik contohnya sedekah bukan sebab nak dpt rezeki Allah tapi semata kerana Allah. Maka kita akan belajar utk diamkan diri dari menulis atau bercerita segala kebaikan yg kita pernah buat.

Kalau kita semua sedar bahawa.. Kebaikan tu akan bercerita sendiri kita akan diam kan diri..

Kita dah buat part kita menegur.. Depa nak menunjuk.. Biar pi la.. Sakit mata block.. Tak sakit mata layan saja sambil makan pop corn komen pemuja dewa manusia

Manusia ni pelbagai ragam.. Tu yg bestnya jadi manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni tanda 'cinta dunia'.... Tak silap saya ada hadis kata (mafhumnya lebih kurang) bahawa nilai Islam akan keluar dari hati kita bila masuknya cinta kepada dunia. Kalau org2 yang warak, dlm Hati dia takde cinta dunia jadi dia tak Rasa Megah pun beli barang Duniawi (Mahal atau murah). Tapi skrg ni majority Ada cinta dunia dalam Hati so bila beli benda Mahal2 tu Ada Rasa kebanggaan, Rasa status. Masalah Hati la actually....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tudunghitam at 28-7-2019 02:59 PM
najib888 replied at 28-7-2019 01:45 PM
Rasanya, tak perlu pun tok mufti nak masuk campur hal2 macam ni.. berlambak-lambak sangat ceramah ag ...


Ye dari segi medic I also think it is Narcissistic Personaliti Disorder.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.092452 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list