View: 22599|Reply: 125
|
[Tempatan]
Lagi kes ditembak polis(update post #18)seorang mangsa tetak meninggal
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 23-9-2019 09:44 PM
Hadzlihady Hasaan
hadzlihady@hmetro.com.my
POLIS menembak mati lelaki yang mengamuk dan menetak dua pekerja kilang di Bayan Lepas, hari ini.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, suspek dikatakan mengamuk dalam kilang terbabit dan menetak dua pekerja wanita hingga parah.
Sumber berkata, anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan mengarahkan suspek meletakkan senjata serta menyerah diri.
“Suspek memegang dua parang dan enggan menyerah diri. Dia juga cuba menyerang anggota.
“Keadaan itu menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya lagi, siasatan awal polis mendapati suspek bekerja sebagai pembantu kualiti di kilang itu, dipercayai mempunyai masalah berkaitan kerja dengan dua mangsa.
“Dua mangsa yang ditetak dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 6:58 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Police tak offer ke area mana sblm nak ditembak tu?kaki kanan ke,betis ke, peha ke etc |
|
|
|
|
|
|
|
Abis la bertambah lagi satu kisah Kilang berhantu Kat bod MPS |
|
|
|
|
|
|
|
Polis terpaksa la tembak dah orang tu takmo menyerah, malah nak menyerang pulak tu. Apalah agaknya masalah dia dengan rakan2 sekerja dia tu sampai bawak parang gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
stress wei kerja gaji kecil lepas tu dapat acik bawang level cariforum. nasib baik bawa parang kalau bawa pistol cm amerika mahu lebih ramai cedera |
|
|
|
|
|
|
|
2 acik yg kena tetak tu sejenis mulut puaka barangkali
Atau simati tak dpt gaki, claim ot.
Skrg si mati pun dah jadi arwah., tidak la dpt diketahui sebab musabab arwah mengamuk. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 23-9-2019 07:45 PM
stress wei kerja gaji kecil lepas tu dapat acik bawang level cariforum. nasib baik bawa parang kalau ...
Mulut bawang dan memfitnah boleh membawa maut dan cedera parah |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 23-9-2019 07:51 PM
2 acik yg kena tetak tu sejenis mulut puaka barangkali
Atau simati tak dpt gaki, claim ot.
Skrg si ...
Beruntung bagi mereka2 yang sabar dan beriman |
|
|
|
|
|
|
|
kerabuBiru replied at 23-9-2019 12:30 PM
Beruntung bagi mereka2 yang sabar dan beriman
Dulu pun ada kes juga kan makcik bawang kena tetak kat tmpt kerja
Kerani sekolah ke apa tah, lupa pulak kejadian nya dimana.
Sabar itu mmg separuh dari iman, tapi sabar juga ada had nya..bukan semua manusia sempurna iman nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan la buat problem kat mana pun kita berada
Org gila makin ramai, trigger skit je dah ngamuk |
|
|
|
|
|
|
|
kabukiman replied at 23-9-2019 07:32 PM
Doesn't look keling.
Maybe not keling.
yg ni kena tgk keadaan.@berbahaya ke tak...sb saspek x pkai/guna senjata api.... |
|
|
|
|
|
|
|
kabukiman replied at 23-9-2019 07:32 PM
Doesn't look keling.
Maybe not keling.
Melayu lelaki lah
Yg mati kena tetak tu ppuan india
Cedera parah pouan cina kot
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 23-9-2019 08:48 PM
Dulu pun ada kes juga kan makcik bawang kena tetak kat tmpt kerja
Kerani sekolah ke apa tah, lupa ...
Kannn.. aku kenkadang tak leh terima ckp setad suruh sabar.. sabar .. sabar... penat weiii.. aku tak tau cmn nak.sabar lgg weiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah masalah antara diorang agaknya sampai berparang kat tempat keje |
|
|
|
|
|
|
|
Pakat2 tunggang agama kat fb sana nak bela pembunuh tu
Ntah apa2
Marah cmna pun kalau dh smpai membunuh tu mmg burukla perangai
Dahla mcm mmg plan lama je nk tetak org sbb siap sedia parang bawa pi keje
Jahat sgguh |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-9-2019 01:14 PM
Kannn.. aku kenkadang tak leh terima ckp setad suruh sabar.. sabar .. sabar... penat weiii.. aku t ...
Itu la pasal
Kalau kat group KRT sana, majoriti yg mengomen semua suh sabar sabar sabar, doa kasi sipolan sipolan dpt hidayah
Bla bla bla
Tiba kat aku, tidak nya la aku nak suh sabar
Dah kalau kena sepak terajang, mencurang berzina smpai ada anak, tak ingat tjawab suami/isteri.
Samada minta cerai cepat2 atau doa kasi mampus..masing2 tak terbeban dgn dosa, hidup pun lebih tenang
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-9-2019 09:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Seorang mangsa tetak meninggal dunia
LELAKI yang maut ditembak polis sempat melaungkan Allahuakhbar sebelum mengamuk dan menetak dua pekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, hari ini.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, suspek berusia 24 tahun itu dikatakan naik angin dan membawa masuk parang ke dalam kilang sebelum menetak dua pekerja terbabit iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.
Akibatnya, mangsa wanita itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala mangsa lelaki pula kritikal.Sumber berkata, sejurus menetak mangsa, suspek cuba melarikan diri dan sepasukan polis yang menerima maklumat berhubung kejadian terbabit bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota polis cuba menenangkan suspek dan meminta dia menyerah diri, namun lelaki berkenaan tetap berdegil dan cuba menyerang dengan dua parang.
“Tindakannya itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan hingga suspek meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati suspek masih bekerja sebagai penolong kualiti di kilang terbabit dan dia mungkin mengalami tekanan perasaan hingga menyebabkan bertindak demikian.
“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan polis akan mengambil keterangan daripada pekerja dan saudara terdekat suspek.
“Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga siasatan polis dijalankan sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, sebelum mengamuk dan menetak mangsa beberapa pekerja sempat mendengar suspek melaungkan Allahuakhbar.
“Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 23-9-2019 08:48 PM
Dulu pun ada kes juga kan makcik bawang kena tetak kat tmpt kerja
Kerani sekolah ke apa tah, lupa ...
Kv banting
Kerani perempuan kene cekik dengan lelaki pasal apa ntah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 23-9-2019 09:41 PM
Itu la pasal
Kalau kat group KRT sana, majoriti yg mengomen semua suh sabar sabar sabar, doa kasi ...
Itula pemikiran aku mmg tak leh masuklaa dgn setad semua ni.. aku rasa aku baik jugak.. aku tolong org susah aku tolong sembuhkan kucing jlnan yg sakit.. tp bab suruh sabo aku tak leh terimalaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|