
Jack Ma merupakan contoh terbaik bagaimana seseorang yang berasal daripada keluarga miskin mampu membangunkan sebuah empayar besar yang bernilai berbilion ringgit.
Jack Ma pencen daripada Alibaba dengan penuh bergaya. Rancangan untuk bersara telah dirancang sejak 10 tahun yang lalu telah menjadi kenyataan apabila pada 10 September baru-baru ini beliau berundur sebagai pengerusi dan CEO Alibaba.
Katanya kepada The New York Times, beliau merancang untuk berundur dari syarikat itu dan menyifatkan persaraannya sebagai 'permulaan satu era' dan bukannya satu pengakhiran.
 Kredit foto: Berita Harian
Ma bersara awal daripada gergasi e-dagang China itu untuk menumpukan masa untuk kerja kebajikan yang memfokus kepada pendidikan sama seperti Bill Gates yang kini fokus sepenuh masa dalam kerja-kerja dermawannya sejak 2008.
Legasi Jack Ma bakal diteruskan oleh Daniel Zhang yang merupakan CEO kepada Alibaba sejak 2015. Daniel Zhang menyasarkan Alibaba untuk menjadi syarikat bernilai $1 trilion pada akhir 2020.
 Kredit Foto : South China Post - Jack Ma bersama CEO Alibaba, Daniel Zhang
Menurut CNN, majlis persaraan Ma disambut meriah di sebuah stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou, China, ibu pejabat syarikat itu. Bersempena dengan hari terakhir Jack Ma bersama Alibaba, beliau telah tampil sebagai rockstar.
Penampilan beliau sebagai rockstar dilihat sebagai pengunduran paling cool dalam sejarah syarikat korporat di mana belum pernah berlaku sebelum-sebelum ini.
Kredit foto: Twitter Alibaba Group
Ma yang memiliki kekayaan hampir AS$40 bilion (RM170 bilion) adalah lelaki paling kaya di China. - CARI
|