CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 15

Bendera

[Copy link]
Post time 23-8-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Di tengah-tengah bulan kemerdekaan. Timbul pelbagai isu berkenaan bendera. Terasa aneh dgn keadaan sekarang.

Bendera itu perlambangan. Dalam peperangan pejuang bermati-matian mempertahankan bendera.

Di Malaysia tatkala kite patut berbangga kerana negara Kita terus merdeka n maju, terdapat pihak2 yg mgkn sengana mgkn tidak mempersenda kehormatan bendera Kita.

Jom gali sejarah bendera dlm dan luar negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 23-8-2019 02:08 PM

Sahabat pembawa bendera yang sanggup dipotong kedua tangan dan syahid.

Credit: universities.blogspot

Berikut adalah beberapa kisah sahabat Nabi S.a.w yang sanggup dipotong kedua-dua tangan dan akhirnya mati syahid kerana membawa bendera Islam sewaktu peperangan melawan orang-orang kafir.  Begitulah pengorbanan para sahabat dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam agama tercinta, Allahu akbar.

Syahidnya Mus'ab ibnu 'Umair r.a

Dalam Peperangan Uhud, bendera orang Muhajirin dipegang oleh Mus'ab ibnu 'Umair r.a. Apabila orang-orang Islam bertempiaran lari dalam kebingungan, beliau masih tetap teguh berdiri. Seorang kafir telah menghampirinya lalu memotong tangannya dengan pedang supaya bendera itu jatuh untuk menandakan kekalahan yang nyata bagi orang Islam.

Beliau segera menyambar bendera itu dengan tangannya yang satu lagi. Musuh itu turut memotong tangannya yang sebelah lagi itu. Beliau telah merapatkan dua lengannya ke dada dan telah menahan bendera itu supaya tidak jatuh.

Musuh itu memanahnya sehingga menyebabkan beliau gugur syahid. Selagi hayat dikandung badan beliau tidak membiarkan bendera itu jatuh. Selepas kesyahidannya barulah bendera itu jatuh tetapi terus diangkat oleh seorang sahabat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syahidnya Mus'ab ibnu 'Umair r.a

Dalam Peperangan Uhud, bendera orang Muhajirin dipegang oleh Mus'ab ibnu 'Umair r.a. Apabila orang-orang Islam bertempiaran lari dalam kebingungan, beliau masih tetap teguh berdiri. Seorang kafir telah menghampirinya lalu memotong tangannya dengan pedang supaya bendera itu jatuh untuk menandakan kekalahan yang nyata bagi orang Islam.

Beliau segera menyambar bendera itu dengan tangannya yang satu lagi. Musuh itu turut memotong tangannya yang sebelah lagi itu. Beliau telah merapatkan dua lengannya ke dada dan telah menahan bendera itu supaya tidak jatuh.

Musuh itu memanahnya sehingga menyebabkan beliau gugur syahid. Selagi hayat dikandung badan beliau tidak membiarkan bendera itu jatuh. Selepas kesyahidannya barulah bendera itu jatuh tetapi terus diangkat oleh seorang sahabat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syahidnya Ja'far ibnu Abi Thalib r.a

Dalam Perang Mu'tah, Rasulullah S.a.w telah melantik Zaid ibnu Haritsah r.a sebagai ketua tentera Islam. Rasulullah S.a.w bersabda; "Sekiranya beliau syahid maka Ja'far ibnu Abi Thalib r.a akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga syahid maka 'Abdullah ibnu Rawahah r.a akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga syahid, maka orang-orang Islam boleh lah melantik sesiapa yang mereka suka sebagai ketua."

Seorang Yahudi yang mendengar perbualan itu berkata, "Ketiga-tiga mereka pasti akan syahid. Itulah maksud yang dibawa oleh kata-kata sedemikian daripada para nabi yang terdahulu."

Rasulullah S.a.w telah membuat satu bendera putih dan telah menyerahkan bendera itu kepada Sayyidina Zaid ibnu Haritsah r.a.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setelah Zaid r.a syahid, maka Sayyidina Ja'far ibnu Abi Thalib r.a pula memegang bendera. Pada mulanya bendera itu berada di tangan kanan. Orang kafir telah memotong tangan kanannya supaya bendera itu jatuh. Dengan segera beliau telah menyambar bendera itu dengan tangan kirinya. Mereka telah memotong tangan kirinya juga.

Maka beliau telah menahan bendera itu dengan dua lengannya serta menggigitnya kukuh dengan gigi. Seorang kafir telah datang dari belakang lalu menetaknya sehingga beliau terbelah dua yang menyebabkan beliau terus jatuh. Pada masa itu umurnya baru 33 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayyidina 'Abdullah ibnu 'Umar r.a berkata, "Selepas itu, apabila kami mengangkat mayat Sayyidina Ja'far r.a daripada kalangan mayat-mayat, didapati 90 liang luka ada di bahagian hadapan badannya."

Apabila Ja'far r.a telah syahid, orang ramai telah memekik memanggil Sayyidina Abdullah ibnu Rawahah r.a yang pada masa itu berada di satu penjuru sedang makan seketul daging. Selama tiga hari beliau tidak mendapat sesuatu untuk makan. Sebaik sahaja mendengar panggilan itu, beliau terus membaling ketulan daging tersebut. Beliau mengutuk dirinya sendiri, "Ja'far telah syahid, tetapi kamu wahai 'Abdullah, masih sibuk dengan dunia."

Beliau maju ke hadapan mengambil bendera dan mula berperang. Jarinya telah tercedera dan jari itu tergantung-gantung di tangannya. Beliau telah menekan jari yang tergantung itu dengan kakinya kemudian menarik tangannya sehingga jari itu terputus. Beliau kemudian membuang bahagian yang terputus itu lalu maju ke hadapan.

Beliau terus menghayun pedangnya sehingga beliau gugur syahid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts


Banyak nya kaka tak tau pasal sejarah bendera ni. Betapa zaman dulu bendera di agungkan dan menjadi simbol kekuasaan.

Zaman sekarang bendera jadi baju, seluar, tudung, macam2 lah

Generasi sekarang dah tak sanjung bendera dah. Rasa cinta tu dah pudar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakashial replied at 23-8-2019 02:34 PM
Banyak nya kaka tak tau pasal sejarah bendera ni. Betapa zaman dulu bendera di agungk ...

Paling bodoh, ahlu politik pun main2kan. Geram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 02:38 PM | Show all posts
Good write up sir.

Dr Aziz Bari tu kalau ada depan mata mau benjol kepala Ngah ketuk

Kalau pun dia tak jumpa undang-undang yang mengatakan pasang bendera terbalik tak salah,
bukan dulu di sekolah kita sudah diajar cara menguruskannya.

Buang masa aje dulu-dulu cikgu mengajar sivik.  Social etiquette pun tak tau ke???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 23-8-2019 02:38 PM
Good write up sir.

Dr Aziz Bari tu kalau ada depan mata mau benjol kepala Ngah ketuk

Di sangkar merbah bertelur helang,
Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Dia x fhm ni.

Credit:nasa2k.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 23-8-2019 02:38 PM
Good write up sir.

Dr Aziz Bari tu kalau ada depan mata mau benjol kepala Ngah ketuk

Kalau ikutkan dalam tentera, bendera tidak boleh jatuh ke tanah. Malah mereka ada ahli yang hanya mereka ditugaskan urus bendera. Sekiranya jatuh ke tanah atau termeleret, mereka yang berkenaan akan dikenakan tindakan. Begitu tingginya nilai bendera kerana ia membawa maruah negara. Correct me if am wrong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 05:17 PM | Show all posts
NekNgah replied at 23-8-2019 02:38 PM
Good write up sir.

Dr Aziz Bari tu kalau ada depan mata mau benjol kepala Ngah ketuk

kn iols pun rasa nk jotos kepala dia. katanya takda undg2 pun. mmg takda smgt patriotik langsung.
yang tak tahan tu yang buat baju, mmg tak boleh terima langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 23-8-2019 02:38 PM
Good write up sir.

Dr Aziz Bari tu kalau ada depan mata mau benjol kepala Ngah ketuk

pernah dgr tak ada ore pernah kata,"biadap itu bukan satu jenayah".....golongan depa ni la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakashial replied at 23-8-2019 02:34 PM
Banyak nya kaka tak tau pasal sejarah bendera ni. Betapa zaman dulu bendera di agungk ...

aku tak setuju sesangat orng buat bendera tu mcm2.....selain drp BENDERA ITU LAMBANG KEDAULATAN NEGARA KITA MALAYSIA.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 12:17 AM | Show all posts
Bendera malaysia dicipta oleh engineer johor.

Lagu negaraku pulak dicipta hasil inspirasi lagu negeri perak.

Yang aku munsykil skrg ni asal usul jata negara..
Ni adalah jata pertama pada tahun 1895.






Masalahnya skrg, jata ni hasil inspirasi dari jata siapa?
Britain? tak sama langsung..

Kalau dari negeri2 di malaysia, paling hampir pun jata johor.
Sebab johor je yg ada sang rimau..


Skrg ni masalah kedua pulak muncul..
Sbb rimau zaman abu bakar, muka dia menghadap kedepan..
jeng jeng jeng...





dan yg paling best, si tepok tak cacat jari kaki pun..
malah lidah terjelir dan belang naga pun yilek...

satu2nya era yg pakai jata misteri tu ialah ibrahim III.
puas aku perati jata rimau-naga tuh sampai aku sendiri terjelir2 lidah dah mcm org giler.. but still dont understand any mystery yg tersulam didlmnya..
maybe sifu @unekspektedIV boleh tolong sexsplain sikit....


ok back to the stori...
jata malaysia terinspirasi dari siapakah?..
Aku berani potong tangan ianya dari johor..


dan aku berani potong anu, bahwa pernah wujud jata malaya harimau berselfie ke depan.

sapa lg yg berani potong anu meh larrr carik sama2.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah mertua sy bekas askar. Mgikut crita adik ipar sy, ayah dia mmg syangkn bendera n sgt hormatkn bendera mlaysia.

Kdg2 adik ipar sy rasa ayh diaorg lbh sygkn negara drp kluarga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.398006 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list