CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 14

[Jenayah] Mabuk Todi & Buat Kacau Dalam Pesawat

[Copy link]
Post time 19-8-2019 11:42 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Seorang lelaki ditahan kerana berada dalam pengaruh alkohol dan mengganggu ketenteraman ketika menaiki pesawat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.40 malam ketika pesawat tersebut dalam penerbangan dari Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), Subang.


"Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 23 tahun itu ditegur beberapa kali oleh pramugari bertugas yang melihat dia minum air berwarna kekuningan dalam botol air mineral yang dipercayai adalah minuman keras.

"Apabila pesawat hendak mendarat pada pukul 10.50 malam, lelaki itu telah membuat kacau dengan membaling botol air mineral ke arah pramugari tersebut selain mengeluarkan kata-kata kesat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Mohd. Zani, selepas pesawat berhenti dan semua penumpang turun, ketua pramugari meminta bantuan pengawal keselamatan untuk membawa suspek ke balai polis.

"Kita turut merampas satu botol mineral 500 milimeter berisi cecair kuning disyaki arak dan tiket penerbangan Langkawi-Subang milik suspek. Kes disiasat mengikut Peraturan 99, Peraturan Penerbangan Awam (Pindaan) 2016, Akta Penerbangan Awam 1969," jelasnya.

Tambah beliau, hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa x dinyatakan bangsa apa ? mabuk todi ni sinonim dgn kellykicap
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:50 AM | Show all posts
mesti pening orang yang duduk sebelah dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:53 AM | Show all posts
Seramnya dapat duduk sebelah orang mabuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dineo replied at 19-8-2019 11:49 AM
kenapa x dinyatakan bangsa apa ? mabuk todi ni sinonim dgn kellykicap

X ckp todi pun..tt yg tulis todi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 08:59 PM | Show all posts
ini lah tujuan dan hikmah besar Islam haramkan arak.  jelas ia memabukkan.  buat nya peminum arak ni naik gila dan lakukan apa2 yang lebih serius macamana?  tapi setan2 togok arak tak fikir ini semua.  yang depa tahu nak mabuk mcm babi mengantuk.  hilang stress kepala bapak kau lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2019 09:55 PM | Show all posts
Cemana boleh lepas air dalam botol tu? Tak buat scanning ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:40 AM | Show all posts
mst sengsara ddk sebelah lelaki ni..dah lah mabuk
bau arak tu lg..melawan pramugari lg..mendapat lah
trs kene bawa g balai polis..cari penyakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 19-8-2019 09:55 PM
Cemana boleh lepas air dalam botol tu? Tak buat scanning ka?

Dlm botol air mineral noksss., mungkin org igt air teh bunga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah duduk bersebelahan dgn org yg lepas minum dlm bas..berjam2..dhlah asik nak terlentuk2.. last2 pergi duduk depan dgn driver..driver bus tanya mmg ckplah x selesa sebab dhlah mabuk .busuk pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 20-8-2019 09:04 AM
Pernah duduk bersebelahan dgn org yg lepas minum dlm bas..berjam2..dhlah asik nak terlentuk2.. last2 ...

Teringt pengalaman naik bas dgn org mabuk.bas dr kl-kuantan.kelly mabok ni dok terhuyung hayang dlm bas kjp2 pg depan tnya ‘ini bas pg ipoh ka’.dah byk kali dreba x tahan.smpi dkt temerloh brenti mkn dreba turunkan die n tinggal.padan muka.seram wei.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:49 AM | Show all posts
Pasti lepas2 ni makin ketat pemeriksaan terhadap mereka yang cuba bawak masuk botol air mineral
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
peko_lolo replied at 20-8-2019 11:44 AM
Teringt pengalaman naik bas dgn org mabuk.bas dr kl-kuantan.kelly mabok ni dok terhuyung hayang dl ...

Menyusahkan orang je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:45 PM | Show all posts
come on. kaum apa?

i bet keling.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bencinya bangsa ni... langkawi ke subang je pun.. sabar la dulu nak mentodi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.122405 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list