Kredit Foto - Instagram Umie Aida
Waktu pementasan turut ditangguhkan sehingga jam 9.15 malam bagi membolehkan Umie Aida melakukan persiapan gara-gara perubahan saat-saat akhir itu.
Umie Aida hanya diberikan masa beberapa jam untuk persediaan menghayati watak antagonis yang antaranya memerlukannya mengilai bagi menghidupkan watak.
Namun, Umie Aida dilihat tidak kekok walaupun terpaksa berlakon sambil membaca skrip sepanjang pementasan tersebut. Walaupun tidak dalam kesempurnaan, Umi bertindak cemerlang dan menerima tepukan gemuruh penonton sepanjang persembahan kira-kira tiga jam itu.
Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani atau Abang Joe turut memuji keberanian Umie menyahut cabaran itu.
Kredit Foto - Abang Joe
"Sepanjang 20 tahun saya bekerja di Istana Budaya, tak pernah ada kes sebegini. You are the best! Adik abang terbaik.
"Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon Terbaik untuk Istana Budaya," memetik laporan Mstar.
Kalau sudah namanya pelakon penjulang anugerah, berilah apa sahaja watak, pasti tidak menghampakan. Tahniah Umie Aida!
Pawana Isabella dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 21 Ogos lalu selama 11 hari hingga 31 Ogos menyaksikan gandingan hebat Syafiq Kyle dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Ia turut membariskan Datuk Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak. - CARI