Darlie Routier, ibu kepada tiga orang anak mempunyai cerita tentang seorang lelaki memecah masuk rumahnya dan menikam dua anaknya hingga mati. Tapi, pihak polis menemui beberapa klu yang membuatkan wanita ini kini dah 20 tahun di penjara menunggu hukuman mati.
Tapi siapa yang betul?
Dua kanak-kanak ditikam dengan kejam & leher Darlie dikelar oleh penceroboh?
Pada awal pagi 6 Jun 1996, 911 mendapat panggilan dari Rowlett, Texas. Darlie Routier mengatakan seorang penceroboh telah masuk ke rumahnya dan menikam dua anaknya Devon dan Damon dan dirinya.
Ada orang masuk rumah saya, dia pecah masuk dan tikam saya dan anak-anak saya."
Tambah wanita ini lagi, bayinya Drake tidur di tingkat atas bersama suaminya Darin Routier tak mengalami apa-apa kecederaan.
Bila polis tiba, mereka menemui Devon telah pun mati di tempat kejadian manakala Damon meninggal di dalam ambulans dalam perjalanan ke hospital. Darlie sendiri mengalami kecederaan kesan kelar di leher dan lengan kanannya.
Darlie menjelaskan penceroboh itu sebagai seorang lelaki kulit putih berketinggian enam kaki. Pihak polis juga menemui skrin tingkap garaj rumah tersebut telah dipotong menunjukkan ada orang cuba untuk masuk ke rumah ini.
Pihak polis temui bukti bercanggah dengan cerita Darlie Routier
Bila pihak polis menjalankan siasatan, analisis forensik menunjukkan bukti tersebut tak sama dengan apa yang Darlie ceritakan pada polis dan pihak berkuasa mula mengesyaki wanita ini. Untuk permulaan, senjata pembunuhan adalah pisau dari rumah Darlie sendiri, ini menimbulkan rasa curiga sama ada betul atau tak penceroboh masuk.
Keduanya, motif pencerobohan tak jelas kerana banyak barang berharga terletak di tempat-tempat terbuka, tapi satu pun tak diambil.
Tambah lagi, analisis percikan darah di sekitar rumah tersebut mendedahkan yang ia tak konsisten dengan versi cerita Darlie.
Corak darah di dapur pula kelihatan seperti orang yang sedang berdiri tegak dan bukan tengah berlari kejar orang seperti cerita Darlie.
Tambahan lagi, penganalisis forensik menemui jumlah darah yang banyak kepunyaan Darlie di sinki menunjukkan yang dia berdiri di sinki untuk kelar leher dan lengannya.
Akhir sekali, pihak foresik menemui kesan serat dari skrin tingkap pada pisau roti di dapur keluarga ini. Kalau betul penceroboh tu guna pisau dorang, macam mana dia boleh masuk ke rumah ambil pisau potong skrin lepas tu letak pisau balik. Tak masuk akal kan?
Penemuan ini menunjukkan penyerang itu berada di rumah sepanjang masa. Dan disebabkan suami Darlie tidur bersama bayi mereka sepanjang masa, pihak polis terus suspek Darlie Routier.
|