CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8662|Reply: 118

[Tempatan] Lagi kes kanak-kanak 12 tahun HAMIL

  [Copy link]
Post time 16-9-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bapa durjana



KANAK-KANAK berusia 12 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa nafsu serakah bapa sendiri.

Bagaimanapun, perbuatan rakus lelaki berusia 41 tahun terbabit terbongkar selepas mangsa didapati hamil ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuala Terengganu.

Perbuatan terkutuk bapa terbabit berakhir apabila ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Khamis lalu.


Menurut sumber, penahanan suspek dilakukan susulan laporan diterima di Balai Polis Chabang Tiga di Kuala Terengganu berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur.

Katanya, hasil saringan air urin terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit turut didapati positif methamphetamine dan suspek juga memiliki rekod lampau berhubung kes pecah amanah.

“Difahamkan perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh lelaki terbabit di kediaman mereka yang terletak di daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

“Kejadian pertama didakwa dilakukan oleh suspek sewaktu anaknya sedang tidur di ruang tamu kediaman mereka, bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak mengingati tarikh berkenaan.

“Selepas kejadian itu lelaki terbabit didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya beberapa kali termasuk mencabul mangsa, terutama ketika isteri (ibu mangsa) keluar menjaga nenek kanak-kanak berkenaan yang dikatakan tinggal berdekatan dengan rumah mereka,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian mangsa kini masih di rawat di hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur.

“Suspek ditahan ketika melawat mangsa di hospital berkenaan 7 malam. Suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 5:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 02:08 AM | Show all posts
urm semua forumer dah tidur, kaka tolong marah kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 02:27 AM | Show all posts
bapa haruan..

harap mereput dalam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiwan durjana betul si bapak. Sanggup sey dgn anak sendiri. Ko bela dari kecik tu.. setan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
I don't want to live on this planet anymore.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah kata. Kena lempak dalam kandang singa.. Biar kena lahap hidup2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2019 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak durjana..g mampos
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sialannya bapak mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 15-9-2019 08:18 PM

Ini la manusia bertopeng syaitan... sanggup buat kat anak sendiri....

Terengganu oh terangganu... why?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 04:24 AM | Show all posts


Ada dua kes (wanita) yg govt tergganu hukum dgn sebatan public .. so kes bapa rogol anak ni diharapkan mendapat hukuman yang lebih berat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik gantung sampai mati. Hidup pun tak guna orang macam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk kuatkuasakan hukuman ikut syariat ada cina yg bantah, meroyan walhal ni semua utk kebaikan dan pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Warghhh tensionnya dgr ada lg berita camni..
Wey jantan tolong guna akal lebih dr kepala bawah boleh x??aku pun lelaki gak.. kalau nak gak pi cari ayam la wey
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pn jgn la simply pcaya kalo laki tu kaki dadah. Dh la meth, nafsu kuat. Sndiri pn x trlayan nafsu laki setan tu, pikirla sama ank prmpuan yg dh mula ada ciri kewanitaan tu. Setan pnya laki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
risau btl skrg... pak tiri x leh caya sgt, pak kandung pun sama jgk rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati & jiwa sgt bila baca news camni
Pertama sebab aku manusia
Kedua aku perempuan
Ketiga sebab aku jg ibu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua jantan tak boleh dipercayai..dr bapk kandung, tok wan, pak sedara, pak tiri, abang, adik lelaki dan sewaktu dengannya mmg hanat sangat kalo dah tak boleh kawal nafsu bawah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm manalah komunikasi mereka sekeluarga. Anak tak cakap dengan mak, mak tak kisah suami. Janji suami ada Benci dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Murung nye bace news mcm niiii.  Sial nye bapak budak ni,  haih
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Malang nya nasib wahai anak..
Moga dpt perlindungan. Tinggalkan semua nya. Belajar rajin2.. Allah swt, Kau perluaskan lah rezeki nya.. permudahkan lah urusan nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070380 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list