CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32569|Reply: 301

[Tempatan] Bekas isteri, mertua kena belasah #233

  [Copy link]
Post time 15-9-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-9-2019 12:13 PM

Belasah bekas isteri dan mentua tanpa ihsan
MyMetroMutakhir



TIDAK puas hati dipercayai akibat konflik rumah tangga menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kejadian jam 12.15 tengah hari pada 4 September lalu, tular selepas kisah berkenaan dikongsi kenalan mangsa di Facebook, hari ini.

Status berkenaan disertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tangkap layar ugutan bekas suami mangsa serta gambar mangsa dan bapanya yang cedera selepas kejadian itu.


Sumber berkata, mangsa berusia 35 tahun bersama bapanya berusia 60-an dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan mahkamah di Shah Alam sebelum menyedari tayar kereta dipandu pancit disyaki ditoreh.

“Mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.

“Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian disedari orang awam yang membantu meleraikan pergelutan.

“Lelaki terbabit kemudian beredar dari lokasi manakala mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis USJ8, Subang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.

“Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Katanya, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 11:50 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalau dia tekanan perasaan boleh sesuka hati membuli dan menyakiti orang?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Biadap.. Tak guna punya lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk je dlm tahanan polis. Biar dia layan tekanan perasaan nya kat dalam tu.
Kalo dia parangkn ex dia camne??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam ada terbaca kat FB. Laki tu bapak dia Datuk kot. Yang ex wife tu doktor. Sian tengok ayah pompuan tu. Berdarah2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
aku bc kat fb both medical doctor, dan si bekas suami memg selalu lepas bila report polis di buat, kire mcm kebal

aku suspek kebal sbb ada surat kata ada tekanab perasaan

so aku pelik kay sini, ada tekanan perasaan ni mcm sakit mental la kan, mcmana dia boleh masih bekerja sebagai doktor ???? so apa KKM buat pd doktor2 yg ada mental prob ni ????

aku jd takut plak nak g hospital, kang dpt doctor mental problem, dia bg aku ubat merepek, mcmana ??? ( ni jgn jd pembaris sgt..... )

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols gynae kot. Gila! Tapi body heols besar...keturunan mamak kan. Tu yang selamba je belasah ex wife n pak mertua.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
babinya syed2 ni ye
laki tu keturunna syed..mmg babi laaa syed2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis malaysia dah kenapa. Tekanan perasaan pun bukan alasan nak bebaskan saspek. Tu urusan mahkamah urusan lawyerlah nanti nak bukti tidak bersalah. Kena dakwalah dulu. Seronoklah guna alasan tekanan perasaan untuk belasah orang. Kalu dibunuh pulak camana nanti. Serius aku tak paham prosedur polis. Kes keganasan rumahtangga rileks jer cam takde apa apa. Kes letak tangan atas bahu menteri samapai kena dakwa cepat, reman berhari2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
La xde tindakan sebab tekanan perasaan? Tp masih jd doctor? What is this??? Takutnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar punya jantan...suka2 hati ja nk belasah org
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang khau kak penah kawen orang ada2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 15-9-2019 10:06 AM
aku bc kat fb both medical doctor, dan si bekas suami memg selalu lepas bila report polis di buat, k ...

Kot dia buat operation ko...eiii...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 15-9-2019 10:11 AM
Heols gynae kot. Gila! Tapi body heols besar...keturunan mamak kan. Tu yang selamba je belasah ex wi ...

Gynae spital mana weii?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu dah mati kena bunuh, mayat kena bungkus dlm selimut mcm kes aritu baru ka polis akan bertindak
Pastu bila kena kecam, kena lambat bertindak sdgkan dah bnyk report nnti polis nya jawaban org awam jgn memandai2 buat andaian, biarkan polis jalankan siasatan..
Gitu la smpai abg jamil mampus
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 15-9-2019 10:49 AM
Kot dia buat operation ko...eiii...

tau xpe... ko bayang la doctor yg dah ada surat pengesahan ada mental problem ni buat operation..... eh kata dia gynea plak, lagi laaaaa......

apa ni polis ??? kkm ??? boleh biar je doctor2 yg ada lesen besar ni lepas.....

so beramai la nnt ngaku ada mental prob, lepas hukuman, or asal anak somebody, lepas jugak ??? halal terus perbuatan ...


haaaaaiiihhhh.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau memandu lawan arus sure terlepas tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 11:11 AM | Show all posts
eloklah kau duk dlm penjara supaya x cederakan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 11:13 AM | Show all posts
kaishi replied at 15-9-2019 10:06 AM
aku bc kat fb both medical doctor, dan si bekas suami memg selalu lepas bila report polis di buat, k ...

OMG doktor.......................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo...silap2. Ayah pompuan tu yg Dato.
Boleh post sini tak pic laki tu? Iolss ada dapat kat fb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.086810 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list