CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1496|Reply: 7

Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Sebab Tak Bayar Gaji

[Copy link]
Post time 3-9-2019 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut dibelasah dengan topi keledar dipercayai kerana tidak membayar gaji.


Berita Harian melaporkan, mayat Lee Poh Meng, 54, yang juga penyelia syarikat kawalan keselamatan di sebuah kondominium di Petaling Jaya ditemui di tandas kakitangan pengawal keselamatan kondominium berkenaan.




Kredit foto: BH Online




Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima makluman orang awam berhubung perkara itu kira-kira jam 3.15 petang.


Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira jam 6.10 petang kelmarin mendapati seorang pengawal keselamatan warga asing dikenali sebagai Don memukul mangsa berulang kali dengan topi keledar di dalam bilik kawalan pengawal keselamatan.


Berikutan itu, polis menahan tiga lelaki termasuk dua pengawal keselamatan warga Nepal di pekarangan kondominium berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.

“Setakat ini, punca kejadian dipercayai ialah mangsa tidak membayar gaji kepada pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium itu,” kata Mohd Zani.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan difahamkan suspek akan direman hari ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagussssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya boss la yg kena pelupuh....mangsa tu cuma supervisor
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:59 PM | Show all posts
Bodohnya nepal bangsa babu pengecut lemah hamba abdi. Tak dapat gaji penyelia disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:27 PM | Show all posts
nepal ni lupa ke dia duk kt mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:35 PM | Show all posts
lepas ni 'hantu' jelmaan mangsa akan menghantui kehidupan boss selamanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2019 02:48 PM | Show all posts
ohhh sian lak supervisor, ingat owner company yg kena hempuk. harus hakak bertepuk tangan. maka teraniayalah supervisor tersebut. siler ahli keluarga minta pampasan ya.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:52 PM | Show all posts
Belasah salah orang hingga mengakibatkan kematian bakal mendapatlah akhirnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.610159 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list