Ada siapa2 pakai moto ni tak?, cadang nk beli sebiji utk daily ride pegi balik keje sahaja..baca spec mcm best, nak tanya org yg dah pakai mcmana.....
SPESIFIKASI CB250RENJIN: 4-lejang sebaris, silinder tunggal, DOHC, penyejukan cecair
SESARAN: 250cc
GEREK x LEJANG: 76mm x 55mm
KUASA MAKSIMUM: 27.2hp @ 9000rpm
TORK MAKSIMUM: 23.3Nm @ 8000rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 10.1 liter
JENIS KLAC: Klac manual
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI: 2,020mm (panjang) x 805mm (lebar) x 1,050mm (tinggi)
JARAK RODA: 1355mm
TINGGI PELANA: 800mm
JARAK KELEGAAN TANAH:150mm
BERAT: 145kg
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik USD
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun monoshock
SAIZ RODA DEPAN: 110/70 R17
SAIZ RODA BELAKANG: 150/60 R17
BREK DEPAN: Cakera hidraulik ABS
BREK BELAKANG: Cakera hidraulik ABS
Harga - RM22,999 (belum OTR)
1. Honda CB250R didatangkan dengan lampu depan bentuk bulat dengan teknologi LED yang menyerlahkan gaya jentera cafe racer retro moden. Lampu belakang juga dalam ciri LED. 2. Saiz tangki 10.1 liter tampil dengan rekaan berlekuk dan maskular yang memberikan imej sporty seperti abangnya, CB1000R. 3. CB250R turut dilengkapkan panel instrumen digital penuh yang memaparkan maklumat penting seperti perbatuan (odometer), trip meter, indikator petrol, dan jam digital moden berlatarkan warna biru. 4. Berat 145kg boleh dikatakan cukup ringan yang sama kelas dengan jentera naked. Padanan jarak kelegaan tanah 150mm dan ketinggian pelana 800mm agak tinggi. Penunggang bertubuh rendah mungkin sedikit sukar mengawal keseimbangan, terutama ketika berhenti di lampu merah. 5. Dijana enjin 250cc DOHC penyejukan cecair dengan kuasa maksimum 27.2hp (20.3kW) dan tork 23.3Nm. Transmisi pula daripada klac manuai 6-kelajuan dengan output cukup berprestasi dan tork tinggi. 6. Trenkuasa CB250R turut dibekalkan teknologi PGM-FI yang menawarkan penjimatan bahan api memuaskan.
|