CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2747|Reply: 39

[Tempatan] PERJUANGAN MA63. TOK NAN DALAM KENANGAN: MALAYSIA DIBENTUK SEBAGAI SATU WILAYAH

  [Copy link]
Post time 16-9-2019 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 11:49 AM

Dia la yang membangkitkan MA63 sehingga Sarawak berada dalam perjuangan hari ini..RIP

Sebelum ini, tiada siapa pun kenal MA63 dan juga Hari Malaysia 16 September...Berpuluh tahun disembunyikan secara terancangan dan sistematik dari pengetehuaian rakyat Malaysia...terutamanya Sabah/Sarawak



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2019 10:28 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 10:31 AM

RIP Tok Non

Suatu ketika dahulu, berbicara MA63 adalah satu jenayah dibumi Malaysia.

16 September baru beberapa tahun ini dikenali dibumi Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 10:31 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku follow nak baca.. Selamat hari malaysia Shalom.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 11:04 AM | Show all posts
sarah82 replied at 16-9-2019 10:43 AM
Aku follow nak baca.. Selamat hari malaysia Shalom.

Thanks..

Berapa ramai yang menyedari Persekutuan Malaysia adalah Persekutuan tiga lapisan?

Dimulakan dengan Persekutuan Negeri Sembilan pada tahun 1897, kemudian Persekutuan Malaya 1957 dan akhir sekali Persekutuan Malaysia 1963.


Jadi apabila kita menyebut Persekutuan, kita kena tentukan, Persekutuan mana yang kita maksudkan-kerana Persekutuan Negeri Sembilan berbeza dengan Persekutuan Malaya dan berbeza dengan Persekutuan Malaysia.

Kebanyakan yang cuba diketengah dan dimonopoli selama ini adalah Persekutuan Malaya 1957, yang selalu juga disamaratakan dengan Persekutuan Malaysia 1963, sedangkan ianya berbeza.

Dalam Malaya sendiri, Persekutuan Negeri Sembilan juga ditenggelamkan oleh Persekutuan Malaya.


Sabah, Sarawak dan Malaya, tiga buah naratif yang berbeza digabungkan oleh Britisah demi kepentingan British ke dalam bentuk satu negara baru yang dikenali sebagai Malaysia.

Tiga naratif yang berbeza ini,juga membawa maksud kisah kita, sejarah kita dan budaya kita berbeza. Malaya digabungkan berasaskan negara bangsa, iaitu melayu dan Islam dijadikan tunjang pembentukan negara bangsa.

Namun Sabah, Sarawak memiliki naratif yang jauh berbeda.  Agama majoritinya xtian, penduduknya majoriti non malay..tapi wilayah ditadbir secara pentadbiran sekular.

Pemikiran tiga buah naratif ini juga berbeza, sama juga sejarah kita berbeza. Malaya mewarisi sejarah pentdabiran Raja-Raja Melayu. Sementara kami Sabah, Sarawak lagi selesa dengan warisan British dan Brooke.

Selain kepentingan British, tiada sebab kenapa tiga wilayah ini digabungkan untuk diserap menjadi negara bangsa ke dalam Perjanjian Malaya 1957. Malahan melayu Sarawak sendiri tidak diiktiraf sebagai melayu oleh kebanyakan perlembagaan negeri Malaya.





Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 16-9-2019 11:04 AM
Thanks..

Berapa ramai yang menyedari Persekutuan Malaysia adalah Persekutuan tiga lapisan?

Biar betul melayu Sarawak tak diiktiraf oleh kebanyakan negeri.. Aku baru tau hari ni.. Selama ni aku ingat melayu Sarawak sama mcm melayu semenanjung
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2019 11:19 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 11:21 AM


Kerana itu, pihak British sendiri waLaupun Greater Malaysia ini adalah untuk menjaga kepentingan empayar mereka di Asia Tenggara, mereka faham, ketiga-tiga wilayah ini mempunyai naratif yang berbeda antara satu sama lain.

Selain itu, British juga selaku pihak yang mewarisi amanah dari pentabdbiran Brooke (disebut dalam nine cardinal principles sarawak) dan melaui Perjanjian Ratu Baginda dengan Orang Baram pada tahun 1959) tidak sama sekali menyerahkan Sabah, Sarawak kepada Malaya untuk dijajah oleh Malaya apatah lagi diserap ke dalam Perjanjian Malaya 1957 sehingga menjadikan kedua-dua negeri ini, negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia.


Kerana itu lah dalam Pembentukan Malaysia ini dibentuk melalui MA63 dan juga Perjanjian Antara-Kerajaan IGC. Penyerahan Sabah/Sarawak ke dalam Malaysia adalah dibuat secara to vest in the manner agreed (diletakhak melalui perkara yang telah dipersetujui) Malahan untuk memastikan kedudukan Sabah/Sarawak sama tara dengan Persekutuan Malaya, Perlembagaan Sabah/Sarawak dirangka dan diluluskan oleh Ratu Baginda. Ianya berbeza dengan Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu yang kebanyakan dipinda dan digantikan dan diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaya 1957.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 11:23 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 11:30 AM

Rakyat Sarawak selalu memberi perumpamaan pembentukan Malaysia ini, melalui sepasang suami isteri yang telah meninggalkan...dimana turut meninggalkan waris yang masih kecil dengan harta yang sekian banyak.


Maka, anak dan harta tersebut diamanahkan kepada waris terdekat-sehinggalah anak tersebut cukup besar dan mampu untuk berdikari.

Pembentukan Malaysia tidak boleh lari dari amanah yang dipegang. Seperti mana Brooke telah mengistiharkan, Sarawak adalah amanah yang dipegang oleh keturunan beliau, kemudian amanah tersebut turut diperakukan kepada British...Kemudian British menyerahkan amanah tersebut ke dalam Malaysia.

Amanah ini juga selari dengan resolusi UN itu sendiri.
Tiada alasan untuk mendakwa amanah daripada keturunan Brooke tersebut terputus apabila Sarawak bergabung membentuk Malaysia. Pembentukan Malaysia ini adalah atas dasar wilayah amanah.

Konsep Malaysia ini sebagai wilayah amanah adalah terlalu asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia sendiri, dan ada yang cuba menafikannya.

Tapi konsep ini ditakrifkan secara jelas oleh Undang-Undang Sarawak mahupun Sabah:





Dalam tafsiran Undang-Undang Persekutuan, trust territory/system ini dipadamkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2019 11:33 AM | Show all posts


Ini adalah punca kuasa kepada sistem amanah tersebut, yang kemudiannya turut diperaku oleh Kerajaan British:


The Cardinal Principles are set out in the First Schedule to the Sarawak (Constitution) Order in Council, 1956. They originally formed part of the Preamble to Order No. C-21 (Constitution), 1941, enacted by the Rajah of Sarawak. these were;

  • That Sarawak is the heritage of Our Subjects and is held in trust by Ourselves for them.
  • That social and education services shall be developed and improved and the standard of living of the people of Sarawak shall steadily be raised.
  • That never shall any person or persons be granted rights inconsistent with those of the people of this country or be in any way permitted to exploit Our Subjects or those who have sought Our protection and care.
  • That justice shall be freely obtainable and that the Rajah and every public servant shall be easily accessible to the public.
  • That freedom of expression both in speech and in writing shall be permitted and encouraged and that everyone shall be entitled to worship as he pleases.
  • That public servants shall ever remember that they are but the servants of the people on whose goodwill and co-operation they are entirely dependent.
  • That so far as may be Our Subjects of whatever race or creed shall be freely and impartially admitted to offices in Our Service, the duties of which they may be qualified by their education, ability and integrity duly to discharge.
  • That the goal of self-government shall always be kept in mind, that the people of Sarawak shall be entrusted in due course with the governance of themselves, and that continuous efforts shall be made to hasten the reaching of this goal by educating them in the obligations, the responsibilities, and the privileges of citizenship.
  • That the general policy of Our predecessors and Ourselves whereby the various races of the State have been enabled to live in happiness and harmony together shall be adhered to by Our successors and Our servants and all who may follow them hereafter.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 11:34 AM | Show all posts
Selamat Hari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:42 AM | Show all posts
kalau serawak dah dapat hak mereka boleh x akak pindah serawak? sebab akak tahu orang serawak ni baik2.

kt serawak tak de racist cm semenanjung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 11:43 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 11:47 AM

Ini adalah sejarah Malaysia, sejarah kita:



TO VEST IN THE MANNER AGREED =MALAYSIA AGREEMENT 1963



Vest= to hold in Trust



United Kingdom=Settlor
Federation of Malaya=Trustee
Sabah & Sarawak=Beneficiaries
MALAYSIA = TRUST

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:00 PM | Show all posts


Pengakuan Tunku sendiri, bahawa wilayah Sabah, Sarawak, Singapura adalah berbeda dengan Malaya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:02 PM | Show all posts


Pada permulaan, Tunku sendiri tertanya-tanya, pembentukan Malaysia ini dibuat atas konsep apa:



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2019 12:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:05 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 12:08 PM

Fahamkan konsep berikut:




Apabila British tranfer Sabah/Sarawak kepada Malaysa, ia bermaksud pindahan bersekali dengan amanah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 12:12 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-9-2019 12:13 PM

Walaupun Malaysia merupakan ahli dalam UN, tapi masih gagal melaksanakan Article 73 (e)  apabila melibatkan Sabah, Sarawak






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.115621 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list