View: 5390|Reply: 22
|
[Tempatan]
Harga lembu korban semakin mahal akibat kejatuhan nilai ringgit berbanding Thai
[Copy link]
|
|
JERLUN: Harga mahal dan jualan kian berkurangan.
Itu keluhan pembekal lembu korban dekat Jerlun, Kedah yang terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan bekalan lembu daripada negara jiran.
Permasalahan ini berlaku apabila lembu yang diperolehi dari negara jiran meningkat harganya berbanding tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
Ia bukan disebabkan harga lembu di Thailand itu mahal, sebaliknya, mereka perlu membayar lebih berikutan kemerosotan nilai ringgit, berbanding mata wang Baht Thailand.
Menurut pembekal lembu Mohd Yusri Che Man, 25, permasalahan ini berlaku apabila lembu yang diperolehi dari negara jiran meningkat harganya berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Mohd Yusri, permintaan bagi setiap ekor lembu korban tahun ini turut merosot ekoran pelanggan menghadkan pembelian mereka.
Jika sebelum ini, tempahan dibuat antara tujuh hingga 20 ekor lembu bagi ibadah korban, namun sejak berlaku kenaikan harga, pelanggan hanya membeli sekitar 3 hingga 15 ekor lembu sahaja.
Harga bagi seekor lembu yang dibeli di Thailand sekitar RM4,000 hingga RM5,000, tetapi tahun ini meningkat kepada RM4,500 hingga RM5,800 seekor.
Peningkatan yang berlaku menyebabkan mereka para pembekal terpaksa menaikan harga lembu kepada RM4,760 hingga RM6,000 bergantung pada saiz dan jenis haiwan itu.
"Tahun ini dengan tahun lepas tu beza banyak. Yang pertama adalah harga. Harga modal bagi orang berniaga tahun ini agak meningkat agak banyak. Mungkin meningkat tu berdasarkan (tukaran) duit kita agak jatuh untuk lembu-lembu yang kita import dari Thailand," ujar Mohd Yusri.
Bagi mengelak menaggung kerugian, pembekal terpaksa menaikan harga lembu antara RM200 hingga RM300 seekor sebelum dijual kepada pelanggan.
Kenaikan juga mengambil kira kos operasi ketika membawa keluar lembu dari negara jiran dan harga makanan lembu yang semakin meningkat.
Akibat kenaikan itu, beliau menjangkakan harga runcit daging lembu bagi hari raya kali ini boleh mencecah lebih RM38 sekilogram.
"Modal kita tinggi jadi kita terpaksa kurangkan untung kita. Kedua, kos kita banyak dalam hal ternakan ni, macam makan tanggung. Maksudnya dalam kandang semua saya kena bagi... jerami saya kena beli, dedak saya kena beli. Harga dedak (pula) naik," tambahnya.
Sehingga hari ini, masih terdapat 150 ekor lembu yang belum di tempah pelanggan walaupun hanya beberapa hari lagi umat Islam akan menunaikan ibadah korban.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo lembu pun sampai kne import |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa betul.. Dulu kariah aku paling lekeh setahun 10 ekor.. La ni dah makin kurang korban.. Harga setompok mmg naik byk. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah koran kerbau. Ke tak boleh?
Aii guna EZKurban.com - walaupun ada orang ckp lembu korban yg dikorban di negara negara tertentu kecik sizenya aii takawal jer lah. Senang ya amat. Kalau tak mampu sekor lembu beli jer satu bahagian.
SAtu bahagian dlm USD $75 = RM$290 (kot) tak ingat.
Seekor lembu dlm RM$25++
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok kiranya Encik Yusri ni ternak sendiri lembu. Lagi jimat lagi boleh buat untung.
|
|
|
|
|
|
|
|
depa x tanya ke..pekerja ladang sime darby..kot2 ada menate nk jual. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu pangsa tempatan RM600
Nak murah di Kemboja dan India RM290-250. Make sure tak tertipu dek sindiket |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau harga emas pun naik mendadak apatah lagi harga lembu yg jadi sumber bekalan daging dan tenusu seluruh penduduk dunia. Harga mungkin naik sebab kita terlalu bergantung pada bekalan import dari negara luar seperti thailand. Semoga makin ramai penternak2 lembu kita berjaya mengeluarkan bekalan banyak untuk kegunaan rakyat. Aamiin. Tak nak jadi macam korea selatan atau jepun, daging lembu jadi tersangat mahal hingga rakyat biasa tak mampu makan. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 9-8-2019 09:05 PM
Elok kiranya Encik Yusri ni ternak sendiri lembu. Lagi jimat lagi boleh buat untung.
Betul tu elok bela sendiri jadi takde la harga mahal mendadak. Kalau kat malaysia yang untung orang tengah macam encik ni tapi ni jadi terbalik. Mungkin sebab peniaga thailand tak yakin dengan nilai ringgit kita asyik jatuh merudum. Barang pula macam mana tak mahal harga kalau asyik import saja. Pengguna atau pelanggan juga yang mengeluh setiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, sy guna ezqurban. |
|
|
|
|
|
|
|
Takdak yg nak komen pasal kegagalan NFC ka? Lembu naik kondo bak kata Mat Sabu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu shahrizat bela lembu engkorang pitenah lembu Kondo la, kerajaan bagi duit free la...padahal kpi dia masa Tu nak kurangkan impot makanan, adan uke hehehe hehehe hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang bila dah nmpk bnyk pitenah, masih tak nmpk betapa pembohongnya Fizi lembu??? Hahaha hahaha hahaha hahaha org melayu mmg bodoh, dpt leader yg kuat membohong mmg jahanam hahaha hahaha hahaha hahaha dah elok Ada Holstein Ada nfc habis semua jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
awat gelak sakan sangat ni Arnauld?ni gelak ada maknaaaa kan , Aaaaaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaki punya pasal GI percaya Fizi lembu jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 11-8-2019 07:06 PM
Jaki punya pasal GI percaya Fizi lembu jahanam
sian lapuiji disamakan mcm lembu kat page fb die haha |
|
|
|
|
|
|
|
@dino kalau aku menteri aku tutup mckk tak der manafaat langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sama jah..tahun lepas gerbang rm700 1 gian..sapi saiz sedang2..tahun ni rm650 jahh....
Ramai ummah suchi mati dlm musim ini sebab darah tinggi dan stroke.cash. |
|
|
|
|
|
|
| |
|