Siapa sangka filem animasi boleh pecah panggung? Lebih dasyat mengalahkan filem-filem fiksyen lain. Boboiboy Movie 2 (BBM2) dengan bangganya mengumumkan jumlah kutipan sepanjang tiga minggu filem ini ditayangkan adalah RM25 juta! Dan ianya boleh meningkat kerana masih ditayangkan di 141 buah pawagam.
Memang hebat untuk sebuah filem fiksyen yang tidak ada pelakon ternama yang 'real' melainkan watak-watak yang sudah sebati dengan peminat drama animasi ini.
Kredit foto: IG
Lebih menarik, ia menyamai pencapaian filem animasi Upin Ipin yang turut ditayangkan tahun ini dengan angka terakhir filem dua beradik botak itu adalah RM25 juta juga.
Kredit foto: IG
Ini bermakna BBM2 sudah pun mengatasi jualan tiket filem aksi Polis Evo 2 lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang berjaya mengutip RM20 juta pada tahun 2018. Ya! Boboiboy berjaya menyingkir Polis Evo untuk berada selesa di tangga kelima.
Kredit foto: IG
"Terima kasih atas sokongan anda dan kami mengharapkan fenomena Boboiboy masih terus membara."
Dengan tayangan yang masih diteruskan, penulis merasakan filem penuh dengan 'super power' ini akan terus mencatat kutipan yang lebih tinggi seterusnya berpeluang mengalahkan filem animasi Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal.
Sebagai rekod, Upin Ipin kini berada di tangga keempat dengan kutipan keseluruhan RM25 juta sementara tempat ketiga pula ialah Paskal dengan kutipan RM30 juta. Manakala tempat kedua dan pertama pula agak sukar untuk ditembus namun tidak mustahil iaitu Hantu Kak Limah 3 (RM36 juta) dan Munafik dengan kutipan RM38 juta.
Kredit foto: IG
Apa pun, marilah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti tinggi. Agak-agak Boboiboy boleh atasi Paskal tak? - CARI
|