View: 5039|Reply: 25
|
[Tempatan]
Nasib 35,000 kakitangan TNB
[Copy link]
|
|
Kakitangan TNB bakal kehilangan kerja?
17 September 2019 6:46 PM
KOTA BHARU 17 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan supaya menjelaskan secara terperinci mengenai nasib lebih 35,000 pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas Kabinet meluluskan rancangan 10 tahun reformasi industri tenaga dilaksanakan tidak lama lagi.
Exconya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, ini kerana pelan tersebut akan melibatkan transisi daripada penggunaan bahan bakar kepada teknologi hijau dengan kos yang minimum melibatkan penyusunan semula dan penjimatan tenaga kerja.
Beliau berkata, jika pelan tersebut dilaksanakan bagaimanakan nasib yang akan dihadapi oleh TNB khususnya berpuluh ribu tenaga kerjanya di seluruh negara.
"Apakah akan ada pelan pemberhentian atau perubahan struktur pekerja di bawah rancangan liberalisasi tenaga ini? Sekiranya di peringkat atasan terjejas, apakah perkara ini akan turut memberikan kesan kepada golongan di bawah?
"TNB memiliki lebih 35,000 pekerja. Kebanyakan mereka bekerja dengan syarikat milik negara ini sejak berdekad. Apakah Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mempunyai jumlah pekerja yang terpaksa diberhentikan sekiranya sektor tenaga ini diliberalisasikan?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebuah portal prokerajaan hari ini melaporkan Bee Yin mendedahkan Kabinet telah meluluskan pelan 10 tahun reformasi industri tenaga di mana kerajaan akan memberhentikan kelulusan projek penjana kuasa bebas (IPP) yang turut melibatkan perjanjian pembelian luasa (PPA).
Rancangan yang dikenali secara tidak rasmi sebagai Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2.0 (MESI 2.0) itu melibatkan pelan utama untuk memperkenalkan liberalisasi di semua peringkat industri tersebut bermula penggunaan bahan bakar sehingga ke peringkat peruncitan di Semenanjung Malaysia.
Pelan itu juga melibatkan kemudahan dan meningkatkan penggunaan teknologi hijau di dalam negara.
Ikmal Hazlan berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan berapakah penurunan kadar tarif elektrik selepas liberalisasi dilaksanakan kerana pada masa sekarang caj yang dikenakan agak rendah dan masih kompetitif.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana mengumumkan kelulusan rancangan liberlisasi industri negara, dari bahan bakar kepada lebih banyak penggunaan tenaga hijau.
"Namun perkara-perkara tersebut perlu diberikan perhatian kerana melibatkan nasib puluhan ribu pekerja TNB yang mungkin tiada pekerjaan selepas ini," katanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Welcome back to the Dark Ages. Bergelap la lepas ni. Tenaga hijau my ass.. PH sume tak boleh harap ade hati nak buat sumber tenaga konon.. Tengok2 pegi beli dari China. Pungkok Hang (PH)!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm....kalau 350 ok lagi laa..ni 35k kot! |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini juga ramai yang telah kehilangan akibat pertukaran jabatan
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 17-9-2019 08:56 PM
Welcome back to the Dark Ages. Bergelap la lepas ni. Tenaga hijau my ass.. PH sume tak boleh hara ...
Bajet dik disamping masuk poket sekupang dua |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir dari dulu memang camni rasionalisasi la, penswastaan la, Teknologi hijau la.
Hujung2 rakyat isi Minyak Kat Petron anak dia tu jugak.
Celah Mana YG BBNU kata bagus tu pun aku Tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde maknanya terlaksana...korang kerja lah MCM biasa..tp kalau terlaksana juga korang dpt pampasan..Aku bukan tk kenal budak tnb kerja camna...byk ot tipu ..tk semua tp ade je gitu...kot dpt pampasan nnti niaga lah...buka office jadi supplier ke ...jgn jadi melayu MLS.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 tak paham politician PH atau BN ni samada bodoh atau buat2 bodoh untuk membodohkan rakyat. Takkan TNB sebagai pakar, xconsult sebelum buat kempen. Fossil fuel would remain to be the main source for power generation for decades. Sebabnya, low cost, reliability,maintenance. Even negara maju USA,95% fossil. |
|
|
|
|
|
|
|
karlmax8 replied at 18-9-2019 01:18 AM
Kadang2 tak paham politician PH atau BN ni samada bodoh atau buat2 bodoh untuk membodohkan rakyat. T ...
Ade jugak negara maju yg 100% hijau, tapi sampai 35k, kalau skrg dah nampak, better buat training dari buang 35k, hire balik belanja lebih dari cost 35k. Teknologi hijau ni industri mahal. "Pemutihan" menteri DAP cakap. Jho low 2.0.
In the end, consumer tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh la 35000 pekerja.
Drama melayu selalu depict korporat melayu Ada 200-300 ribu pekerja.
Apa kelesss ini GLC Ada HANYA 35 ribu pekerja.
#fliphair
#eyeroll |
|
|
|
|
|
|
|
Apepun, boleh x turunkan harga bil letrik yg sgt x munasabah? |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 nya apa la akn jd dlm tempoh 5 tahun ni
makin bagus ke, makin maju ke...makin jahanam ke ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kannnn... tariff letrik makin mengarut. Musim panas kang mula lah bil naik melambung lambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak kata padan muka tak sampai hati... ni akibat silap pangkah, dapat taik. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tanya orang TNB memangkah sewaktu pilihanraya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-9-2019 10:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Baru 17 bulan kita dh boleh tgk cara PH |
|
|
|
|
|
|
|
selagi konsep monopoli, jangan harap la tarif nak turun..
tak kira la sapa gomennya..
mana yang konon cerdik pandai tu, apa kata buat new company supply letrik..
baru la ada persaingan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Janji pekerjaan 1 juta. Pekerja TNB boleh bw gojek lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrang mana der benda kekal.....tu sbb kena sentiasa ready skill set kena up to date......bila skill set up to date....berita2 cam gini tak akan goyang pun sbb bole keje kat mana2.....tp kalu dah keje kat situ cth 10 tahun buat benda yg sama je.....dpt berita mcm ni mau tak goyang
aku bg cth paling simple dlm bidang IT.......cepat sgt berubah sapa yg tak catch up dr segi skill set confem tanam anggur |
|
|
|
|
|
|
|
nak kasi kroni IPP kah?
green energy |
|
|
|
|
|
|
| |
|