Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
295
View
5
Reply

[Bahasa] POLYGLOT

[Copy link]

Author: matkpop       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-8-2019 01:45 PM | Show all posts |Read mode
POLIGLOT - ANTARA YANG FASIH DALAM BANYAK BAHASA


Poliglot ditakrifkan sebagai seseorang yang tahu ataupun berkemampuan untuk menggunakan beberapa bahasa. Pada tahun 2008, istilah Hiperpoliglot telah dicipta oleh ahli bahasa iaitu Richard Hudson untuk seseorang yang mampu bertutur sehingga tahap tertentu dalam sekurang-kurangnya 12 bahasa.

Perkataan Poliglot berasal daripada bahasa Inggeris Polyglot. Polyglot adalah kata pinjaman bahasa Perancis iaitu Polyglotte. Perkataan Polyglotte berasal daripada bahasa Yunani, Poluglttos. Perkataan Poluglttos dalam bahasa Yunani adalah gabungan daripada perkataan polu- dan -gltta yang masing-masing bermaksud banyak dan lidah. Secara harfiahnya, poliglot adalah bermaksud banyak lidah.

Cleopatra VII dan al-Farabi adalah antara poliglot pada zaman abad pertengahan. Cleopatra VII (69SM C 30SM) merupakan Firaun terakhir Mesir Purba, baginda bertutur dalam sembilan bahasa dan baginda adalah satu-satunya pemerintah dalam dinasti yang mampu bertutur dalam bahasa Mesir Purba di samping bahasa ibundanya, Yunani. Al-Farabi (872 - 950/951) merupakan seorang polimath dari Parsi yang menguasai banyak bahasa.

Ratu England, Elizabeth I (1533-1603) mampu bertutur dalam 10 bahasa: Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, Belanda, Latin, Welsh, Cornish, Scot dan Irish malah kata Duta kerajaan Venetia pada masa itu, baginda bertutur seolah-olah seperti bahasa ibunda. Selain itu, Nikola Tesla (1856 - 1943) mampu bertutur dalam lapan bahasa: Serbo-Croatia, Slovenia, Czech, Inggeris, Perancis, Jerman, Magyar, Itali dan Latin.

Ling Tan dan Jackson Wang adalah antara wakil Asia yang dianggap sebagai poliglot. Ling Tan merupakan supermodel kelahiran Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan empat bahasa Cina yang lain. Jackson Wang adalah seorang penyanyi, penyanyi rap dan penari dari Hong Kong yang merupakan ahli kumpulan Got 7 yang fasih bertutur dalam bahasa Kantonis, Korea, Mandarin, Inggeris, Shanghai, Jepun dan sedikit bahasa Perancis.

Jos Rizal (1861C1896) adalah seorang pejuang di Filipina. Beliau mempu bertutur dalam 22 bahasa termasuk Sepanyol, Perancis, Latin, Yunani, Jerman, Portugis, Itali, Inggeris, Belanda dan Jepun. Malah, Rizal juga mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa Melayu dan sebahagian bahasa-bahasa Filipina seperti Chavacano, Cebuano, Ilocano dan Subanon.

Jos Mourinho dan Arsne Wenger adalah antara orang Eropah yang dianggap sebagai poliglot. Mourinho adalah seorang pengurus pasukan bola sepak di Portugal yang fasih dalam bahasa Portugis (Bahasa Ibunda), Sepanyol, Itali, Perancis, Katala dan Inggeris. Wenger adalah seorang pengurus pasukan Arsenal F.C yang bertutur dalam bahasa Perancis (Bahasa Ibunda) dan Jerman (Bahasa Ibunda), beliau juga mempelajari bahasa Inggeris, Sepanyol dan Itali serta mengetahui sedikit bahasa Jepun.

Timothy Doner dan Shakira adalah antara orang Amerika yang dianggap sebagai poliglot. Timothy Doner adalah seorang remaja dari Amerika Syarikat yang lahir pada tahun 1995: beliau dikatakan mampu bertutur dalam lebih 20 bahasa termasuk Inggeris (Bahasa ibunda), Indonesia, Perancis, Ibrani, Turki dan sebagainya. Shakira yang terkenal dengan lagu Waka Waka fasih bertutur dalam enam bahasa iaitu Sepanyol (Bahasa Ibunda), Portugis, Perancis, Itali, Inggeris dan Arab.

Dikember Mutombo, Ghilad Zuckermann dan Eliana Rubashkyn dianggap sebagai poliglot yang masing-masing berasal dari Afrika, Israel dan Oceania. Mutombo adalah bekas pemain NBA yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Portugis, Sepanyol, Tshiluba, Swahili, Lingala dan dua bahasa dari Afrika tengah. Ghilad Zuckermann adalah ahli bahasa yang dianggap hiperpoliglot. Eliana Rubashkyn adalah seorang ahli farmasi yang mampu bertutur dalam enam bahasa: Sepanyol, Rusia, Mandarin, Inggeris, Portugis dan Ibrani (Hebrew).

Akhir kata, terang lagi bersuluh: terlalu ramai individu daripada pelbagai latar belakang sepanjang zaman yang fasih bertutur dalam banyak bahasa. Walaupun terdapat banyak pertikaian daripada pelbagai pihak mengenai istilah "fasih", namun sesungguhnya banyak kelebihan yang akan diperoleh jika fasih dalam banyak bahasa. Semoga, penulisan ini akan menggalakkan semua orang termasuk diri sendiri untuk menguasai sebanyak mana bahasa di seluruh dunia di samping hebat dalam pelbagai bidang.



Sumber: Alam Bahasa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-8-2019 01:47 PM | Show all posts
Anda seorang yang Polyglot? Anda fasih berapa bahasa? Meh kongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 03:26 PM | Show all posts
tidak kot.. setakat ni masih 2 bahasa sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorat negeri sendiri dan negeri org lain aci tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagum dengan orang yang boleh bertutur dengan fasih dalam lebih dari 5 bahasa. Jose Rizal and Timothy Donner ni sangat terer sebab menguasai lebih dari 20 bahasa.

Fox hanya boleh bercakap bahasa tempatan negeri Fox, English, BM dengan fasih. Yang kurang fasih Jawa (dulu fasih, now dah tak ingat sebab jarang praktik), Cantonese (pun sama, dah tak berapa ingat), and Korean

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:58 PM | Show all posts
untungnya orang yang tau banyak bahasa..sungguh aku cemburu..contoh kat malaysia mcm mahadzir lokman (kalau tak silap lah). sedap betul dengar orang switch2 bahasa ni tau.

lagi satu, aku pernah terbaca, orang kata polyglot ni otak dia bagus tau sebab otak diorang ni sentiasa aktif. dan sistematik. kira prcessor diorang ni laju lah. hehehe.

aku setakat ni hanya bilingual sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.081549s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list