CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 8

[Tempatan] Berhenti ke cuti? Keliru lah

[Copy link]
Post time 9-10-2019 03:51 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd, Mohd Taufek Razak, mendakwa pihaknya keliru dengan nasib pekerja syarikat itu yang hanya dimaklumkan diberi cuti sehingga hujung bulan.

Beliau berkata, seramai kakitangan 862 kakitangan syarikat hari ini tidak menerima surat pemberhentian kerja sebaliknya hanya surat penutupan operasi sahaja.

Jelasnya, dalam taklimat terbaru oleh ketua jabatan masing-masing, mereka hanya diberitahu bahawa kakitangan hanya diberikan cuti sehingga hujung bulan ini sahaja dan perkara itu menimbulkan kekeliruan kepada semua yang terbabit.

“Kami dimaklumkan bahawa bangunan ini sudah disita dan tidak lagi boleh beroperasi. Malah wakil syarikat pembubar (liquidator) sudah pun berada di sini (bangunan Utusan) untuk memberi maklumat.

“Kami diberi masa sehingga esok untuk mengemas apa sahaja keperluan dan kakitangan selepas ini dicutikan sehingga 31 Oktober ini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Taufek menyifatkan tindakan syarikat terhadap pekerja ketika ini adalah tidak berperikemanusiaan kerana bukan sahaja memberi notis pendek malah tidak memberi maklumat sepenuhnya kepada pekerja.

“Adalah tidak wajar mereka tidak memaklumkan awal-awal kepada syarikat malah tiada wakil eksekutif tertinggi yang muncul pada hari ini.

“Segala penerangan hanya disampaikan oleh ketua jabatan masing-masing sehinggakan banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini saya anggap tindakan bacul dan tidak berjiwa besar oleh pihak berkenaan,” katanya.

Mengenai gaji, Taufek menjelaskan gaji akan dibayar kepada kakitangan adalah sehingga 31 Oktober ini, namun tegasnya tiada penerangan mengenai pampasan.

Ditanya harapan pihak NUJ dalam menyelesaikan kemelut ini, Taufek berkata tiada harapan melainkan semua kakitangan syarikat mendapat pekerjaan semula kerana ekonomi negara yang sukar ketika ini.

“NUJ sentiasa berjuang untuk pekerja Utusan dan setiap dari kami menyayangi syarikat ini dan masih mengharapkan yang terbaik,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tutup operasi takde maknanya cuti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Brtabahla ye,x pe forum cari ada meh sini jd wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:30 PM | Show all posts
dah boleh cari kerja lain actually
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:33 PM | Show all posts
cari kerja di Cari forum je
rm3k jgk what


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:34 PM | Show all posts
kasiannya mereka
skrg dah la susah cari kerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 05:05 PM | Show all posts
kerja la jadi wartawan CARI
janji duit masuk
walaupun berita 3-4 hari lepas, baru hari ni bukak thread
jgn risau Admin backup
walaupun KPI  kerja mcm tu
walaupun kena tegur thread duplicate  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash buat @Modngengade x dpt cilok berita dari utusan lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2019 05:21 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 9-10-2019 05:10 PM
Cash buat @Modngengade x dpt cilok berita dari utusan lg..

akak rengsa dgn keputusan ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065317 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list