View: 2178|Reply: 7
|
"Macam Kereta Perang" - Ahli PKR Dikecam Persendakan Kereta Buruk Yang
[Copy link]
|
|
Ahli politik tidak pernah lari daripada gosip dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Mana tidaknya, imej ahli politik memainkan peranan penting untuk mereka mendapat kepercayaan rakyat. Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi jika ahli politik itu sendiri tidak digemari oleh rakyat Malaysia.
Sumber Gambar: Awani
Bagaimana pula jika individu itu sendiri yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengecam mereka? Baru-baru ini, MP Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah memuat naik satu tweet yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau mempersendakan sebuah kereta wira yang sudah teruk luarannya.
"Kereta ni macam kereta perang," ujar Fahmi di tweet beliau.
Tweet MP Lembah Pantai ini mendapat reaksi negatif warganet yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan Fahmi Fadzil.
Tidak lama selepas itu, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan satu kenyataan minta maaf di atas tindakannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.
Jika kita tidak mempunyai perkara yang baik untuk disampaikan, adalah lebih baik jika kita berdiam sahaja. Semoga saudara Fahmi Fadzil terus berkhidmat untuk rakyat dan amanah dalam menjalankan tugasan, buang yang keruh ambil yang jernih! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Huk alah, mai dah berita kopi pasta siput dr reputs cari. Porumer dah membawang pun |
|
|
|
|
|
|
|
sisi baik pula.
kawan aku duduk di ppr pantai dalam sana.. email ke fahmi ni pasal tandas sumbat.. hari yang sama fahmi ni hantar plumber.
aduan lif rosak pun dibaiki pada hari yang sama.. kuddos to him . |
|
|
|
|
|
|
|
jadi ahli politik tu jgn la nampak sangat kebodohan nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngok fahmi, pahal kau cuma datang sini bila org pee gay ar yg buat report??? Pilih bulu pulak kau ye |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca komen nih, tetibe mek rasa bam kurex macho gilos..
terasa ingin rebah di tangga...
(nak rebah di dada xleh, x halal... hahahaha)
|
|
|
|
|
|
|
|
ala... dahla suke tengok dia.. rupanya suka berjenaka tanpa berpikir secara waras... hmm |
|
|
|
|
|
|
|
cian mungkin dia nak melawak kot tapi x kene gaya
cuba lagi yb |
|
|
|
|
|
|
| |
|