Kini sudah tiba masanya untuk anda lupakan selfie dan ucapkan selamat datang kepada slofie! Untuk pengetahuan anda, slofie adalah singkatan kepada perkataan slow motion selfie. Jika anda rasakan selfie terlalu mainstream, maka bolehlah berseronok dengan slofie pula. Malangnya, anda memerlukan Apple iPhone 11 untuk berbuat demikian.
Baru-baru ini, Apple telah pun selamat melancarkan smartphone flagship mereka yang terbaru iaitu iPhone 11.
Reka bentuk Apple iPhone 11 yang mencetuskan kontroversi dan mungkin menjadi mimpi ngeri bagi penghidap trypophobia - Cosmopolitan
Kehebatan fungsi kamera pada Apple iPhone 11 telah mendapat pujian melangit dari jurufoto profesional berikutan kehebatan fungsi kameranya yang berupaya merakam video resolusi 4K pada kadar 60 bingkai sesaat.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah fungsi slofie yang didatangkan bersama kamera smartphone tersebut.
Penerangan mengenai fungsi slofie pada Apple iPhone 11 - Apple.com
Seperti yang dijangka, fungsi slofie telah menjadi buah mulut dan bahan jenaka netizen di seluruh dunia dan mencetuskan ribuan meme yang membanjiri facebook dan twitter.
Antara meme dan reaksi netizen terhadap slofie - knowyourmeme.com
Namun, Apple nampaknya begitu serius sehingga mereka telah memfailkan permohonan U.S. trademark ke atas slofie seperti yang dilaporkan oleh USATODAY. Apple menerangkan dalam permohonan trademark tersebut slofie adalah sebagai suatu software yang boleh dimuat turun bagi tujuan merakam video.
Nampaknya tujuan permohonan trademark tersebut adalah untuk memelihara hak eksklusif Apple ke atas terma slofie dan seterusnya menghalang pesaing dari menggunakan terma yang sama bagi teknologi yang serupa sebagai tujuan mempromosi produk mereka pada masa akan datang.
Jadi marilah kita saksikan adakah slofie bakal mencetus fenomena seperti mana animoji yang telah diperkenalkan bersama Apple iPhone X tempoh hari. - CARI |