Susulan seorang pembantu politik Ahli Dewan Undangan negeri terima ugutan menerusi satu sampul surat yang mengandungi sebilah keris kecil baru-baru ini, para warganet mula memberikan reaksi mereka.
Difahamkan Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad dihujani soalan sama ada pengguna boleh menggunakan khidmat pos untuk menghantar senjata seperti parang.
Kredit foto: utusan malaysia
Memetik laporan Utusan Malaysia, antara soalan yang dimukakan seperti:
"Hi Pos Malaysia. Ini pertama kali saya membuat pertanyaan. Nak tanya boleh tak saya pos parang ke kampung menggunakan pos biasa? Letak setem?
"Sebab hari itu dalam media ada nampak seseorang menerima kiriman keris guna pos biasa. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan kos," tanya pengguna tersebut.
Pun begitu, admin Facebook berkenaan menegaskan senjata dilarang sama sekali dihantar menggunakan pos.
"Hi terima kasih di atas pertanyaan anda. Tidak. Untuk makluman parang dan senjata berbahaya adalah barangan larangan untuk pengeposan.
"engeposan item seperti berikut akan ditahan dan dirampas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan berikut www.poslaju.com.my/ship-with-us/?fbclid=IwAR3gqiA_bLy7JkA3cgNeHR9lk6ALBS-jk0-E_cdbpbcy9aydhbMCoanvGe0 ," jawab Pos Malaysia Berhad.
Terdahulu, pada 20 Ogos lalu, pembantu politik Adun Balakong menerima ugutan melalui sampul surat mengandungi sebilah sejnata tajam, disyaki ada kaitan dengan kempen bantah tulisan jawi. - CARI |