Masalah berpuluh ribu unit rumah tidak terjual adalah perkara yang sangat meresahkan. Ini juga petanda bahawa warga Malaysia sendiri tidak mampu membeli rumah kerana harganya didakwa sangat 'mampu milik'.
Namun, apabila ahli politik Datuk Seri Ahmad Maslan menulis tentang isu ini bertanyakan tanggungjawab kerajaan sekarang, ramai pula yang mengecam beliau. Semuanya dengan alasan, sejak pemerintahan kerajaan terdahulu, masalah sama telah berlaku kerana ketamakan pihak pemaju.
Ketepikan perbezaan politik, masalah utama haruslah dipandang berat kerana harga rumah nampaknya tidak turun-turun, rakyat semakin sengsara. Jadi, di mana silapnya semua ini?
Kredit foto: Twitter
Bagi warganet, menyalahkan kerajaan sekarang kerana harga rumah mahal tidak begitu tepat kerana ia adalah masalah yang sama sejak sekian lama. Perlu mencari masalah dari akar umbi iaitu punca utamanya ialah ketamakan pihak pemaju.
Malahan menurut segelintir individu, itu adalah muslihat pihak pemaju yang meletakkan rumah dengan harga mahal untuk mengaut lebih banyak untung. Apabila warga Malaysia sendiri tidak mampu membelinya dalam tempoh masa dua tahun, maka ia akan ditukar dengan status hak milik bebas.
Lalu menjualnya kepada warga luar negara, misalnya Singapura dengan harga yang mampu dibayar mereka berbanding kita. Dan sebenarnya amalan itu telah diamalkan sejak pemerintah kerajaan terdahulu lagi.
Foto : Google
Pelbagai kritikan dan aduan telah dibuat kepada pihak kerajaan. Hal ini terus berlaku kerana tiada penguatkuasaan ke atas pihak pemaju yang mempunyai agenda sendiri. Ditambah dengan kerakusan ahli politik yang tamak, ia membuatkan rakyat makin sengsara. Kasihan warga Malaysia, merintih di dalam negara sendiri yang tiada siapa pun peduli. - CARI
|