|
|
Edited by CARI-MAMS at 11-9-2019 12:22 PM
Siapa sangka lelaki ini akan bertemu dengan seorang lagi individu yang bukan sahaja memakai baju yang sama, malah mirip dengan wajahnya.
Kisah lelaki ini, Azly Yusof, 29 bukan sahaja tular di kalangan warganet Malaysia, malah turut mendapat perhatian media antarabangsa. Hebat!
 Kredit foto: Projekmm
Menerusi satu video yang dirakam oleh rakannya, Azly dilihat memerhati seseorang yang mirip wajahnya di atas pelamin termasuk dengan penampilan kepala botak, baju merah hati, seluar jeans dan berkaca mata.
Video berurasi 12 saat itu dianggap unik dan luar biasa kerana mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain.
Menerusi satu temu bual dengan Daily Mail media dari United Kingdom, individu yang merakam video tersebut, iaitu Amir Zulfadhli berkata, rakannya Azly tanpa disangka bertemu dengan 'kembar' pada majlis itu.
Malah, mereka kini sedang merancang untuk mengadakan pertemuan semula kelak.
“Ini pertama kali kami berjumpa dan ia sangat kelakar. Ia cuma kebetulan bila Azly dan ‘kembar’ memakai baju merah yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, berita itu turut mendapat liputan The Sun, Mirror dan 9GAG yang kesemuanya dari luar negara.- CARI |
|