CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 3

[Tempatan] Kalau rasa tak selamat, jangan naik, Dr M ulas isu Gojek.

[Copy link]
Post time 23-8-2019 04:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-8-2019 12:23 PM

Kalau rasa tak selamat, jangan naik, Dr M ulas isu GojekFaiz Zainudin -

August 22, 2019 9:33 PM


Mahathir Mohamad.



PUTRAJAYA: Rakyat masih mempunyai pilihan lain sekiranya bimbang dengan keselamatan diri apabila menggunakan perkhidmatan perkongsian motosikal seperti Gojek, kata perdana menteri.


Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak memaksa rakyat memilih perkhidmatan yang akan diperkenalkan semula itu.

“Kalau rasa tak selamat, jangan naik,” katanya menjawab kebimbangan sesetengah pihak, selepas kerajaan membenarkan cadangan memperkenalkan semula perkhidmatan itu dibentang kepada Kabinet.


“Anda ada pilihan, kita tak paksa,” tambahnya, pada sidang media selepas majlis bersama penjawat awam hari ini.


Mengulas bantahan terhadap perkhidmatan itu, Dr Mahathir melihatnya sebagai perkara biasa.

“Sesetengah pihak akan menentang tetapi kita mahu tahu ia memberi manfaat kepada negara atau sebaliknya,” katanya.


Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof memaklumkan Kabinet bersetuju dengan cawangan memperkenalkan perkhidmatan perkongsian motosikal, dan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan diminta mengkaji ruang dan undang-undang sedia-ada.


Beliau menjangkakan cadangan kementerian boleh dikemukakan sebelum hujung tahun ini.

Terdahulu, kerajaan tidak mahu meluluskan perkhidmatan perkongsian motosikal atas sebab-sebab keselamatan penunggang dan pembonceng, sehinggalah Menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membentangkan cadangannya kepada Kabinet.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/22/kalau-rasa-tak-selamat-jangan-naik-dr-m-ulas-isu-gojek/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
btl jgk kata dr M ni. Bkn org paksa ko naik pun. Sama la mcm kdi jual babi. Kalo ada kdi jual babi x semestinya ko kena beli dan makan babi.

bodo btl rakyat msia ni. Bnd simple je pun. buat apa nk pnjg2 cerita.


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 09:12 AM | Show all posts
betul la tu... byk lagi pilihan ade, grab, mrt, lrt, taxi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 09:47 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 23-8-2019 09:48 AM

betul la tu...pilihan pd diri sendiri
x kan itu pun nak suruh org pikir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075562 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list