|
[Jenayah]
[Updated: page 3 #52] Mayat Dikerat Lapan, motif : MARAH
[Copy link]
|
|
Ingat lagi dlm ingatan masuk paper Utusan Melayu masa tu semua gambar terpampang, berderet anak-anak dia beratur fotografer ambil. Siannya.
Kami kat sekolah kena beratur dan sekolah tutup awal, polis berkawal masa tu. Mak ayah tak cerita apa-apa lagi sebab takut kami trauma, yg mati tu jiran...selang bbrp rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong di Melaka pada 10 Okt lepas berpunca daripada perasaan marah, yang ​​​​​mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shahrul Laili Masduki berkata berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ada isu yang dibangkit atau ditimbulkan isteri suspek warga Singapura itu sehingga menyebabkan lelaki itu marah sehingga sanggup membunuh isterinya.
"Kes ini kita anggap selesai yang mana suspek telah ditangkap dan direman. Pada hari ini juga reman suspek disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut.
"Sekarang ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan yang kini telah capai 98 peratus sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis perasmian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.
Taska IPK Melaka yang dibangunan di IPK itu melibatkan peruntukan berjumlah RM924,400, dan majlis perasmian hari ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Mengulas lanjut, Shahrul Laili berkata polis sedang menunggu keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek dari pihak hospital, dan juga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa sebelum identiti mereka disahkan.
Pada 10 Okt lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dipercayai lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan perindustrian itu.
Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim sebelum ini dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan anggota badan itu berkait kes pembunuhan dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Okt lalu.
Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.
Kini reman suspek dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Okt ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-10-2019 08:08 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nampak oyds mmg mampu utk cerita 1001 mcm cerita
Sian si mati x boleh bela diri. . |
|
|
|
|
|
|
|
Marah tntng apa yg marah sgt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin satu hari kalu laki bini gaduh, masing2 kene buat live streaming, leh rekod save cloud terus
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2019 09:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kimsa-ra replied at 19-10-2019 10:46 AM
Marah tntng apa yg marah sgt tu..
Pasal family lelaki tu...arwah kata family laki layan dia lain...pastu campak adiah... |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 20-10-2019 01:18 PM
Pasal family lelaki tu...arwah kata family laki layan dia lain...pastu campak adiah...
Tp knp dlm ig dia cm gembira dpt hadiah..klu dia campak hadiah xkn seronok dlm ig..baran ke laki dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk fb story kazen arwah tgh malam ni depa duk bawak balik dah jenazah.
Akhirnya... nak tanya adakah forensik sambung balik ye bhgn2 yg terpotong tu?
Anak beranak akan dikebumikan di dalam satu liang lahad la ye?
Sayu plak rasa, sian anak2 yg ditinggalkan terutama yg bongsu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek ni pernah jadi mangsa deraan .
..lain macam jer marah |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 22-10-2019 12:30 AM
Tgk fb story kazen arwah tgh malam ni depa duk bawak balik dah jenazah.
Akhirnya... nak tanya adaka ...
Biasa akan sambung. Jahit elok2. Tp organ2 dalaman di dump cmtu je. Xdenye susun elok2 hati kt sini, hempedu kt sn mcm normal. |
|
|
|
|
|
|
|
kelemahan perempuan adalah mulutnya...cakap banyak menyakitkan hati...
keluarga lelaki pun masalah besar tak terima janda sebagai menantu...
lelaki pun bodoh...tak ingat tuhan masa marah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh kerat 8: Lelaki Singapura didakwa [METROTV]
LELAKI warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini, atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu.
Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Sepanjang prosiding, Shahrul Nizam yang memakai baju-T hitam dan seluar jeans dilihat hanya mendiamkan diri.
Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh Norfazera Bidin, 27, dan bagi pertuduhan kedua, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, antara 9 malam 6 Oktober hingga 1 pagi, 7 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian dan ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong adalah milik Norfazera dan Muhammad Iman.
Identiti mereka disahkan selepas pihaknya memperoleh keputusan rasmi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim. |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 31-10-2019 03:21 PM
Bunuh kerat 8: Lelaki Singapura didakwa [METROTV]
Aku sembang dengan sorang ketua polis ni...kira ketua lah sebab dia berpangkat. ...katanya kemungkinan marah keterlaluan sebab sesuatu lah. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Marah pun tak perlu sampai bunuh
Tidur jelah |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 31-10-2019 04:56 PM
Aku sembang dengan sorang ketua polis ni...kira ketua lah sebab dia berpangkat. ...katanya kemungk ...
Sesutu apa tu noor?? dadah??saka?? halusinasi?? |
|
|
|
|
|
|
|
bunuh dibunuh balas..2 nyawa sekali kau ragut |
|
|
|
|
|
|
|
Apa update kisah ni? Genap setahun dah kan?
Sama dgn kes nurse nigeria tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya apa perkembangan kes ini ya. Tak sangka kita ada kes setaraf kes pembunuhan mendiang Shanann Watts. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah thread setahun lalu, iols pun nak tau apa update ada yg kata kes tutup bagai la tp tak kanla kan.
Iols dah lupa plak fb kazen mangsa ni, malas plak nk backlog cari.
Dulu kazen dia rajin gak update pasal ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Closed....2019 thread.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|