Pasangan Smule rentas negara yang sering berduet bersama Bambang Irawan @ Awan, 28 dari Jakarta dan Arzum Balli, 26 dari Austria akhirnya bertemu jodoh apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Ogos lalu.
Kredit foto: Wartakota / Tribun
Memetik portal Wartakota, pasangan itu mula berkenalan melalui aplikasi tersebut pada tahun 2016 dan pernah bersua muka pada tahun 2017 apabila Arzum terbang sejauh 13,000 kilometer dari negaranya untuk bertemu dengan Awan di Jakarta.
Kredit foto: Tribun
Menyedari perasaan cinta di antara mereka, Arzum kemudian melamar Awan dan tanpa berfikir panjang Awan yang bekerja sebagai tukang cuci mula mengatur rancangan pernikahan mereka termasuk menguruskan dokumen yang diperlukan di Kedutaan Austria.
Kredit foto: Wartakota
Hasilnya minggu lalu, pasangan itu diijabkabulkan di Daerah Cilandak, Jakarta disaksikan keluarga Awan yang pada mulanya tidak merestui perhubungan mereka.
Kredit foto: Wartakota
Dikhabarkan, pengantin wanita akan kembali ke Austria seorang diri kerana Awan perlu lulus bahasa Jerman dan memperolehi Sijil A1 sebelum menyusul ke sana. Menurut Arzum lagi, walaupun suaminya hanya bekerja sebagai tukang cuci, dia tidak kisah kerana dia sangat mencintai lelaki itu katanya memberitahu portal berita Tribun.
Wah, tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua. Semoga kekal ke anak cucu.- CARI |