Musim rumah tangga selebriti goyah ini, penyanyi Sufi Rashid tidak terkecuali daripada terpalit gosip mengenai hubungannya dengan tunang.
Katanya menerusi IG Story, hubungannya dengan tunang, Nurulain Md Yusof hampir retak gara-gara individu tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.
Kredit foto: IG Sufi Rashid
"Sebulan lagi saya akan mengakhiri zaman bujang. Semakin dekat tarikh pernikahan, semakin berat ujian saya dan tunang perlu hadapi," katanya.
Katanya, dia percaya ramai mengikuti kisah peribadi keluarganya dan tunang serta bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya.
Kredit foto: IG Sufi Rashid
"Tetapi ada segelintir pihak sangat jahat cuba menarik perhatian tunang saya dengan menghina, memfitnah, menuduh dan banyak lagi," katanya.
Kredit foto: IG Sufi Rashid
Menurut Sufi, individu terbabit menggunakan akaun palsu untuk melontar pelbagai fitnah.
Sufi dan Nurulain yang mengikat tali pertunangan pada 15 Disember lalu bakal melangsungkan perkahwinan pada 21 September ini.
Apa saja yang dicanangkan pihak tak bertanggungjawab tu? - CARI
|