Logo baharu Proton (kiri) dan simbol Thundercats (kanan). Kredit foto: Facebook Proton Cars & carian Google
Logo baharu yang diperkenalkan oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) pada 24 September lalu tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan oleh para netizen di negara ini.
Sebahagian besar daripada mereka berpandangan, logo tersebut kelihatan menyerupai simbol yang tertera dalam siri animasi Thundercats yang pernah popular sekitar 1980-an dan 1990-an dahulu.
Akibatnya, ruangan komen di bawah gambar logo baharu itu dalam laman Facebook Proton Cars dijadikan tempat untuk netizen 'membawang'.
Kredit foto: Facebook
Siri animasi Thundercats popular di Malaysia sekitar penghujung 1980-an dan 1990-an. Kredit foto: Carian Google
Ada juga netizen yang beranggapan logo baharu Proton tersebut kelihatan seperti logo pada mainan buatan China dan spanar yang berukir.
Malah, beberapa netizen menyatakan bahawa logo yang lama kelihatan lebih menarik.
Kredit foto: Facebook
Namun, tidak kurang juga yang memuji pembaharuan simbolik yang diperkenalkan oleh Proton itu adalah selaras dengan usaha memacu dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Kredit foto: Facebook
Semoga Proton terus maju dan istiqamah dengan objektif asalnya untuk menghasilkan kereta mampu milik yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. - CARI |