CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 16

[Tempatan] Pak Din hero CBN dah tiada

[Copy link]
Post time 9-10-2019 11:43 AM | Show all posts |Read mode




Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua. Peribahasa yang tepat menggambarkan kisah Pak Din, seorang pengawal keselamatan yang secara tiba-tiba menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter selepas meninggal dunia semalam.

Hingga ke hari ini, beribu-ribu ciapan membanjiri laman sosial tersebut dengan rata-rata menzahirkan  ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din – nama sebenar Kamarudin Basri.

Pak Din, 67, yang telah bertugas hampir 20 tahun di Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas (CBN) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam kerana komplikasi kesihatan akibat masalah jantung dan leukemia.

Anaknya Zulzailiza Kamarudin, 36, berkata beliau tidak menyangka kematian ayahnya menjadi satu topik dalam kalangan netizen, terutamanya bekas pelajar sekolah dan anggota keluarga mereka yang berkongsi  berbagai-bagai kisah mengenai sikap prihatin ayahnya sepanjang bertugas di sekolah itu.
“Saya memang tak sangka benda ni boleh jadi besar (viral),” katanya kepada Bernama.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan CBN Rosemand A. Lawrence pula berkata kehilangan Pak Din benar-benar dirasai oleh semua warga sekolah termasuk guru dan pelajar.

“Kami merasakan kehilangannya. Pelajar (perempuan) amat menyayangi beliau. Kepergiannya satu kehilangan besar kepada sekolah ini,” katanya.

Guru Bahasa Melayu di SMKCBN Nor Aini Mohd Hol, 57, pula menyifatkan Pak Din sebagai hero CBN kerana beliau bukan sahaja pengawal keselamatan yang cukup dipercayai oleh ibu bapa tetapi turut disayangi guru dan murid kerana kemuliaan hatinya.

“Warga CBN memang mengharapkan kehadiran Pak Din setiap hari mengawal lalu lintas sepanjang  Jalan Bukit Nanas, malah Pak Din juga membantu membaiki kerosakan, menggantung bendera, membaiki kereta yang sukar dihidupkan atau tayar pancit, dan sebagainya,” katanya.

Bekas pelajar, Shaza Mhd Husam Eddin Al Muzayen, 24, mengimbau kenangan sepanjang mengenali Pak Din selama lima tahun bersekolah di situ dari 2008 hingga 2012, dan menyifatkan Pak Din sebagai insan yang murah dengan senyuman.

Katanya, Pak Din cukup terkenal dengan tiupan wiselnya yang amat nyaring dan kadang-kala meniup wisel hanya kerana hendak bergurau dan membuat pelajar serta guru terkejut, dan kemudiannya ketawa.

“Pak Din sentiasa berada di sekitar. Dari awal pagi hingga lewat petang, beliau orang pertama yang anda lihat datang ke sekolah, dan orang terakhir yang mereka lihat ketika pulang.

“Beliau sering membantu pelajar dan guru. Jika kami perlu bantuan menaikkan sepanduk, Pak Din akan bantu. jika kami hendak memasang hiasan, dia akan bantu. Pendeknya, apa jua bantuan yang diperlukan,” kata Shaza.

Sementara itu, ibu kepada bekas pelajar yang juga penyunting di Bernama, Melati Mohd Ariff berkata Pak Din amat mengambil berat hal keselamatan pelajar-pelajar di sekolah itu dan beliau juga seorang yang amat ramah dan mudah mesra dengan ibu bapa pelajar.

“Selama lima tahun dari 2008, setiap petang ketika saya menunggu anak balik sekolah, Pak Din sering berbual dengan saya dan juga ibu bapa pelajar lain.

“Di sebelah CBN ialah Hutan Simpan Bukit Nanas maka dialah yang selalu tolong halau monyet-monyet yang banyak berkeliaran dan bergayut di tiang elektrik di situ,” katanya.

Rata-rata bekas pelajar dan pelajar CBN di Twitter pula menyifatkan Pak Din sebagai hero mereka dan ‘the legendary guard’ kerana beliau bukan sahaja melakukan tugas sebagai pengawal keselamatan tetapi juga kerja-kerja lain hanya kerana suka membantu warga sekolah.

Rata-rata pengguna twitter yang pernah bersekolah disitu mezahirkan rasa sedih dan menceritakan beberapa pengalaman bersama Pak Din.
“Selalu teman kalau ayah datang lambat, dia hero kami”

“Pak Din tidak pernah mengatakan ‘tidak’ bila kami minta bantuan. Kami kehilangan seorang wira CBN yang hebat!.”

“Setiap kali saya datang lewat ke sekolah, Pak Din akan cakap ‘haa takpe masuk masuk”

“Pak Din dah jadi my atuk for 11 years and never fail”



Sumber: Bernama, Twitter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 11:56 AM | Show all posts
innalillah wainna ilaihi rojiun.
takziah.
sedihnya.
rindu pakdin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Err... Hampir nak jadi grammar nazi bila baca tweet tu tapi berjaya menahan diri. Takziah kepada keluarga Pakcik Din. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:13 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. Org yg baik.  Bila meninggal.. Nama menjadi sebutan dan kebaikan bercerita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:36 PM | Show all posts
Alfatihah..semoganya rohnya dicucuri rahmat
my niece pun turut bersedih sbb kenal arwah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah tuk keluarga arwah tok din...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat...aaminnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 9-10-2019 04:11 AM
Err... Hampir nak jadi grammar nazi bila baca tweet tu tapi berjaya menahan diri. Takziah kepada kel ...

Aku tak leh tahan, Foxey.

Malissa oi... bahasa melayu kita dah cukup cantik, dah cukup hebat. Kalau nak tulis dalam bahasa inggeris , tulis dengan nahu yang betul. Apa, kau ingat sikit2 tulis dalam bahasa orang putih walaupun tak betul kau nampak kelas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah merahmati roh Pak Din dan menjadikan Pak Din ahli syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:34 PM | Show all posts
Wah mesti orang yang baik dan disayangi sampai macam ni sekali impak bila dah takde.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:26 PM | Show all posts
Innalillah.. semoga ditempatkan bersama
golongan yang beriman.. Aamiinn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 06:37 PM | Show all posts
innalillah wainna ilaihi rojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Unsung hero...
Mmg Pak Din manusia hebat..
Dh tiada baru disebut2 kebaikan dia.
Smoga Allah beri Pak Din sebaik2 tmpat berehat
Al fatihah utk Pak Din
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:38 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga Pak Din..

Orang yang baik akan di kenang jua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 9-10-2019 01:29 PM
Aku tak leh tahan, Foxey.

Malissa oi... bahasa melayu kita dah cukup cantik, dah cukup hebat.  ...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalilah...salam takziah
Orang baik2 ni bila dah x ada pun kebaikan dia masih orang ingat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.584920 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list