CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1704|Reply: 13

[Tempatan] Anda Andartu? Stress Jumpa Makcik Bawang? Ini 4 Jawapan ‘Cool’ Korang Boleh Guna

[Copy link]
Post time 19-9-2019 03:11 PM | Show all posts |Read mode




Bila tiba je musim cuti, mesti banyak kenduri saudara-mara yang korang wajib datang, kan? Bila di tempat-tempat kenduri ni lah korang akan selalu berhadapan dengan soalan-soalan cepumas dari makcik bawang yang kadangkala boleh buat korang trauma nak ke majlis-majlis kenduri.
Gambar hiasan.

Jangan risau. Setiap masalah, ada penyelesaian; untuk setiap soalan, pasti ada jawapan. Jom kita baca 4 jawapan cool yang korang boleh guna bila dalam situasi ‘fight or flight’ tu.
1. “Kawan kau tu dah kahwin. Kau tu bila lagi? Nanti anak orang dah masuk universiti, anak kau baru tumbuh gigi.”

Tenang, jangan marah.. Dengan tersipu-sipu malu, korang senyum sambil jawab,
“Saya pun tertunggu-tunggu makcik masuk meminang saya jadi yang kedua. Ehe.”
2. “Kamu berdua dah 2 tahun kahwin. Kalau ada budak, tak la sunyi rumah tu. Tak payah merancang sangat lah..”

Dah setel hal kahwin, tanya pasal anak pulak. Tak apa, tarik nafas dalam-dalam, jawab macam ni,

“Rezeki di tangan Tuhan, tak berani saya nak persoal lebih-lebih.”

Fuh, ayat ringkas, tapi boleh sentap sampai ulu hati.
3. “Aku tengok, kesian anak sulung kau tu main sorang-sorang. Kau tu bilanya nak tambah anak?”

Pasti stress kan kalau setiap inci hidup kita ada orang nak persoalkan, tambah lagi nak tentukan? Tak mengapa, dengan senyuman manis di wajah, korang jawab,
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

“Kalau makcik nak taja makan pakai anak-anak kami, tahun depan juga kami tambah. Hehehe..”
4. “Anak makcik, baru je 5 bulan kerja dah keluar kereta. Bulan depan pulak nak pergi obersi.. Kau dah lama kerja, tapi sama je aku tengok hidup kau. Berapa gaji kau sebenarnya?”

Sabar, soalan ni memang boleh bikin panas hati. Pasti macam-macam scene yang bermain di imaginasi. Tak apa, korang jawab je macam ni, pasti tak tanya lagi.

“Alhamdulillah cukup lah sekadar nak tampung makan minum saya tanpa susahkan makcik dan belanja Makcik Ayam Bawang Amma hari-hari. Jom?”

Pasti terkejut makcik bawang tu. Bukan apa, sindiran dibalas dengan pelawaan makan. Mesti tersipu-sipu malu sendiri.

Haa.. bercakap tentang membawang, kami nak kongsi menu terbaru dari The Chicken Rice Shop iaitu Ayam Bawang Amma.

Resipi unik ni menjanjikan rasa seolah-olah air tangan ibu yang korang akan teringat-ingat selalu.

Daging ayam yang lembut dihidang bersama bawang merah serta sos akan membuatkan makcik bawang pasti terdiam menikmati keenakan rasanya.

Tapi, promosi ini untuk masa yang terhad tau, hanya ada dari 12 September hingga 31 Oktober 2019. Cepat-cepatlah serbu restoran The Chicken Rice Shop berdekatan dengan anda dan membawang sampai kenyang dengan Ayam Bawang Amma.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram, Youtube dan laman web The Chicken Rice Shop.

Oh ya, cadangan jawapan di atas tu sekadar hiburan je tau. Sebenarnya makcik bawang ni ada yang ikhlas nak tanya khabar korang, caring bak kata orang. Apa pun, yang paling penting korang sentiasa tenang dan jawab dengan bijak. Semoga berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 03:46 PM | Show all posts
choii nye artikel sudahnya nak promote ayam bawang jahh kekdahnyerr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 03:59 PM | Show all posts
tapi bagi reply playsafe gituh ingat acik2 bawang nak sentap ker nok? nak jawab balik kena bagi lazer kaw2 gituh baru diorang terasa hoccay. contohnyer makcik ni dah lama hidup tak reti2 nak mampus ke?? makcik pakai tudung lilit kain mahal2 taknak cuba2 ke lilit dengan kain kapan kut tambah lagi selesa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 04:03 PM | Show all posts
crazybeach replied at 19-9-2019 03:59 PM
tapi bagi reply playsafe gituh ingat acik2 bawang nak sentap ker nok? nak jawab balik kena bagi laze ...

ada lagi x yg lebih lazer sister? cuba share

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya je makcik bila lagi? Bila dia tanya bila apa.. bila nak mam@&$
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik2 bawang ni sebenarnya dah Ada jawapan pun sesiap utk soalan yg ditanya. Eh: ko bila nak kawen? Dlm otak makcik Tu halah, budak ni tak laku latu..tanya bila nak tukar kete, Dalam otak dia pikir budak ni tak berduit..so on so forth untuk soalan lain..so conclusion nya, jawab according to jawapan Dalam kepala otak dia tu.."ye, saya tak laku sebab Tu tak kawen". "Ye, saya keje engineer tapi gaji saya sikit sebab Tu tak mampu nak beli kete.." Biar dia tersentap then cepat2 dia jawab benda positif untuk sedapkan hati dia sendiri..lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2019 04:14 PM | Show all posts
jd andartu x slh..yg slh bila ko kata aurora tu kerana graviti...prfffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 04:38 PM | Show all posts
Modngengade replied at 19-9-2019 08:03 AM
ada lagi x yg lebih lazer sister? cuba share

ha ni ada lagi satu iols terpikir. rumah makcik nampak serabut dihiasi batu marmar granite bagai, makcik taknak cuba ke batu nisan kot tampak lebih tenang gituh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2019 04:55 PM | Show all posts
crazybeach replied at 19-9-2019 04:38 PM
ha ni ada lagi satu iols terpikir. rumah makcik nampak serabut dihiasi batu marmar granite bagai,  ...

hahaha harus acik bawang bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke ayam bawang amma tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 19-9-2019 04:09 PM
Makcik2 bawang ni sebenarnya dah Ada jawapan pun sesiap utk soalan yg ditanya. Eh: ko bila nak kawen ...

Heh samalah..puas hati dpt jawab mcm ni. Makcik2 bwg mng suka jawapan mcm ni. Lagi low dari dia lagi dia happy dan boleh tido malam. Biasanya dia takkan tanya dah sebab dah dpt jawapan yg memuaskan hati dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cakap je..jodoh saya baru nak amik spm tahun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 19-9-2019 03:59 PM
tapi bagi reply playsafe gituh ingat acik2 bawang nak sentap ker nok? nak jawab balik kena bagi laze ...

Astaga...kalo aq jawab camni confirm makcik tu xkan bertegur sapa dengan aq selamanya...n mampus jugak aq kena ngan mak aq kat umah nnti
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 04:41 PM | Show all posts
bila menjawab, dikata kuang ajo
bila diam diri, nnti stress smpai depress

ikut masing2 la nk balas cmne.

jgn jadi cm kawan aku sudah, dia doakan pakcik bwang tu mati
mmg mati terus sorg2 kt umah dia, anak semua tk tau

tu sebab jgn main perasaan org, yg mkn garam dlu patut tahu bab2 gini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.551624 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list