Gula-gula White Rabbit yang sudah sinonim sebagai makanan kesukaan zaman kanak-kanak di Malaysia telah diisytihar mengandungi DNA babi oleh Fuiziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau mengumumkan dalam satu kenyataan kepada TV Alhijrah, Rabu lalu.
Kredit foto: The Rakyat Post
Pengumuman itu menjawab banyak persoalan daripada orang ramai sejak dahulu lagi apabila pelbagai spekulasi muncul mengenai status gula-gula tersebut di media social.
Menurut kenyataan itu lagi, satu ujian telah dibuat oleh Jabatan Kimia bulan Mei lalu berikutan permintaan daripada JAKIM. Hasil daripada ujian itu mendapati gula-gula tersebut mengandungi protein daripada haiwan dan ujian susulan mengesahkan penemuan DNA babi dan lembu.
Kredit foto: Twitter
Gula-gula manis berkrim kesukaan ramai itu berasal daripada negara China dan diimport ke negara ini oleh sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Khabar angin mengenai status gula-gula itu tercetus apabila syarikat itu didedahkan tidak pernah memohon sijil halal selama ini.
Kredit Foto: Suara TV
Tambahan pula, negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut membuat pengumuman rasmi menyatakan status tidak halal gula-gula tersebut.
Kredit foto: kheu.brunei
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa gula-gula yang berasal dari China tersebut akan terus kekal di pasaran Malaysia untuk pasaran bukan Muslim. - CARI |