Berita baik buat kaki melancong. Tahukah anda bandar raya mana paling selamat di planet bumi mutakhir ini?
Bandar Paling Selamat Di Dunia
Indeks terbaru yang dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) menobatkan Tokyo, Singapura dan Osaka sebagai bandar raya paling selamat di dunia.
Bagaimana Indeks ini diukur?
EIU menggariskan penilaian berdasarkan empat kriteria utama iaitu digital, infrastruktur, kesihatan dan keselamatan individu.
Kredit Foto: escape.com
Namun, Pengarah Kanan EIU, Naka Kondo menyatakan agak sukar untuk mencari sebuah bandar raya dengan keputusan yang amat baik dalam satu aspek keselamatan tetapi lemah dalam aspek lain.
Singapura terus mengungguli penanda aras untuk infrastruktur dan keselamatan individu, manakala Tokyo dan Osaka menerajui aspek digital dan jaminan keselamatan.
Kredit Foto: The Economist
Di mana kedudukan Kuala Lumpur? Ibu kota negara kita masih dalam kedudukan yang membanggakan iaitu di tempat ke-35 dunia dalam indeks bandar raya paling selamat di dunia 2019. Syukurlah negara kita masih aman. - CARI |